Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 December 2010

Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia 1.1.11

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Seluruh mahasiswa dan mahasiswa dijemput untuk hadir beramai-ramai.

"HIMPUNAN MAHASISWA MALAYSIA"

1 Januari 2011

PADANG MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

8.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI

Dengan penyertaan 1,111 orang MAHASISWA bakal mencipta sejarah dalam GERAKAN MAHASISWA MALAYSIA. Himpunan yang bertemakan "MAHASISWA UNTUK MALAYSIA" ini diadakan sempena kehadiran tahun baru 2011 & Sebagai simbolik kepada tahun 2011 sebagai tahun kebangkitan MAHASISWA yang lebih dinamik.

AYUH, SEMARAKKAN TAHUN BARU. KITA HIDUPKAN SOLIDARITI MAHASISWA!

BUKTIKAN PADA MALAYSIA BAHAWA MAHASISWA KITA TIDAK MANDOM!


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA




23 December 2010

Suara Mahasiswa UIAM : Respon Isu Kenaikan Harga Minyak dan Barang

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Tahniah diucapkan kepada mahasiswa UIAM dengan respon yang agresif terhadap kenaikan harga minyak dan barang keperluan di Malaysia. Respon mahasiswa UIAM disuarakan pada Rapat Umum Mahasiswa UIAM di IIUM Centre pada 22 Disember.

Lontaran pandangan mahasiswa yang berhujahkan fakta-fakta diluahkan oleh 2 orang figura mahasiswa, saudara Zaki Sukery (Presiden Ma'ruf Club) dan saudara Mohd Faiz Zakaria (Presiden Economics and Management Students' Society) yang terus menggamitkan suasana yang panas.

Diharapkan dengan wujudnya slot pidato umum sebegini dapat menghidupkan suasana intelektual dalam kalangan mahasiswa UIAM sekali gus melontarkan suara mahasiswa di segenap peringkat.


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 December 2010

Gelombang Kebangkitan Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


WE UNITE FOR ISLAM

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

19 December 2010

Rapat Umum Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Hadir beramai-ramai, ajak semua rakan-rakan mahasiswa, kita dedahkan isu ini.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

15 December 2010

Welcome To 2nd Semester 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Mahasiswa Kecewa Barang Naik

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang '4 dalam 1' pada minggu lalu. Kenaikan ini memberi beban yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.

Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh lebih 300,000 mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.

Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai enam bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu.

Di sini, mahasiswa mempertikaikan di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa enam bulan?

Seperti kata pepatah 'kera di hutan disusui, anak sendiri mati kelaparan.' Rakyat terus menjadi mangsa penarikan subsidi sedangkan kerajaan mampu membayar perunding-perunding asing dan kroni mereka.

Jika terus menerus berlaku perkara seumpama ini, mahasiswa pastinya akan terus dizalimi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak.

Kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian tidak dapat dielakkan lagi kerana pengusaha kafe atau kantin terpaksa menanggung kos pengangkutan lebih dari biasa akibat kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.

Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik.

Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa mengikat perut untuk meneruskan pengajian dan berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup.

Jika perkara ini berlaku secara berterusan, bagaimana Malaysia hendak melahirkan pelapis dan rakyat yang kompeten dari sudut akademik mahupun sahsiah jika mahasiswa tidak dapat fokus dalam pengajian mereka?

_____________________

Penulis merupakan pelajar tahun 4, jurusan Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM dan merupakan Exco Perhubungan Awam, Kelab Ma'ruf 2009/10.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


16 November 2010

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua masyarakat kampus UIAM dan seluruh umat Islam di dunia, Kullu Am Wa Antum Bikhair.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

01 November 2010

Suara MPP : Peka Maklumat Elak Keciciran

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

MAHASISWA perlu bersikap prihatin terhadap isu di kampus sekali gus membantu mereka supaya tidak ketinggalan dalam penyebaran maklumat oleh universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Mohd Firwan Norliza berkata sikap tidak prihatin mahasiswa menyebabkan berlaku keciciran maklumat hingga boleh menyukarkan lagi keadaan.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian MPPUIAM, kebanyakan mahasiswa kurang peka terhadap maklumat disebarkan sedangkan pemberitahuan sudah dilakukan sama ada melalui pengumuman buletin mahupun kolej kediaman.

“Sikap kurang prihatin ini bukan saja merugikan mereka malah boleh menimbulkan masalah lain, contohnya tanggapan salah MPPUIAM tidak melaksanakan tugas dengan amanah.

“Sedangkan segala aduan diambil dengan telus, disampaikan kepada pihak berkenaan manakala tindak balas turut disertakan. Malangnya sikap kurang peka menyebabkan mereka terlepas atau tidak mengetahuinya.


“Justeru MPPUIAM meminta mahasiswa mengubah sikap ambil mudah selain peka terhadap apa jua perubahan atau penyampaian maklumat supaya tidak terus ketinggalan,” katanya.


MPPUIAM turut berharap mahasiswa akan memberi fokus kepada pelajaran sekali gus berjaya mengharungi peperiksaan sedang dihadapi.

“MPPUIAM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan berharap mereka mampu memperoleh keputusan cemerlang. Jaga kesihatan dan keselamatan serta jangan terbabit dengan masalah.

“Menara gading adalah medan mencerna kejayaan pada masa depan, gunakan peluang ini sebaiknya sekali gus menamatkan pengajian dengan memperoleh keputusan terbaik,” katanya.

Sumber : MyMetro

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

29 October 2010

Jentera Mahasiswa di PRK Galas dan Batu Sapi

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Selamat Berpencak di Medan Lapangan buat seluruh mahasiswa Malaysia yang turun ke Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi. Mahasiswa bersama-sama suara rakyat. Buktikan kematangan politik mahasiswa terhadap masyarakat.

STUDENT POWER!!!

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 October 2010

Election and New Line Up LAWSOC 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

i.n.s.i.g.n.i.a

Alhamdulillah semalam 21 Oktober 2010 satu lagi medan demokrasi kampus berlangsung dengan sebaiknya di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL). Pengundian telah dibuat bermula pagi tadi hingga petang di AIKOL. Berikut adalah keputusan pemilihan dan organisasi Law Students' Society:

President:

Izzat Emir (305)
Mohd Syaufiq Abd Latif (183)

Vice President 1:

Mohd Taufiq Abd Jalil (Uncontested)

Vice President 2:

Azizah Bt Talibe (Uncontested)

Secretary:

Mohd Arif Salleh (410)
Amalina (394)

Atiqah Rayah (321)
Anwar (259)

Tresurer:

Mohd Izzat B Ghazali (Uncontested)

Secretariats:

Ma'ruf Billah
Nik Farhan B Nik Mohamed Tahir
Mohd Faris Zaidi
Mohd Nasrul B Nawi
Mohd Afif B Mohd
Mohd Daniel Izzat B Zul Baharu

(All of them won Uncontested)

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah memenangi jawatan yang dipertandingkan. Semoga dengan pilihanraya tersebut menjadi rentetan kebebasan demokrasi kampus yang bersih dan telus.

Diharapkan kepada jawatankuasa induk LAWSOC 2010/2011 menjadikan persatuan tersebut sebagai persatuan yang mesra mahasiswa dan berkebajikan.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

19 October 2010

Speaker's Corner Kembali

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Expressive Corner UIAM dihidupkan lagi. Hari ini, 19 Oktober satu program pengucapan awam telah dianjurkan oleh SRC selepas zohor. Walaupun nama dan fungsi telah ditukar oleh pihak pentadbiran dengan cadangan Rektor sendiri, namun pengucapan awam oleh mahasiswa tidak boleh ditinggalkan. Ia selaras dengan pengasasan kewujudan Speaker's Corner.

Selepas zohor tadi menyaksikan beberapa mahasiswa yang menyertakan diri dalam sudut pidato ini termasuklah Presiden Ma'ruf Club, Zaki Sukery. Pro-Mahasiswa UIAM melihat hal ini satu permulaan yang baik untuk menghidupkan kembali Speaker's Corner yang telah sekian lama menyepi daripada pengetahuan mahasiswa UIAM.

Pro-M berharap sudut pidato ini akan kembali menyegar dalam kalangan mahasiswa UIAM. Speaker's Corner diwujudkan untuk menyampaikan pidato dalam apa jua tajuk. Tiada sekatan dan sempadan untuk luahan pidato oleh mahasiswa.

Justeru, Pro-M berhasrat semua kepimpinan mahasiswa UIAM dari SRC hinggalah sekecil-kecil persatuan dapat bersama-sama untuk menghidupkan Speaker's Corner (Expressive Corner) tanpa perlu dianjurkan secara rasmi. Speaker's Corner diwujudkan untuk mahasiswa berucap dan tidak perlukan keizinan. Ianya berfungsi 24 jam.

STUDENT POWER!

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

16 October 2010

Election and New Line Up ENMSS 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Our LOGO
Tanggal 14 Oktober 2010 menyaksikan pertandingan pemilihan secara demokrasi diadakan menuju ke arah Pilihanraya Kampus (PRK) yang dijangkakan berlaku pada semester hadapan. Economic and Managements Students' Society (ENMSS) telah mengadakan AGM di Kuliyyah Ekonomi dan menyaksikan pilihanraya untuk beberapa jawatan yang dipertandingkan bagi mengisi organisasi baru ENMSS.

Berikut adalah keputusan pilihanraya ENMSS merangkap pemegan tampuk kepimpinan ENMSS sesi 2010/2011:

President:

Mohd Faiz Zakaria (177)
Ku Syafiq (31)

Vice President 1:

Azri (101)
Muhammad Zulhelmi Mohd Yusoff (120)

Vice President 2:

Halimaton Mohamad (Uncontested)

Secretary General:

Siti Nurah Haron (171)
Sanoh (12)

Assistant Secretary General 1:

Fatin Athirah Ahmad (Uncontested)

Assistant Secretary General 2:

Azharul Amin Ahmad Nazarudin (Uncontested)

Financial Controller:

Mohamed Muadz Mohamed Roslan (Unconstested)

Welfare Bureau:
Fatin Hasanah Abdul Roni (116)
Ashraf (99)

Dakwah & Tarbiyah Bureau:

Hibatul (72)
Muhammad 'Akif Bin Ahmat (143)

Academic Bureau:

Muhammad Safwan Zulkifli (121)
Majibullah (94)

Sport Bureau:

Luqman Shakireen Seth A Rahim (116)

Mirlalobek (94)

Information Bureau:

Nashrul Haziq Mohd Nasir (Uncontested)

Tahniah kepada semua calon yang telah menang dalam pilihanraya ENMSS. Semoga kalian dapat menggerakkan ENMSS selari dengan visi dan misi UIAM dan tidak menganjurkan program-program berunsurkan maksiat.

Pilihanraya seterusnya adalah Law Students' Society (LAWSOC). Semoga mahasiswa UIAM dapat menjayakan sistem demokrasi dengan penuh bersih dan lancar.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

15 October 2010

Konsert Adam Lambert : Bantahan Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Kehadiran artis gay, Adam Lambert untuk membuat persembahan di Malaysia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah daripada golongan mahasiswa, NGO, parti politik dan masyarakat Malaysia umumnya. Kehadiran Adam Lambert ini dilihat sebagai suatu yang negatif kerana dikhuatiri akan membawa budaya ‘gay’ yang tidak bermoral kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan anak muda Malaysia.

Saya secara tegasnya membantah penganjuran konsert Adam Lambert di Malaysia atas beberapa faktor penting. Sebagai golongan anak muda Malaysia, saya bimbang sekiranya imej dan budaya yang ditunjukkan oleh artis ini menjadi ikutan kepada remaja di Malaysia yang sudah sedia parah dengan masalah sosial. Saya melihat para remaja cenderung untuk meniru dan terikut dengan gaya hidup dan budaya yang dibawa oleh artis-artis seperti ini. Justeru, saya mewakili masyarakat Malaysia juga golongan mahasiswa membantah dan tidak bersetuju dengan penganjuran konsert ini.

Saya merasakan, jika kita mahu melihat masa depan Malaysia yang cerah, penekanan dan penegasan terhadap budaya barat yang masuk ke Malaysia tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Ini bukanlah bantahan pertama daripada masyarakat terhadap penganjuran konsert-konsert artis barat kerana suatu waktu dulu masyarakat Malaysia pernah membantah penganjuran konsert Avril Lavigne di Negara ini, namun tindakan dan respon terhadap bantahan-bantahan sebelum ini tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan. Jika kerajaan terus mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak serius terhadap perkara ini, saya khuatir ianya akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan sosial masyarakat di Negara ini yang amat mementigkan nilai-nilai ketimuran.

Saya ini bukanlah golongan anti hiburan tetapi saya merasakan hiburan-hiburan yang diadakan haruslah bertetapan dengan norma dan tatasusila masyarakat yang dipraktikkan di negara ini. Ini kerana saya memandang hiburan sebagai salah satu pendidikan kepada masyarakat. Jika kita salah memberi pendidikan kepada masyarakat, maka punahlah masa depan masyarakat yang kita sayangi. Hiburan yang diterapkan kedalam masyarakat seharusnya adalah hiburan yang mendidik jiwa malah pihak berwajib juga hendaklah meneliti dan menapis hiburan-hiburan yang ingin dianjurkan oleh sesetengah pihak bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur negatif menular kedalam masyarakat.

Dimaklumi bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan penganjuran konsert daripada artis luar negara adalah Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang ditubuhkan dan diwujudkan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001. Ianya jelas bahawa kelulusan sesuatu penganjuran konsert artis luar negara adalah dibawah tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, pihak kementerian yang terbabit perlulah mewujudkan polisi yang ketat dan tegas didalam prosedur penganjuran konsert jika ada pihak ingin menjemput atau menaja mana-mana artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia. Sebagai contoh, hanya membenarkan artis yang bebas daripada imej, kelakuan dan budaya yang tidak bermoral sahaja untuk membuat persembahan di Malaysia. Saya yakin, masih ramai lagi artis antarabangsa yang relevan untuk dijemput membuat persembahan di Malaysia sebagai contoh Maher Zain dan Cat Steven. Oleh yang demikian, ianya tidak harus dijadikan alasan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk terus membenarkan artis yang tidak bermoral untuk membuat persembahan di Malaysia dengan hanya memikirkan keuntungan wang semata tanpa mempedulikan keruntuhan moral yang bakal menular kedalam masyarakat.

Isu Adam Lambert ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi haruslah diambil dan dipandang secara professional dan dari sudut positif demi kebaikan semua pihak. Perkara ini hendaklah dipandang serius kerana ianya melibatkan masa depan dan persoalan akiqah umat Islam. Justeru, pemantauan yang ketat daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Malaysia adalah sangat mustahak dan perlu. Saya mengajak masyarakat Malaysia agar membantah penganjuran konsert artis ini dan artis-artis yang tidak bermoral yang boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Malaysia.

Muhammad Firwan Norliza
Presiden MPP UIAM 2009/2010

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

14 October 2010

Konsert Adam Lambert ‘Letak Cuka Di Luka’

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada desakan beberapa pihak yang mengesyorkan konsert Adam Lambert yang dijadualkan malam ini, dibatalkan.

Presidennya, Muhammad Zaki Sukery berkata, mengambil kira situasi sosial masyarakat di negara ini yang semakin meruncing, penganjuran konsert itu sewajarnya dipandang seolah-olah cuba ‘meletakkan cuka di luka’.

“Ia bukan setakat tidak menyelesaikan masalah semasa di negara kita, bahkan akan menyuburkan lagi penyakit sosial yang seakan subur lantaran tidak dipandang masalah utama kepada penyakit sosial yang melanda negara,” ujarnya yang juga Timbalan Presiden Gamis.

Tambahnya, penganjuran konsert penyanyi gay itu juga tidak selari dengan usaha negara dalam membasmi keruntuhan moral dan akhlak terutamanya para remaja.

“Memandangkan artis mempunyai pengikut tersendiri dan diratibkan sebagai ikon, Ma’ruf Club melahirkan rasa bimbang dengan pengaruh dan kesan yang akan ditinggalkan oleh Adam Lambert kepada masyarakat selepas ini mengambil kira kontoversi yang melitupi penyanyi tersebut,” ujarnya.

Berpendirian bahawa muzik dan pemuzik adalah diharuskan di dalam agama, Ma’ruf Club juga, katanya menuntut supaya satu garis panduan dibuat sebelum menjemput seseorang artis dari luar untuk membuat persembahan dengan mengambil kira rumpun yang disepakati bersama sebagaimana peruntukan Perlembagaan, iaitu antaranya, hendaklah persoalan nilai hidup dan sensitiviti orang Melayu Islam dijadikan kayu ukur sebelum menjemput mana-mana artis.

Sumber : Harakahdaily

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

13 October 2010

Mahasiswa Tolak Homoseksual, Batalkan Konsert Adam

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Ketamadun Islam dan peradaban Melayu di Malaysia telah cuba dimusnahkan oleh satu pihak yang sangat berkuasa iaitu Kerajaan Malaysia sendiri. Hal ini demikian kerana kelulusan yang diberikan untuk penagnjuran konsert Adam Lambert, penyanyi barat yang menjadi simbol homoseksual atau gay.

Pihak Pro-Mahasiswa UIAM sangat terkejut dengan keputusan pihak kerajaan yang sebegitu rupa. Mahasiswa UIAM khususnya melihat tindakan kerajaan ini sangat tidak relevan dengan budaya Islam dan peradaban Melayu di Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kemasukan Adam Lambert, artis kontroversi seluruh dunia ini seolah-olah Malaysia meraikan dan menerima budaya songsang homoseksual. Bahkan beberapa media ternama di barat telah menyenaraihitamkan artis tersebut daripada dipromosi di media mereka kerana budaya songsang tersbut. Namun kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan berani untuk menjatuhkan maruah Malaysia di persada dunia.

Pada petang tadi juga, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia telah menghantar memorandum bantahan supaya konsert ini dibatalkan kepada PUSPAL. PUSPAL yang juga terdiri daripada beberapa wakil kerajaan seperti JAKIM meluluskan konsert tersebut.

Justeru, pihak mahasiswa khususnya mahasiswa UIAM dengan sekeras-kerasnya menolak tanpa kompromi tindakan kerajaan ini. Diharap pihak yang sebaik-baiknya untuk bersuara dalam hal ini seperti JAKIM, mufti-mufti, tokoh-tokoh ilmuan Islam Malaysia, ahli-ahli akademik dan sebagainya dapat memainkan peranan yang diamanahkan.

MAHASISWA BENCI HOMOSEKSUAL!!!

DARI MAHASISWA UNTK MAHASISWA