Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

30 March 2010

Al-Fatihah Buat Firdaus Ismail

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan takziah buat keluarga allahyarham saudara Firdaus Ismail atas pemergian saudara Firdaus menghadap Allah , Rabbul 'Izzati .

Allahyarham merupakan seorang pelajar jurusan Undang-undang dan Syariah tahun 2 di AIKOL , UIAM . Beliau yang terlibat aktif dalam gerak kerja da'wah di kampus khususnya Ma'ruf Club dikatakan dilanggar semasa menaiki motosikal untuk keluar mengajar Al-Quran di kawasan Sri Gombak .

Semoga allahyarham Firdaus dicucuri rahmat oleh Allah dan digolongkan dalam golongan syuhada' .

Al-Fatihah .

Mahasiswa Pencetus

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

23 March 2010

SRC Bukan Anjing Pentadbiran Universiti

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (SRC) boleh dikategorikan sebagai anak buangan apabila hak mereka dinafikan oleh pihak pentadbiran kampus atau dengan ayat yang senang , SRC seolah-olah tidak diiktirafkan sebagai wakil mahasiswa . Menurut sumber yang sahih daripada pihak pejabat , terdapat satu cubaan menyamatarafkan status SRC dengan kelab-keab lain . SRC dilayan sama dengan Kuliyyah Based Society (KBS) dan kelab di bawah pantauan Censerve Team . Wajarkan hal sedemikian berlaku ?

Lebih meragukan , Kelab Wawasan dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) naungan UMNO mempunyai bilik operasi masing-masing yang berada sama tingkat dengan SRC walhal terdapat berbelas-belas kelab lain yang tidak mempunyai bilik operasi . Ada beberapa kelab lain yang berunsurkan community service terpaksa menumpang bilik operasi KBS yang lain . Sama-sama fikirkan .

Pelbagai langkah dilakukan untuk menghalang kemaraan gerakan mahasiswa di kampus , bajet yang diberikan kepada SRC jauh lebih sedikit berbanding kampus-kampus lain . Mengapa ? Adakah disebabkan wakil Pro-M yang memimpin ? Pernah anak emas pentadbiran , kumpulan Pro-Aspirasi memegang tampuk pemerintahan mahasiswa akibat daripada boikot yang dibuat Pro-M , mendapat bajet yang sangat banyak dan berlebihan . Sehingga pelbagai aktiviti yang dilakukan mencemari imej universiti Islam ini .

Pihak pentadbiran hari ini mengekalkan tradisi mereka seperti penyalahgunaan kuasa , ketidaktelusan dan campur tangan politik luar . Dengan beralasankan economic down turn , pihak pentadbiran terpaksa memotong operational budget sehingga 30% . Sangat mengekang mahasiswa .

Terlalu birokrasi proses yang perlu dilalui jika sumbangan luar yang mahasiswa perlu usahakan untuk menampung sesuatu program yang diluluskan dengan bajet yang tidak munasabah . Pihak pentadbiran perlu mempunyai formula khas dalam menentukan bajet antara SRC , KBS dan juga kelab-kelab di bawah Censerve .

Hak SRC perlu dikembalikan kerana mereka bukan dilantik oleh pihak pentadbiran tetapi oleh mahasiswa melalui demokrasi kampus . Perlu jelas , harus dibezakan antara entiti pentadbiran mahasiswa dan entiti pentadbiran universiti . SRC perlu diberi kuasa mutlak untuk membentuk corak pemerintahan mereka .

Sekali lagi ditekankan , SRC bukanlah satu organisasi berteraskan program-oriented tetapi objective-oriented iaitu kebajikan mahasiswa adalah teras utama . Setinggi harapan kepada pihak pentadbiran universiti supaya kembalikan hak SRC sebagai satu gagasan mahasiswa yang pro-aktif dalam membawa suara mahasiswa tanpa pengaruh dan cengkaman mana-mana pihak .

SRC bukanlah 'anjing' pentadbiran yang hanya mengikut kehendak pihak atasan yang dipengaruhi oleh politik luar yang goyah lagi lemah .


Pujangga Siswa

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 March 2010

All The Best In Final Exam

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

PRO-M UIAM Mengucapkan

Selamat Menempuh Ujian Akhir 2009/2010

PRO-M UIAM Wishes You All The Best In Final Exam 2009/2010

مع التوفيق والنجاج في الامتحان النهائي


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


19 March 2010

Pro-Mahasiswa UIAM Berpihak Kepada Orang Asli

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Dalam kesibukan ahli-ahli politik yang saling bertengkar dan bergaduh antara satu sama lain , kebajikan rakyat diabaikan serta ditindas dan ditipu sewenang-wenangnya . Pro-Mahasiswa UIAM melihat hak orang asli yang mendakwa telah ditipu sebagai perkara yang besar .

Dalam himpunan orang asli yang menunjukkan protes dan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini , telah menghadirkan lebih 2000 orang asli di hadapan Pejabat Perdana Menteri , Putrajaya . Memorandum bantahan tersebut berjaya disampaikan oleh Presiden Persatuan Orang Asli Malaysia kepada Perdana Menteri melalui Pegawai Khasnya .

Dalam himpunan tersebut , antara kain rentang yang dibawa oleh orang asli berbunyi "Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu Dihormati" , "Jangan Hapuskan Akta Kami" dan "Iktirafkan Wilayah Adat Kami" .

Sila lihat Malaysiakini dan Harakahdaily .

Pro-M juga agak kesal dengan seorang menteri yang memberi kenyataan bersifat menghina orang asli yang merhimpun di Putrajaya .

"Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan"

-Datuk Seri Syafie
Justeru , Pro-M UIAM mengambil keputusan untuk memihak kepada orang asli dalam isu ini . Diharapakan pihak kerajaan khususnya PM dan menteri yang bertanggungjawab memandang serius isu ini .

Mahasiswa Pencetus

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

09 March 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
KENYATAAN MEDIA SEMPENA KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL 2010

8HB MAC 2010

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atas kerjasama seluruh front mahasiswa yang bernaung dibawah SMM akan mengadakan sebuah kongres yang yang dinamakan sebagai Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010. Kongres ini akan dilangsungkan pada 20hb Mac 2010, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Kongres selama sehari ini dianggarkan akan melibatkan hampir 1500 orang aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

Kongres ini menandakan bahawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini kembali sebagai satu wadah gerakan mahasiswa yang tersusun di peringkat nasional. Kongres ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan kembali seluruh kumpulan mahasiswa anak muda dengan dengan satu wadah perjuangan untuk masa depan Malaysia.

Dengan bertemakan “Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”, kongres ini bertujuan menyusun semula struktur gerakan mahasiswa di peringkat nasional serta menyusun semula agenda perjuangan mahasiswa. Kongres ini juga adalah medan pertemuan seluruh aktivis mahasiswa yang terselerak diseluruh negara untuk disatukan dalam usaha membangunkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang kritikal dan progresif.

Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia menjemput seluruh aktivis mahasiswa dan sosial, serta NGO tempatan dan luar negara untuk menghadiri yang kongres bersejarah ini. Diharapkan agar kongres ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para aktivis mahasiswa, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia.


Majlis Pimpinan Tertinggi,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

05 March 2010

Ke Mana Perginya Speakers’ Corner??

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,


“KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sudut Pidato Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diharamkan sebelum ini akan dihidupkan semula bulan depan.

Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, pihaknya kini dalam proses mencari lokasi yang sesuai untuk menjayakan program tersebut.


"UIAM akan menyediakan ruang khas kepada mahasiswa untuk mengadakan Sudut Pidato tersebut.

"Kita menjangkakan ia akan dimulakan awal bulan depan dan kita juga mengharapkan mahasiswa menggunakan peluang ini untuk mengutarakan idea-idea untuk menyemarakkan kualiti mahasiswa dan universiti ini sendiri," katanya.” - Utusan Malaysia


Dalam keratan akhbar di atas, UIAM menjangkakan akan menjayakan Speakers’ Corner pada awal Mac tahun ini, tetapi sehingga kini 6 Mac 2010, masih tiada apa-apa reaksi daripada pihak pentadbiran. Kelihatan pentas tersebut hanya tersadai di hadapan Bank Islam di tepi sungai . Di hadapan perpustakaan pula tersadai dua buah pasu bunga yang tidak sepatutnya berada di situ yang menghalang laluan orang ramai . Di dalam posting blog salah seorang MPP UIAM Muhammad Syazwan bin Suhaimi, beliau menulis tentang Speakers’ Corner disertakan gambar Speakers’ Corner yang lokasinya terletak di hadapan Perpustakaan Dar Al-Hikmah, UIAM. Tidak sampai beberapa hari pentas tersebut diletakkan di situ, kemudian pentas tersebut di ubah lokasinya di hadapan Bank Islam. Apa motifnya kelakuan pihak pentadbiran ini?


Menurut sumber yang sahih, pihak pentadbiran UIAM telah menukarkan nama Speakers’ Corner kepada Expressive Corner. Mengapa? Salah seorang pegawai pentadbiran UIAM berkata, rasional nama Speakers’ Corner ditukar ke Expressive Corner adalah disebabkan Speakers’ Corner berbaur politik. Pihak pentadbiran mengharapkan dengan pertukaran nama ke Expressive Corner supaya suasananya lebih santai dan tidak di salah gunakan oleh pihak-pihak yang lantang dalam menyampaikan isu berunsur politik. Pihak pentadbiran sebenarnya takut akan kebangkitan suara mahasiswa sejajar dengan perkembangan politik nasional yang semakin panas. Keadaan politik luar kampus sedikit sebanyak akan memberi impak kepada politik kampus.


Difahamkan juga, mahasiswa bukan sahaja dibolehkan berpidato di pentas Expressive Corner, malah mereka bebas untuk bersajak, bersyair dan lain-lain sehinggakan bermain gitar juga turut dibenarkan. Inikah suasana UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA yang dibanggakan-banggakan di serata dunia membenarkan hiburan Barat menjadi budaya dalam kalangan mahasiswa? Ke manakah hilangnya nilai intelektual yang sepatutnya menjadi tunjang dalam diri tiap mahasiswa? Fikir-fikirkan.


Alasan di sebalik pertukaran lokasi di hadapan bank Islam, kononnya lebih jauh dari kawasan masjid bagi mengelakkan gangguan hasil daripada sorakan para penonton kepada performer di pentas Expressive Corner ibarat meludah ke langit akhirnya terkena diri sendiri. Bagaimana boleh timbul sorakan yang bakal mengganggu jemaah yang solat di masjid jika tidak ada persembahan berbentuk hiburan seperti bermain gitar dan sebagainya? Sebenarnya, pertukaran ke tempat baru adalah untuk mengalih tumpuan mahasiswa daripada kepanasan pentas Speakers’ Corner. Di mana-mana universiti pun, perpustakaan sememangnya menjadi tumpuan mahasiswa. Jadi, jelaslah dengan mengubah ke tempat yang kurang tumpuan, kehangatan atau kewujudan Speakers’ Corner tidak dirasai. Kita sudah sedia maklum, hiburan sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita. Di peringkat universiti sendiri sepatutnya budaya ilmu diperkasakan, tetapi apa yang berlaku sekarang, pihak universiti Islam yang membuka ruang kepada hiburan. Patutkah begitu? Fikir-fikirkan.


Pujangga Siswa


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

03 March 2010

Universiti Diliwat

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,



Semua mahasiswa dijemput untuk menggegarkan medan politik kampus .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA