Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 January 2010

Selamat Mengundi Kepada Semua Kampus

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga kampus yang mengadakan pilihanraya pada hari ini . Semoga anda mengundi untuk masa hadapan mahasiswa di kampus .

Selamat berjaya kepada semua calon Pro-Mahasiswa kampus-kampus yang bertanding hari ini . Dijangka banyak kampus yang mengadakan pilihanraya pada hari ini . Jadi , Pro-M UIAM mendoakan kemenangan kalian .

Semoga demokrasi kampus terus dibela .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

27 January 2010

Utusan Malaysia Diminta Tarik Balik Kenyataan

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Calon pro aspirasi kuasai UIAM

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 21 Januari lalu menyaksikan calon-calon pro aspirasi menguasai gelanggang pilihan raya yang berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi.

Seramai 13 calon daripada kumpulan itu memenangi kerusi yang dipertandingkan di Kampus Gombak dan juga satu kerusi di Kampus Kuantan.

Sementara itu, tiga fakulti diisytiharkan menang tanpa bertanding iaitu Undang-Undang dan Seni Bina di Kampus Gombak serta Pergigian di Kuantan.

Sebanyak 59 peratus kehadiran pengundi dicatatkan apabila seramai 6,938 mahasiswa keluar menunaikan tanggungjawab daripada sejumlah 11,760 yang layak mengundi.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, jumlah pelajar yang keluar mengundi pada tahun ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 66 peratus kehadiran tahun lalu.

Beliau berkata, tarikh pilihan raya kampus yang hampir dengan cuti pertengahan semester mungkin menyebabkan ramai pelajar mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah lebih awal.

Tambahnya, buat kali pertamanya dalam MPP, seorang mahasiswa kurang upaya (OKU) dan bukan Islam dipilih untuk mewakili suara mahasiswa.

Biarpun begitu katanya, penyertaan yang diterima daripada mahasiswa antarabangsa tidak begitu menggalakkan apabila sekadar cukup memenuhi kuota kerusi yang dipertandingkan.

"Calon yang bertanding kebanyakannya memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan pelajar di universiti.

"Apa pun, saya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu yang berlangsung secara aman," katanya ketika ditemui sewaktu pilihan raya kampus berlangsung, baru-baru ini.

Menurut Nik Ahmad Kamal, seramai 42 calon bertanding untuk pemilihan pada kali ini bagi merebut 29 kerusi.

"Calon yang menang dijangka membentuk barisan kepimpinan MPP yang baru dalam tempoh satu atau dua minggu selepas keputusan diumumkan," katanya.

Calon daripada Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan, Zatil Arifah Mohd. Amin yang memperoleh undian tertinggi iaitu 1,309 undi berkata, dasar yang ingin diperjuangkan adalah mengetengahkan konsep kebajikan pelajar.

Selain itu katanya, beliau juga mahu berusaha mendekatkan pihak pengurusan universiti dengan mahasiswa.

Sementara itu, seorang lagi calon dari fakulti yang sama dan mendapat undian kedua tertinggi, Noor Yusri Wahi Anuar juga mahu menjadikan kebajikan pelajar sebagai fokus utama perjuangannya.

"Saya telah berbincang dengan rakan lain untuk membawa konsep universiti 1Ummah di mana kebajikan mahasiswa termasuk atlet kampus akan dibela," katanya.

Sementara itu, calon yang tewas pada pemilihan itu, Nursyahidah Ahmad dari Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) berkata, kekalahan itu tidak akan melemahkan semangatnya malah bakal menjadi pemangkin untuk terus berjuang.

"Semoga para pemenang dan yang tewas akan tetap bekerjasama dalam memastikan agenda pembangunan pelajar dapat ditingkatkan," ujarnya.

Seorang lagi calon, Mohd. Habibudin Ahmad turut berjanji membantu rakan-rakan MPP dalam melaksanakan pembangunan UAIM walaupun gagal menduduki barisan kepimpinan.

"Walaupun tewas, saya bersyukur kerana masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan dalam memperjuangkan aspirasi mahasiswa UIAM," katanya.

Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula, kumpulan pro mahasiswa berjaya memulakan 'era baru' MPP apabila menguasai 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kumpulan itu menundukkan penguasaan pro aspirasi dalam empat sesi pengajian melibatkan empat fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan serta Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin.

Sumber : Utusan Malaysia

Utusan Malaysia telah mendakwa Pro-Aspirasi telah menguasai MPP UIAM . Justeru , Pro-Mahasiswa dengan tegas menafikan kemenangan Pro-Aspirasi . Bukan persoalan siapa pemenangnya , tetapi kebenaran .

Memang tidak dinafikan calon-calon Pro-Aspirasi telah memenangi beberapa kerusi , tetapi Utusan Malaysia telah menyebabkan warga kampus dan masyarakat terkeliru . Diharap kenyataan ini ditarik balik kerana Utusan Malaysia adalah media bercetak yang besar .

Untuk makluman , Pro-Mahasiswa UIAM telah menghantar calon-calon dan telah menang majoriti walaupun sedikit merosot berbanding pilihanraya yang lepas . Bilangan majoriti tidak dapat disebutkan atas faktor keselamatan .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Pastikan Pilihanraya Kampus Adil Dan Telus

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Oleh Sofi Wahab

Sudah bertahun-tahun pilihanraya kampus dicemari dengan campurtangan pentadbir yang jelas memihak kepada kumpulan pelajar yang menamakan diri mereka pro-Aspirasi (pro-A). Semada secara jelas atau terlindung kegiatan pentadbir berat sebelah telah diketahui umum.


Malang sekali apabila pihak pentadbir bertindak sebegini kerana ianya seolah-olah mendidik pelajar-pelajar supaya membelakangkan undang-undang dan demokrasi. Kalau di menara gading pun pihak pentadbir berani berbuat demikian maka sudah tentu di institusi lain 'rakan-rakan yang sewaktu' dengan mereka sudah tentu melakukan perkara yang sama.

Musim pilihanraya kali ini nampaknya sikap berpihak ini tidak dapat dikikis. Pelbagai peraturan yang tidak masuk akal masih dikekalkan. Pelajar-pelajar pro-A dilihat mendapat layanan yang lebih baik dan mesra berbanding pro-Mahasiswa (pro-M).

Parti-parti politik khususnya Umno secara terang-terang membantu pro-A, malah ada pihak mendakwa Umno menyalurkan wang kepada pro-A.

Sebagai buktinya unsur-unsur rasuah mula disemai dalam kehidupan kampus dengan Umno memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.

Beliau berkata, pilihan raya kampus (PRK) yang dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mutakhir ini didakwa telah tercemar menerusi campurtangan Umno sekali gus hal itu membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan pelbagai pihak.


Bagi saya cukuplah segala kejahatan dan penipuan yang dilakukan oleh pentadbir dan Umno ini. Marilah sama-sama kita bebaskan semua institusi dari kongkongan politik.

Sumber : Detikdaily

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

26 January 2010

Sudut Pidato Tidak Efektif , Pro-Aspirasi Bertapak Di 2 IPT

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,


The Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, Jan 26 — Pilihan raya kampus universiti awam Khamis ini, melibatkan lapan pusat pengajian tinggi, menyaksikan kempen meraih undi turut melibatkan Sudut Pidato, julung kali diperkenalkan semula selepas tiga dekad diharamkan.


Kemudahan Sudut Pidato dilihat sebagai “trend baru” untuk mahasiswa mengemukakan pendirian mereka dalam kempen pilihan raya kali.


Bagaimanapun ada pelajar yang mendakwa ia tidak begitu berkesan dari segi masa dan lokasi kedudukan Sudut Pidato.


Mereka lebih berminat untuk menemui pengundi kalangan pelajar secara bersemuka daripada bergantung penuh terhadap kemudahan Sudut Pidato.


“Bagi kami di UKM, sudut pidato tidak efektif, contohnya di UKM ia terletak di kawasan belakang perpustakaan... jadi ia bukan kawasan strategi untuk berkempen.


“Jadi, tumpuan kami ialah kafe dan ruang legar fakulti seperti dulu,” katanya.


Malah ada calon yang bertanding merungut masa yang diberikan lima hingga 10 minit tidak mencukupi untuk mengemukakan pendirian sebagai calon yang bertanding.


Di samping itu, ada pelajar yang mendakwa wujudnya usaha sabotaj calon dari kumpulan tertentu daripada menggunakan Sudut Pidato.


Pada awalnya ramai yang teruja apabila Sudut Pidato diwujudkan semula di universiti.


Aktiviti yang telah diharamkan kira-kira tiga dekad lalu melalui Akta Universiti Kolej Universiti 1971 buat julung kali diwujudkan semula di UKM dua minggu lalu.


Ia dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Shahfie Hashim mengakui bagi sebahagian besar pelajar Sudut Pidato adalah sesuatu yang baru.


“Bagaimanapun UM sudah menggunakan Sudut Pidato untuk calon pilihan raya berkempen sejak tahun lalu... oleh itu bukan sesuatu yang baru bagi kami di UM.


“Namun kami berpendapat bahawa Sudut Pidato ini kalau melibatkan ramai, khalayak yang ramai memang menarik,” kata Shafie ketika dihubungi The Malaysian Insider.


Kira-kira 80,000 pelajar melibatkan lapan universiti awam akan mengundi pada pilihan raya kampus serentak Khamis ini, satu keadaan yang agak berlainan berbanding sesi pengajian lalu.


Pusat pengajian terbabit ialah UM, UKM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Malaysia Pahang, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Malaysia Kelantan.


Perkembangan itu dijangka memberi impak ke atas keputusan pemilihan kali ini.


Setakat penamaaan calon semalam, kumpulan Pro-Aspirasi telah menang di USM dan UPSI.


Di UPSI, kumpulan Pro-Mahasiswa hanya bertanding di lapan daripada 25 kerusi manakala di USM pula pihaknya hanya meletakkan empat daripada 26 kerusi MPP.


Ia dilihat sebagai laluan mudah kepada kumpulan Pro-Aspirasi.


Dengan perkembangan setakat semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa telah menguasai tiga IPTA termasuk Kolej Universiti Sains Islam Selangor manakala dua memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi.


Di UKM, kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi bertanding di kesemua 35 kerusi MPP manakala di UPM, kumpulan Pro-Mahasiswa bertarung di 33 daripada 48 kerusi.


Bagaimanapun ia telah memenangi satu kerusi tanpa pertandingan di UKM berbanding empat pada sesi pengajian lalu.


Kumpulan Pro-Mahasiwa bertanding di 33 daripada 41 kerusi MPPUM dan di UTM pula ia bertarung di 37 daripada 46 kerusi dipertandingkan.


Sumber : The Malaysian Insider


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

24 January 2010

Selamat Bercuti Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Selesai sudah PRK sesi 2009/2010 , cuti pertengahan semester mendatang . Semoga segala penat lelah yang dicurah oleh tenaga-tenaga mahasiswa UIAM yang berkerja keras untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dapat dilepaskan semasa cuti ini .

Walaupun tempoh PRK baru-baru ini begitu menekan aktivis-aktivis mahasiswa yang menjalani peperiksaan pertengahan semester pada masa yang sama . Jadi diharap dengan cuti pertengahan semester ini , tenaga-tenaga dapat dikumpul kembali untuk meneruskan perjuangan di bumi Taman Budi dan Ilmu UIAM .

Justeru , Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan selamat bercuti dan berehat kepada semua mahasiswa UIAM . Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 January 2010

Walk For Democracy

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Insyaallah program 'Walk For Democracy' akan dilancarkan bersempena dengan pilihanraya kampus di seluruh Malaysia . Maklumat lanjut tentang program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00am
Tempat : Dataran Merdeka
Tema : Hitam

Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) & Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Aktiviti utama program ini adalah berjalan-jalan sekitar kawasan terdekat sambil mengedarkan risalah-risalah .

Semua aktivis mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia dijemput turun beramai-ramai untuk membangkitkan aura mahasiswa di peringkat masyarakat .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 January 2010

Pro-M Menang Di UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Alhamdulillah , seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Ilahi apabila calon-calon Pro-Mahasiswa UIAM menang besar pada pilihanraya kampus sesi 2009/2010 ini . Dengan kemenangan majoriti , semoga calon-calon yang menang dapat meneruskan kepimpinan mahasiswa yang lebih baik berbanding sesi-sesi yang lepas .

Walaupun pihak yang tidak menyukai perjuangan mahasiswa ini banyak membuat propaganda yang bermacam-macam , namun kemenagan tetap berpihak kepada Pro-Mahasiswa .

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua calon yang memenangi kerusi-kerusi pada pilihanraya kampus pada sesi ini . Semoga SRC kali ini lebih menjaga kebajikan mahasiswa dan menjadi suara mahasiswa untuk dibawa ke peringkat kampus dan juga nasional .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Official Result of SRC General Election 2009/2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy

AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi

ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ENM CONSTITUENCY

Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921

ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146

ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838

IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309

ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101

NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64

PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57

DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim

MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221

SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

20 January 2010

Undi Oh Undi

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Kenapa Kita Mengundi ?

Mahasiswa lebih mengenali calon pilihan mereka

Mengundi adalah tanggungjawab mahasiswa untuk memilih
pimpinan kerana Malaysia menagamalkan sistem
pengundian

Untuk melahirkan mahasiswa yang terbuka pemikiran
serta profesionaldalam pelbagai bidang

MARI MENGUNDI 21 JANUARI 2010

PEMILIHAN KEPIMPINAN
TANGGUNGJAWAB BERSAMA


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

IIUM SRC Voting Day

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

DATE : 21 JANUARY 2010 (THURSDAY)

TIME : 9.00am - 5.00pm

VENUE : ALL KULIYYAH LABS AND ITD LABS

* DON'T FORGET TO BRING YOUR MATRIC CARD

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Gambar-gambar Sekitar Kempen PRK 2009/2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Di sini diletakkan beberapa gambar kain-kain rentang calon yang bertanding . Editor memohon maaf kerana tidak semua gambar diletak atas sebab kain-kain rentang calon lain tidak diketemui .

Insyaallah gambar-gambar suasana kempen PRK akan menyusul .













DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

19 January 2010

Calon-calon Pilihanraya MPP UIAM (SRC IIUM) 2009/2010

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES (KIRKHS)
Noor Yusri B Wahi Anuar
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi
Siti Fairuz Bt Kadri
Zatil Arifah Mohd Amin

KULIYYAH OF ENGINERING
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh
Muhammad Firwan Bin Norliza
Muhammad B. Ahmad Kamal

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES (KENMS)
Abdul Aziz B. Abu Hassan
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin
Hafizul Ariri B. Rusmani
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin
Muhammad Syazwan B. Suhaimi

KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY (KICT)
Ahmad Rafiqi B. Rosli
Khadijah Adibah Bt. Ahmad
Muhammad Nurazim B. Azman
Norazlina Bt. Mohd Nawi
Nursyahidah Bt. Ahmad
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan

Betapa Ceteknya Pemikiran Mahasiswa Ini

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Seluruh kampus UIAM, 18hb Januari 2010 ,

UIAM telah dikejutkan dengan satu risalah yang bagi pihak Pro-M UIAM sendiri amatlah "buruk" dan "kotor" dan seterusnya telah mencemarkan taman ilmu dan budi Universiti Islam Antarabangsa sendiri.

Setiap saban tahun, propaganda dari setiap entiti UIAM mula menunjukkan belangnya. Tetapi pada kali ini, risalah ini telah menggambarkan betapa ceteknya pemikiran seorang pelajar atau mahasiswa yang belajar di taman ilmu dan budi ini.

Kami di phak Pro-M UIAM, mengharap pihak pentadbiran UIAM membantu mengatasi dan mengawasi risalah ini, agar tidak menyentuh mana-mana isu perkauman dan keagamaan bagi mana-mana pihak.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

18 January 2010

Tahniah Pro-M UMT

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Tahniah diucapkan kepada Pro-Mahasiswa UMT atas kemenangan besar di kampus tersebut dan memecahkan tradisi dengan memenangi kerusi pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) apabila berjaya memenangi 11 kerusi daripada 12 yang dipertandingkan .

Pro-M UMT kali ini buat julung-julung kalinya berjaya menawan kerusi-kerusi MPP UMT . Tahniah diucapkan .

Diharapkan semoga angin kemenangan turut sampai ke UIAM dan Lembah Klang .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

PRK UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Semua MAHASISWA diminta bersedia .

Pilihanraya Kampus UIAM semakin hampir .

21 JANUARI 2010 adalah tarikh penentu Kerajaan MAHASISWA .

INGAT ! Sama-sama kita tunaikan tanggungjawab kita .

Ramai-ramai turun mengUNDI .



DARI MAHASISWA KE MAHASISWA

15 January 2010

Gambar-gambar Sekitar Penamaan Calon











Peraturan Baru PRK

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Terkejut ! Satu berita gempar yang dikeluarkan oleh pihak atasan UIAM untuk kempen pilihanraya kampus pada tahun ini , iaitu kumpulan kempen untuk calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan untuk memberikan cenderahati kepada mahasiswa-mahasiswa uiam semasa kempen dijalankan kecuali bookmark .

Tidak pernah dilakukan sebelum ini . Satu taktik yang tidak masuk akal . Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini berlaku kerana mereka sudah tidak ada calon untuk dipertandingkan , jadi kerja mereka hanya menghalang bukan untuk menang .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

KAED Dan AIKOL Menang Tanpa Bertanding

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Walaupun sesi penamaan calon semalam tidaklah dirasai oleh masyarakat kampus UIAM dan kumpulan-kumpulan mahasiswa yang turun ke sesi tersebut , namun ia tetap berjalan dengan lancar .

Tahniah kepada calon KAED dan AIKOL yang telah menang tanpa bertanding . Saudara Muhammad Faris Bin Ismail dan saudari Atikah Mohd Nissfu telah berjaya menjadi wakil mahasiswa di Kuliyyah of Architecture & Environmental Design (KAED) tanpa perlu bertanding .

Manakala di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) telah diwakili oleh saudari Izyan Hazwani dan saudara Ahmad Shauqi apabila yang pada mulanya tersenarai beberapa calon tetapi menarik diri pada sesi penamaan calon semalam .

Kehangatan PRK pada tahun ini sedikit kurang dengan kemenangan calon-calon di kedua-dua kuliah ini , namun tahniah diucapkan .

Perebutan kerusi di Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences dan Kuliyyah of Economics & Management Sciences mungkin menjadi tumpuan banyak pihak kerana calon-calon yang bertanding mempunyai pengikut tersendiri .

Nama-nama calon yang bertanding dan laporan akan menyusul .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

13 January 2010

Penamaan Calon SRC 2009\2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pilihanraya kampus bakal mendatang , untuk mengetahui calon-calon yang akan bertanding merebut kerusi SRC (MPP) UIAM sesi 2009/2010 , sesi penamaan calon akan diadakan . Berikut adalah maklumat tentang sesi penamaan calon :

Tarikh : 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 8.30am-10.30am
Tempat : ADM Level 5 , Banquet Hall

Harap maklum .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Tahniah SRC 08/09

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Tahniah diucapkan kepada SRC IIUM (MPP) sesi 2008/2009 . Dengan Annual General Meeting (AGM) yang diadakan semalam , 12 Januari 2010 maka berakhirlah kepimpinan SRC Sofiussalam .

Dengan pembubaran SRC 08/09 maka secara automatiknya pilihanraya kampus akan diadakan untuk meneruskan kepimpinan mahasiswa di kampus UIAM . Semoga segala sumbangan SRC 08/09 diberkati Allah dan mendapat ganjaran di sisi Allah .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

11 January 2010

Logo Baru


Assalamualaikum..
Logo terbaru Pro-Mahasiswa UIAM!!!
Sila beri komen di ruangan yang disediakan..
Terima kasih..






DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

05 January 2010

Isu Penginapan

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa (Pro-M) UIAM bukan sahaja peka dengan isu-isu di peringkat nasional , bahkan juga isu-isu di dalam kampus . Bersesuaian dengan tema Pro-M UIAM "Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa" menjadi agenda utama perjuangan Pro-M .

Mutakhir ini , isu penginapan pelajar UIA sering menjadi bualan ramai . Sudah tentu menjadi keluhan dan kerisauan di kalangan pelajar UIA kerana ia melibatkan aspek kemudahan asas , kewangan , sosial dan pelbagai lagi aspek lain .

Beribu-ribu persoalan bahkan cemuhan terhadap SRC kononnya mereka mengambil sikap berpeluk tubuh terhadap isu ini . Ke mana perginya peranan SRC ? Memperjuangkan kebajikan pelajar ?

Segala persoalan tersebut sememangnya telah lama terjawab melalui program 'Student-Admin Dialogue' yang dianjurkan oleh SRC baru-baru ini . Antara persoalan tersebut ;

1- Apakah yang akan terjadi kebajikan pelajar yang terpaksa tinggal di luar kampus ?
2- Di manakah 'Blueprint' berkaitan dengan polisi ini ? Bagaimanakah polisi ini akan dilaksanakan ?
3- Kenapakah menambah bilangan pelajar sedangkan penginapan yang sedia ada tidak mencukupi ?
4- Kenapakah Mahallah Elit dibina sedangkan bajet mencukupi untuk pembinaan Mahallah Biasa ?

pada hakikatnya , sememangnya SRC sentiasa cakna dengan isu-isu berkaitan dengan kebajikan pelajar . Akan tetapi mehnah dan tribulasi daripada Pihak Pentadbiran UIA sentiasa menjadi penghalang kepada perjuangan mereka . Ayuh sama-sama kita terus memberi sokongan kepada perjuangan SRC .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

04 January 2010

Pro-M Platform Terbaik Suara Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Satu persoalan yang belum selesai : Sejak 2004 , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih berjaya ditawan oleh kumpulan beraliran "pro-Mahasiswa" , kem pelajar yang dilihat berebeza dengan pro-Aspirasi .

Apakah yang menjadikan UIA begitu unik sehingga ia berjaya menjadi kubu kuat kumpulan pro-Mahasiswa ?

Dato' Dr Shamsul Amri Bhasaruddin , Pengarah Institut Kajian Oksidential (Ikon) , berpendapat latar belakang penubuhan dan semangat UIA sendiri berlainan dengan IPTA lain .

Sifat UIA itu sendiri yang mengutamakan bahasa-bahasa Arab dan Inggeris menjadikan mereka lebih terbuka dan terkehadapan . Lagi pun universiti Islam menarik sekumpulan pelajar yang mempunyai perwatakan yang lebih kurang sama . Mereka ini berbeza " , kata professor sosiologi itu .

Pandangannya ini seolah-olah selari dengan tanggapan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) , Professor Madya Dr Azmi Sharom . " Saya lihat UIA seperti sebuah Akademi Pengajian Islam yang besar , " katanya kepada MStar Online .

Justeru pro-Mahasiswa merupakan platform yang terbaik yang terus diberi kepercayaan bagi pelajar UIA sebagai wadah ke arah matlamat yang sama , Perjuangan Kebajikan Mahasiswa .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

02 January 2010

UIAM Tidak Intelektual ?

Assalamualaikum & salam ceria ,

Semalam , Jumaat telah diadakan satu forum yang sedang panas tatkala menjelangnya musim pilihanraya kampus (PRK) 2009/2010 yang bertajuk 'E-Undi Dan Masa Depan Demokrasi Kampus ' .

Forum intelektual terbuka ini dianjurkan di UM dan figura utama dalam forum ini ialah Professor Dr. Abdul Aziz Bari yang dijemput khas dari Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM . Namun beliau tidak dapat hadir setelah 2 kali memberi kepastian kehadiran beliau .

Apa yang dikesali , dikhabarkan daripada pihak penganjur , Prof Aziz Bari menarik diri pada saat-saat terkahir iaitu pada petang Jumaat kerana mendapat amaran daripada pihak pentadbir UIAM .

Persoalannya di sini , jika betul pihak pentadbir UIAM berbuat demikian , apakah rasionalnya ?

Adakah UIAM tidak demokrasi sehingga sanggup memberi ancaman kepada ahli akademik ?

Di manakah intelektual UIAM ?

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA