Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

16 November 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua masyarakat kampus UIAM dan seluruh umat Islam di dunia, Kullu Am Wa Antum Bikhair.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

01 November 2010

Suara MPP : Peka Maklumat Elak Keciciran

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

MAHASISWA perlu bersikap prihatin terhadap isu di kampus sekali gus membantu mereka supaya tidak ketinggalan dalam penyebaran maklumat oleh universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Mohd Firwan Norliza berkata sikap tidak prihatin mahasiswa menyebabkan berlaku keciciran maklumat hingga boleh menyukarkan lagi keadaan.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian MPPUIAM, kebanyakan mahasiswa kurang peka terhadap maklumat disebarkan sedangkan pemberitahuan sudah dilakukan sama ada melalui pengumuman buletin mahupun kolej kediaman.

“Sikap kurang prihatin ini bukan saja merugikan mereka malah boleh menimbulkan masalah lain, contohnya tanggapan salah MPPUIAM tidak melaksanakan tugas dengan amanah.

“Sedangkan segala aduan diambil dengan telus, disampaikan kepada pihak berkenaan manakala tindak balas turut disertakan. Malangnya sikap kurang peka menyebabkan mereka terlepas atau tidak mengetahuinya.


“Justeru MPPUIAM meminta mahasiswa mengubah sikap ambil mudah selain peka terhadap apa jua perubahan atau penyampaian maklumat supaya tidak terus ketinggalan,” katanya.


MPPUIAM turut berharap mahasiswa akan memberi fokus kepada pelajaran sekali gus berjaya mengharungi peperiksaan sedang dihadapi.

“MPPUIAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan berharap mereka mampu memperoleh keputusan cemerlang. Jaga kesihatan dan keselamatan serta jangan terbabit dengan masalah.

“Menara gading adalah medan mencerna kejayaan pada masa depan, gunakan peluang ini sebaiknya sekali gus menamatkan pengajian dengan memperoleh keputusan terbaik,” katanya.

Sumber : MyMetro

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA