Pasti pelbagai lagi alasan lapuk diulang-ulang sehingga naik muak telinga kita mendengarnya. Rasionalisasi subsidi, pengstrukturan semula dan bermacam lagi istilah digunakan untuk mengelabukan mata rakyat.
Yang menjadi persoalannya ialah sampai bila hanya rakyat yang 'didahulukan' untuk menanggung sebarang bebanan.? Rakyat sentiasa dinasihatkan "ubah gaya hidup" tetapi pemerintah pula bagaimana? Yang sering kita didedahkan dalam media bermacam projek yang membazir, ketirisan, rasuah, kronisme dan bermacam-macam lagi penyelewengan yang telah merugikan wang rakyat..
Mahasiswa perlu membawa suara rakyat yang ditindas ini. Jangan hanya leka dalam dunia akademik semata-mata tanpa menghirau kesusahan yang dialami rakyat di segenap pelusuk negara.
Suara mahasiswa, Suara keramat..
STUDENT POWER!!!
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
1 comments:
kalau dah tak mampu bayar petrol, jalan kaki dan naik basikal di sektar universiti pun sudah memadai untuk menghadapi kesan tersebut..pelajar uia jangan nak malas sangat boleh tak? kereta pelajar berlambak di persisiran jalan..bila minyak naik nak bising..mampu pakai kereta tentu juga mampu untuk membayar petrol, jangan berfikiran sempit boleh tak?
Post a Comment