Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

23 January 2011

Bantah Wanita Hari Ini

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

(Surah Al-Ahzab : 59)


[1] Islam adalah agama yang menyanjung peranan wanita dan memelihara kehormatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Peraturan-peraturan yang dikenakan kepada mereka oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan mereka dari gangguan kezaliman nafsu manusia.

[2] Siaran Wanita Hari Ini (WHI) yang bertajuk ‘Salahkah Besarkan Payudara’ yang dipaparkan oleh TV3 baru-baru ini, jelas menjatuhkan dan merendah-rendahkan martabat kaum wanita kerana mendedahkan aib kaum wanita kepada umum. Kami, di pihak Ma’ruf Club UIAM, dengan tegas membantah siaran tersebut.

[3] Tidak sepatutnya siaran televisyen terkemuka tanah air itu bertindak demikian kerana seolah-olah masih belum mampu menilai baik buruk kesannya dan citra budaya dan keagamaan masyarakat di negara ini, dan seolah-olah ketandusan idea mengemukakan tajuk untuk dibincangkan dalam keadaan masyarakat hari ini perlu kepada pencerahan dalam banyak perkara bagi memandu kehidupan mereka.

[4] Ma’ruf Club membantah siaran tersebut dengan rasional :


  1. Persoalan hukum-hakam mestilah dikupas oleh individu yang pakar dalam bidang tersebut iaitu golongan cendekiawan dan ulama’ Islam.
  2. Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga adalah tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
  3. Tindakan jurukamera yang sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen tersebut adalah satu perbuatan yang biadab dan kurang ajar.
  4. Isu-isu yang melibatkan (aib dan sensiviti) kaum wanita tidak perlu disiarkan kepada umum kerana ia akan mencetuskan suasana yang tidak sihat dikalangan masyarakat.

[5] Justeru, Ma’ruf Club berharap segmen atau rancangan yang membincangkan tajuk seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Siaran-siaran yang ditayangkan umum mestilah berpaksikan penilaian moral dan ahklak serta menjaga sensiviti pelbagai pihak. Kami menyeru pihak kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta jabatan-jabatan agama di seluruh negara untuk mengambil tindakan yang sepatutnya supaya perkara seperti ini tidak terus membarah dalam masyarakat Malaysia.

Wallahua’lam.

Mohd Eikhwan bin M. Ali
Presiden,
Ma’ruf Club,
Universiti Islam Antarabangsa UIAM.

Sumber: Ma'ruf Club

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: