Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Blog Archive

22 December 2011

Selamat Tinggal Aziz Bari, Hilangnya Permata UIA

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tanggal 31 Disember ini menjadi pilihan buat tokoh akademik kontroversi, Prof Dr Aziz Bari (gambar) yang akan meletakkan jawatan sebagai pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Seorang ahli akademik yang lantang bersuara berteraskan nilai keilmuan dan berpegang disiplin ilmu bahawa setiap ilmu mesti disampaikan," kata Pengerusi Pro-M (Wufi) UIA, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

Menurutnya, mahasiswa UIA berasa amat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku khususnya pentadbiran universiti itu.

Baginya, memang benar keputusan terletak dalam tangan Prof Aziz sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak, namun pihak universiti perlulah menjadi tempat beliau mendapat sokongan, bukan tekanan.

Katanya, isu Prof Aziz Bari ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila seolah-olah ada pihak luar yang mencucuk pihak pentadbiran UIA.

Tambahnya, Aziz Bari bukan sahaja berhadapan dengan musuh di luar, bahkan dalam keluarga sendiri sedangkan beliau diiktiraf oleh seluruh masyarakat dengan kepakaran bidangnya dalam perlembagaan dan undang-undang.

"Keputusan sudah dibuat oleh Prof Aziz, kita hanya mampu bersedih dan terasa kehilangan beliau,” katanya.

Namun, ujarnya masyarakat tetap dan sentiasa bersedia untuk mendengar respons dan pandangan Dr Aziz terhadap apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan dengan perlembagaan Malaysia.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

24 November 2011

Demonstrasi TOLAK 1.0

Kenyataan Rasmi
Pengerusi Pro-Mahasiswa UIAM (WUFI)


Sehingga kini, dalam tempoh kurang lebih 100 hari UIAM di bawah pentadbiran YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, telah berlaku sekurang-kurangnya empat peristiwa hitam yang sangat mengecewakan warga UIAM dan telah menjatuhkan serta memalukan nama baik UIAM pada pandangan umum.

Bermula dengan kes Ustaz Azhar Idrus dilarang berkuliah di dalam Masjid UIAM, pembatalan penyertaan Presiden SRC-IIUM sebagai panel dalam program HUJAH TV 9, Prof. Dr. Aziz Bari digantung tugasan dan dikenakan siasatan, dan terkini program In Person with Dato’ Saifudin dibatalkan secara ad-hoc.

Pro-Mahasiswa UIAM (WUFI) melihat, dalam kejaadian terbaru ini, tindakan pihak pentadbiran UIAM membatalkan program secara ad-hoc, dengan alasan ‘isu AUKU belum diputuskan’ dan ‘...saya tidak tahu program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri’, dan diikuti dengan kenyataan berbeza ( baca : berputar belit ) yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada wakil penganjur dan pihak media, adalah satu tindakan yang sangat menjelekkan, tidak professional dan telah mengundang rasa kecewa serta marah pihak penganjur, warga UIAM dan rakyat Malaysia.

Dengan ini, pihak Pro-Mahasiswa UIAM (WUFI) ingin memaklumkan, akan menganjurkan demontrasi ‘TOLAK 1.0’, sebagai desakan menolak sebarang campur tangan luar terhadap hal ehwal pengurusan dan pentadbiran UIAM, dan menolak sikap tidak berprinsip pihak pentadbiran UIAM dalam mempertahankan hak mahasiswa dan UIAM sebagai sebuah institusi keilmuan.

Pro-Mahasiswa UIAM (WUFI) ingin mengajak dan menyeru seluruh mahasiswa dan warga Malaysia, untuk turut hadir ke demontrasi ‘TOLAK 1.0’ yang akan diadakan esok, Jumaat, 2.00 petang, di halaman (belakang) Masjid UIAM.


22 November 2011

Gelombang Siswa: Saifuddin Tak Dibenar Masuk UIA

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Program In Person with Dato’ Saifudin yang dijadualkan berlangsung pada pukul 8.00 malam tadi telah dibatalkan atas arahan pihak pentadbiran. Pihak pentadbiran memberikan alasan atas dasar keselamatan kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam proses Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang masih dalam perbincangan.

Pihak Aikol Festival dan juga AJK program In Person with Dato’ Saifudin, telah menerima panggilan daripada pihak pentadbiran UIAM tentang pembatalan isu ini lewat 3.30 petang, semalam.

Mereka dimaklumakan tentang penangguhan program ini atas arahan Rektor UIAM sehingga mahkamah memutuskan tentang AUKU yang masih dalam pembincangan.

Tempat program yang dijangka berlansung program ini juga telah ditutup oleh pengawal keselamatan UIAM.

Pihak Law Students Society (LAWSOC) turut memberikan pandangan tentang pembatalan ini tidak sepatutnya berlaku dalam usaha melahirkan mahasiswa yang terkehadapan dan membina intelektualisme mahasiswa.

Pihak Aikol Festival dan Jawatankuasa program ini amat terkilan kerana ini adalah program yang disusun sudah lama sebagai program yang bermaanfaat untuk mahasiswa undang-undang terutamanya dan mahasiswa lain umumnya.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM juga memberikan pandangan bahawa sebelum pembatalan sesuatu program yang telah dirancang lebih awal perlulah mengikuti prosedur yang telah di tetapkan. Surat pembatalan program hendaklah ditulis beserta alasan-alasan yang munasabah.

Mahasiswa mengikuti prosedur untuk menjalankan sesuatu program, maka pihak pentadbiran juga seharusnya begitu. Program yang dirancang untuk mahasiswa, adalah program-program yang akan membina intelektual, membina kualiti diri serta menajamkan kemahiran mereka dalam menguruskan sesuatu program.

Mahasiswa perlu didedahkan dengan suasana yang baik dan pengurusan yang sistematik untuk melatih mereka berdepan dengan dunia pekerjaan.

Makluman yang di berikan kepada pihak Aikol Festival dan juga Jawatankuasa program ini pada lewat petang tadi serta alasan yang kurang munasabah menunjukkan masalah pengurusan dan profesionalisme yang bermasalah.

Sehubungan itu, pihak pro Mahasiswa UIAM (WUFI) turut dihubungi untuk memberikan pandangan berkenaan isu ini.

Pihak ProM WUFI menyatakan ini sudah kali keempat, pihak pentadbiran UIAM menimbulkan masalah yang sama.

Ia rentetan daripada isu Ustaz Azhar Idrus, Presiden MPP yang dinafikan tempat dalam rancangan Hujah, Prof Aziz Bari, dan yang terbaru Dato’ Saifudin yang tidak dibenarkan masuk UIAM dan program dibatalkan.

Mengapa mahasiswa sering di sekat untuk mencari ilmu yang berkaitan keagaaman dan juga inteletual serta kebebasan akademik yang dinafikan menimpa Prof Aziz Bari.

Kuasa dan tangan ghaib yang berselindung di sebalik pihak pentadbiran sudah semakin berani untuk menyekat kebangkitan mahasiswa. Isu akta dalam AUKU yang masih dalam perbincangan adalah rangka mereka untuk terus menyekat kebangkitan mahasiswa.

Mereka (Umno dan Kerajaan Malaysia) boleh meneruskan perancangan mereka, jika itu yang mereka mahukan. Dan kami akan terus mendedahkan kerja serta pakatan mereka kepada umum.

Mereka juga berpandangan bahawa perkara sebegini tidak terus dibiarkan berlaku. Mahasiswa tidak rela mempunyai kerajaan yang menutup kebebasan bersuara seperti ini.

Selain itu, mahasiswa juga bersedia untuk melakukan perubahan besar, khusunya dalam pemilihan tampuk kepimpinan negara yang akan datang.

Sebagai kesimpulannya, setiap entiti yang di hubungi mempunyai perspektif masing-masing berkenaan isu ini. Sewajarnya perkara ini tidak berlaku dan pihak pentadbiran seharusnya bijak dalam membuat sesuatu dengan menimbang tara segala aspek kerana universiti adalah medan ilmiah dan seharusnya telus dalam segala tindakan.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

11 November 2011

Jagalah Ikhtilat Sesama Kita

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Oleh: Farahiyah Mat Daud

Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah. Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan. Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31) An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman : dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31) Surah An Nuur : 31 Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan ‘perhiasan’ ialah dua tangan dan wajah. Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya : Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59) Al Ahzab: 59 Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan, hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman : Maka janganlah kamu tunduk (yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya (yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina) dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32) Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31) An Nuur : 31 Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya : Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25) Surah Al Qashah :25

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Rujukan : Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi

____________________________

Penulis merupakan mahasiswa UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

31 October 2011

Facebook Digodam, Cubaan Menyekat Kemaraan Mahasiswa

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

GOMBAK,30 Oktober 2011-Akaun facebook milik Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian itu telah disedari oleh salah seorang anggota kumpulan yang berjuang bagi menegakkan hak-hak mahasiswa di UIAM petang semalam.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM, Muhammad Hafizuddin MN, "Motif sebenar penggodaman tersebut disyaki untuk menyekat kebangkitan mahasiswa dan cuba untuk memecah belahkan gerakan mahasiswa. Tindakan ini dilihat mahu memberi tekanan kepada Pro-M daripada terus memperjuangkan isu Prof Abd Aziz Bari".

"Kami tetap serius dan istiqamah dalam memperjuangkan isu kebebasan akademik walau apa ancaman sekalipun yang pihak kami terima. Kami berharap mahasiswa dan masyarakat seluruhnya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab"ujarnya.

Tindakan ini juga dipercayai ada kaitan dengan 'tangan jahat' yang sering menggangu bermula daripada isu Ustaz Azhar Idrus, penafian Presiden MPP dalam rancangan HUJAH TV9 dan Prof Abd Aziz Bari.

KES UGUTAN TERHADAP PROF AZIZ BARI

Dalam masa yang sama, berita penghantaran peluru ke rumah Prof Aziz agak mengejutkan mahasiswa UIAM khususnya. Tindakan sedemikian sangat bercanggah dengan norma kehidupan manusia.

Mahasiswa UIAM tetap menyokong sepenuhnya perjuangan kebebasan akademik yang dibawa oleh Prof Aziz.

Mengulas isu tersebut, beliau menegaskan, "Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menghantar peluru tersebut seolah-olah mahu menakutkan Prof Aziz dalam masa ini".

Sehingga hari ini, pihak UIAM masih belum mengeluarkan sebarang respon selepas menarik balik penggantungan terhadap Prof Abd Aziz Bari.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

26 October 2011

Munajat Keamanan – “Motivasi Perjuangan Menegakkan Kebenaran”

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Dengan tidak menafikan kekuatan demonstrasi dalam memberi suatu kesan kepada sesuatu isu, ia tetap juga salah satu pilihan daripada pelbagai pilihan yang ada. Paling penting ialah untuk mengambil tindakan yang bertanggungjawab dan bertanggungjawab dengan tindakan. Kedua-duanya bertitik tolak daripada kefahaman dan kesedaran.

Pro-M (WUFI) UIAM merasakan, keputusan SRC untuk mengadakan Munajat Keamanan semalam, walaupun diumumkan melalui Presiden SRC lewat petang, ia adalah suatu tindakan yang tepat, matang dan bertanggungjawab. Hal ini terbukti apabila pengumuman itu disambut dengan sokongan padu oleh mahasiswa UIAM. Kami juga menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan tersebut.

Mengungkap kata-kata salah seorang yang hadir, “Malam munajat keamanan yang diadakan pada malam ini adalah satu malam memotivasikan semangat perjuangan untuk menegakkan kebenaran”. Bersetuju dengan pendapat beliau, kami berbesar hati untuk berkongsi antara perkara yang dinyatakan dalam program tersebut. Antaranya seperti berikut :

Islam menyuruh umatnya menentang sebarang bentuk kezaliman dan kemunkaran. Sekecil-kecilnya dengan membenci di dalam hati sehinggalah kepada sebesar-besarnya dengan memanfaatkan kuasa untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Apa juga caranya, kemunkaran tersebut harus ditentang.

Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya supaya membantu orang yang zalim dan orang yang dizalimi. Orang yang zalim dibantu dengan cara diberi nasihat dan teguran, dan jika perlu berdepan dada sekalipun, diizinkan, selagimana tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar. Orang yang dizalimi pula dibantu dengan memberi sokongan dan memperjuangkan nasibnya serta mengambil apa juga tindakan supaya tertegak keadilan untuk dirinya.

Nabi s.a.w. telah mengajarkan umatnya dengan suatu doa, “Ya Allah, tunjukkanlah bahawa yang benar itu benar, dan anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengikutinya.....”. Ada yang berkata, bukankah telah nyata kebenaran bahawa kebebasan bersuara itu telah diperuntukkan dalam perlembagaan? Ya, itulah apa yang zahir kebenaran disisi manusia. Namun di sisi Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui, pelbagai kebenaran lain yang lebih penting dan besar, yang akan Allah s.w.t. tunjukkan kepada hamba-hambanya yang beriman yang berfikir.

Kesatuan atas nama Islam adalah asas perpaduan. Islam menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran. Menentang kezaliman dan menegakkan keadilan adalah tuntutan amar ma’ruf nahi munkar. Perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan mestilah dibina dengan kekuatan kesatuan. Tanpa kesatuan, rapuhlah perjuangan.

Selain kesatuan, perjuangan kebenaran mestilah dengan kekuatan jentera. Setiap orang perlu berperanan dan setiap orang bertanggungjawab di posisinya. Di zaman moden ini, agenda penerangan sangat penting. Maklumat yang benar perlu disebarkan dan maklumat yang salah perlu disekat. Asasnya, maklumat-maklumat tersebut mestilah dipastikan dahulu status benar atau salahnya. Untuk itu, pembacaan dan pengkajian daripada pelbagai sumber dan sumber yang diyakini sangat penting. Di sinilah mahasiswa tampil berbeza dengan orang lain, iaitu sikap ‘tabayyun’ dalam menjalankan tugasnya sebagai agen penerangan kepada masyarakat.

Pro-Mahasiswa (WUFI) tetap tegas berpendirian sama dengan SRC dan seluruh warga UIAM, khususnya dalam menuntut pembatalan siasatan terhadap Prof. Aziz Bari.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

23 October 2011

Justice For Prof Aziz Bari

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Justice For Prof Aziz Bari

Protect Our Academic Freedom

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 October 2011

WUFI Kesal Campur Tangan Politik Melampau

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Atas sebab 'memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti', pakar Perlembagaan Malaysia tersohor, Prof Abd Aziz Bari digantung sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Sebelum itu, beliau telah pun menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM disebabkan oleh kenyataan kontroversi beliau yang menyentuh institusi Raja-Raja Melayu.

Tamparan hebat telah diterima oleh warga kampus akibat daripada penggantungan yang dibuat. Kebebasan akademik telah dipertikaikan, intelektualisme yang diperjuangkan selama ini telah dicabul begitu sahaja. Apa yang mengecewakan, ahli akademik yang menjadi mangsa.

Pada akhir-akhir ini, campur tangan pihak luar ke dalam pengurusan pentadbiran UIAM dilihat semakin menular. Hal ini bermula dengan isu kehadiran Ustaz Azhar Idrus ke dalam UIA, kemudian sekatan terhadap Presiden MPP dalam program HUJAH TV9 bergandingan bersama Rektor dan kemuncaknya kes Prof Abd Aziz Bari yang diambil tindakan penggantungan dan menyebabkan isu ini mendapat respon daripada pelbagai pihak di peringkat nasional.

Justeru, Pro-Mahasiswa (WUFI) berpendirian:

[1] Mendesak supaya pentadbiran UIA membuat penjelasan terhadap kes ini

[2] Mendesak agar penggantungan terhadap Prof Abd Aziz Bari ditarik balik

[3] Bertegas dengan sebarang campur tangan politik luar ke dalam UIA demi menjaga nama baik institusi 'Taman Ilmu dan Budi'

[4] Memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan akademik seluas-luasnya tanpa sebarang kepentingan oleh mana-mana pihak

Kami juga berharap agar sebarang tindakan daripada pihak luar mempertimbangkan kondisi semasa mahasiswa UIAM.

Harapan kami juga agar golongan akademik dan cendekiawan lain bersedia untuk memberi sokongan penuh kepada isu ini.

Dalam berusaha menuntut keadilan untuk semua, di peringkat kepimpinan mahasiswa melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama-sama seluruh pimpinan mahasiswa di segenap kelompok sedang mengatur dan melaksanakan perancangan yang terbaik untuk kebaikan semua pihak. Perkara yang paling penting adalah, kita bukan memperjuangkan kebebasan Prof Abd Aziz Bari semata-mata, bahkan isu yang paling besar adalah kebebasan bersuara dan kebebasan akademik.

Pengerusi
Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

20 October 2011

HIMPUN: Satu Pandangan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Bismillah walhamdulillah,

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes-kes murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh para NGO yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai-ramai, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islam dihentikan? Berapa konsert-konsert hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

Muhammad Izzat Ghazali
Mahasiswa Undang-undang UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

17 October 2011

Hudud! Biarkan Kartun Berbicara

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

03 October 2011

Harapan mahasiswa pada Bajet 2012 - Iqbal

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Terdapat satu harapan yang cukup besar dalam kalangan rakyat untuk mendengar khabar gembira daripada pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kakitangan awam, misalnya, ternanti-nanti ungkapan kenaikan gaji ataupun bonus diungkapkan sendiri daripada mulut Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tersebut. Begitu juga dengan sektor-sektor lain yang mengharapkan khabar gembira yang mampu merangsang kembali pertumbuhan ekonomi secara mekar dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Secara fokusnya, mahasiswa juga dilihat sebagai salah satu sasaran yang harus diketengahkan dalam pembentangan bajet. Walaupun dalam pembentangan Bajet 2011, sebanyakRM 10.2 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, namun dalam konteks realiti mahasiswa, peruntukan tersebut seolah-olah tidak dirasakan kewujudannya dalam bentuk nyata, apatah lagi masalah kenaikan kos sara hidup yang meningkat berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil terus-menerus menyebabkan perbelanjaan harian terpaksa dikurangkan terutamanya berkaitan dengan soal makanan, pengangkutan, sewa rumah dan buku-buku pelajaran. Kesannya, terdapat pelajar yang terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan semasa menyebabkan fokus kepada pelajaran semakin kurang.

Oleh hal yang demikian, suatu strategi yang bersifat jangka pendek dan panjang harus dirangka. Strategi jangka pendek yang bersifat untuk menyelesaikan masalah semasa ialah fokus bagi menstabilkan dan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup disebabkan faktor global, manakala strategi jangka panjang pula adalah untuk menstabilkan rantaian dalam konteks masyarakat secara makro.

Dari sudut strategi semasa, yang bersifat jangka pendek iaitu sepanjang tempoh pengajian mahasiswa, masalah yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini adalah masalah peningkatan kos sara hidup yang bersifat semasa merangkumi keperluan asas seorang pelajar termasuklah makanan, pengangkutan serta buku teks. Suatu inisiatif perlu diikhtiarkan dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Antara perkara yang dicadangkan adalah berkaitan dengan rasionalisasi subsidi yang dituruti dengan distribusi kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Peruntukan subsidi yang telah dirasionalisasikan seharusnya diagihkan kepada masyarakat khususnya kepada golongan pelajar mahupun mahasiswa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup. Teknikalnya, peruntukan tersebut mungkin boleh diagihkan melalui pendaftaran di pejabat-pejabat pos atau pihak yang berkaitan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban dalam konteks sara diri.

Begitu juga, penggunaan pas pelajar juga dicadangkan dapat digunakan secara meluas bagi mendapatkan diskaun untuk pengangkutan dan pembelian buku-buku teks. Walaupun dalam Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penggunaan kad diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun, penggunaan kad tersebut dicadangkan digunakan secara meluas termasuklah penggunaan bas awam dan ekspres serta lain-lain.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat juga, spesifikasinya golongan mahasiswa, seharusnya galakan untuk membaca dilaksanakan melalui peruntukan khas bagi pembelian buku teks atau buku-buku akademik yang lain. Penggunaan pas pelajar bagi mendapatkan diskaun dalam pembelian buku juga merupakan salah satu usaha yang harus difikirkan dan dimasukkan dalam perancangan dan penelitian Bajet 2012.

Tidak sekadar strategi jangka pendek sahaja difikirkan, strategi jangka panjang juga perlu dirangka secara bersama sebagai pelengkap bagi pakej yang berkaitan dengan konteks pelaburan modal insan ini. Isu berkaitan dengan kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun serta gaji minimum sehingga RM1,500 perlu dilihat dalam konteks yang lebih terkehadapan. Kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun akan mengurangkan bilangan pekerjaan bagi golongan mahasiswa yang keluar daripada universiti. Kesannya, kepakaran pekerja baru melalui proses pelaksanaan kerja melalui pengalaman akan semakin menurun. Impaknya juga, akan berlaku pengangguran dalam tempoh masa yang lama, apatah lagi, antara syarat yang dikenakan oleh syarikat-syarikat kebanyakan menetapkan prioriti terhadap calon temuduga yang mempunyai pengalaman bekerja.

Selain itu, cadangan kenaikan gaji minimum juga harus diperhalusi serta diambil kira dari sudut status hidup bagi membendung kemiskinan Bandar yakni pendapatan yang tidak setara dengan perbelanjaan keperluan asas. Maka, bajet 2012 harus membentangkan strategi yang jelas dalam usaha untuk mengatasi pengangguran dalam kalangan siswazah. Peruntukan pelaksanaan Skim Latihan 1Malaysia yang bertujuan memberikan latihan kepada siswazah belum memberi sebarang jaminan kerja untuk golongan ini sedangkan seharusnya universitilah yang bertindak sebagai penyedia latihan bagi siswazah. Oleh itu, suntikan fiskal harus dilaksanakan oleh pihak berwajib dalam usaha untuk mencipta peluang pekerjaan, bukan sekadar memberikan latihan tanpa penciptaan peluang pekerjaan. Begitu juga, masalah ini makin meruncing apabila mereka terpaksa membayar hutang PTPTN yang harus dilangsaikan sedangkan mereka masih belum lagi mempunyai pekerjaan.

Justeru, bajet 2012 harus memberi penekanan kepada aspek strategi jangka masa pendek dan panjang dalam usaha untuk mengatasi masalah peningkatan sara hidup khususnya golongan mahasiswa serta mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Modal insan yang telah dicipta tetapi tidak dimanfaatkan kerana kekurangan penciptaan peluang kerja hanya akan menyebabkan berlakunya proses pembaziran tenaga manusia dalam negara.

Mohamad Iqbal Ab Wahab
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM

Sumber: Harakahdaily.Net

02 October 2011

Respon Ma'ruf Club Berkenaan Ustaz Azhar Idrus di UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Alhamdulillah, kami di pihak Ma’ruf Club amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya, niat untuk membawa seorang tokoh pendakwah tersohor ke bumi UIAM dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Walaupun terdapat sekatan dan halangan yang pelbagai daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, program tersebut tetap dapat diadakan dan mencapai maksud/tujuan ia diadakan.

Untuk itu, kami amat berterima kasih kepada beberapa pihak yang membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung. Secara khusus kami tujuan ucapan terima kasih itu kepada SDEV yang telah memberi kebenaran untuk program diadakan, FFSD yang telah meluluskan permohonan tempat program, CPD dan OneHeart Creative Solution yang telah menyediakan sistem audio dan visual, serta pihak masjid UIAM, yang pada awalnya telah memberi kebenaran kepada kami untuk mengadakan program tersebut di masjid.

Berkenaan dengan gangguan pihak luar terhadap program kami, sehinggakan terpaksa menukar tempat program di saat-saat akhir, kami berpendirian bahawa :

[1] Perbuatan tersebut adalah suatu tindakan yang zalim dan bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mesti bertaubat kepada Allah s.w.t. dan memohon maaf kepada umat Islam, khususnya yang hadir pada malam tersebut.

[2] Tindakan tersebut adalah suatu pancabulan ke atas Institut Pengajian Tinggi yang sepatutnya menjadi pusat ilmu yang bebas dari campur tangan politik pihak luar. Ia juga telah mencemarkan nama baik UIAM sebagai sebuah pusat ilmu dan budi yang tersohor.

[3] Peristiwa itu juga adalah suatu manifestasi kebimbangan pihak-pihak tertentu terhadap kehilangan pengaruh mereka khususnya dikalangan kaum muda (mahasiswa) bagi mempertahankan ‘kedudukan’ mereka di ‘kerusi-kerusi’ tertentu dalam ‘pemilihan’ akan datang.

[4] Pihak pentabiran UIAM sepatutnya lebih tegas dan telus mempertahankan kedudukan UIAM sebagai pusat ilmu dan budi yang bebas serta mempertahankan hak warganya. Suatu makluman dan penjelasan perlu diberikan kepada seluruh warga UIAM atas apa yang telah terjadi itu.

Kami di pihak Ma’ruf Club, bersedia memberikan komitmen kami untuk tetap bersama-sama dengan pihak pentadbiran UIAM dan seluruh warganya demi untuk membangunkan komunitinya dengan kematangan ilmu dan kesuburan iman. Kami juga ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa UIAM untuk tetap teguh di belakang pentadbiran UIAM, khususnya YBhg. Puan Rektor, untuk memacu UIAM merealisasikan visi dan misinya.

Discover the Beauty of Islam
Inspiring Dakwah, Leading the Ummah

Wallahua’lam.

Saya yang benar,
EIKHWAN ALI
Presiden,
Ma’ruf Club UIAM.

01 October 2011

UAI di UIA: 'Tangan Jahat' Mengganggu Program

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.

Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.

Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.



Bagi kami Pro-Mahasiswa (WUFI), perkara sebegini seolah-olah telah menjatuhkan institusi masjid sendiri apabila menyekat seorang pendakwah profesional untuk berada di masjid menyampaikan kuliahnya. Namun, mahasiswa perlu berhati-hati dalam menghukum dan meletakkan pendirian.

Beberapa jam sebelum program, dikhabarkan pimpinan Ma'ruf Club melalui Presiden, saudara Mohd Eikhwan Ali dengan kerjasama Exco MPP, saudara Fitry Hussin telah cuba berusaha untuk berjumpa dengan Puan Rektor bagi memohon rayuan supaya dibenarkan berkuliah di masjid. Namun, Puan Rektor tiada di pejabat.

UIAM tidak bersalah. Pentadbiran UIAM tidak bersalah. Pihak masjid juga tidak bersalah. Mereka ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat daripada urusetia program yang berjumpa dengan Direktor Masjid, bahawa beliau telah mendapat panggilan telefon daripada 'kuasa' lain supaya tidak membenarkan program Ma'ruf Club ini dijalankan di masjid. Penangkapan akan dibuat oleh 'SB' jika program tersebut diteruskan juga di masjid.



Justeru, pendirian kami Pro-Mahasiswa (WUFI) berkenaan dengan peristiwa ini adalah seperti berikut:

1. Mahasiswa jangan cepat menghukum khususnya terhadap pihak Rektor UIAM dan Direktor Masjid SHAS kerana mereka telah ditekan oleh 'tangan jahat', kami mendoakan agar pihak UIAM diberikan pertolongan untuk berhadapan dengan mereka

2. Campur tangan politik 'tangan jahat' telah merencatkan Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di universiti awam sebagai pusat intelektual, perbuatan ini telah memakan diri mereka sendiri

3. Mereka juga perlu waspada kerana mengkhianati ulama adalah mengkhianati pewaris Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya) selaras dengan sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya), "Ulama adalah pewaris Anbiya"

4. Kerajaan 'tangan jahat' ini mesti faham, mereka boleh menyekat masjid, mereka boleh mengganggu program, mereka juga boleh menangkap sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh menghalang idealism anak muda yang lebih intelek

5. Mahasiswa bersedia menghadapi PRU-13

Justeru, saya mewakili Pro-Mahasiswa (WUFI) mengajak seluruh rakan mahasiswa untuk bersatu dalam isu ini menyahut seruan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "Bertolong-tolonglah dalam perkara kebaikan dan Taqwa". Kami menyokong penuh usaha pihak Ma'ruf Club yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada One Heart Creative Solution yang sudi menaja program Kuliah Ustaz Azhar Idrus.

"We Unite For Islam"

Muhammad Hafizuddin MN
Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

27 September 2011

Speaker Corner: Wake Up Your Mind

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

31 August 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-54

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

S.N. A. Samad Said

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54. Semoga rakyat Malaysia bebas daripada penjajahan diri, penjajahan minda, penjajahan budaya dan penjajahan jati diri. Terus mengungkap erti kemerdekaan dalam erti kata yang hakiki. Tidak hipokrit tersepit dalam kemenangan palsu. Malaysiaku Merdeka!

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

10 August 2011

Selamat Datang Rektor Baru

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Alhamdulillah, setelah sekian lama menantikan kedatangan Rektor UIAM yang baru, Prof Dato Dr Zaleha Kamarudin insan terpilih mengisi jawatan tersebut. Pro-Mahasiswa (WUFI) dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan beliau yang baru sahaja dilantik. Takziah dan tahniah diucapkan kepada Prof Dato Dr Zaleha.

Beliau bukanlah orang baru di UIAM kerana pernah berkhidmat sebagai Dekan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Berkelulusan daripada Universiti London dalam Ijazah Kedoktoran Undang-undang, beliau pernah bertugas di Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama 2 tahun.

Anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah memegang Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Dekan Pusat Penyelidikan di UIAM. Kebanggaan Rektor baru ini juga tidak dapat dinafikan apabila mendapat Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Selangor pada 2009.

Mahasiswa UIAM sangat berbangga mendapat seorang pemimpin di peringkat atasan yang mempunyai latar belakang dakwah yang tinggi. Kami berharap Prof Dato Dr Zaleha dapat memimpin masyarakat UIAM khususnya untuk bersama-sama merealisasikan misi dan visi UIAM khususnya dalam mengislamisasikan kampus tercinta.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Prof Dato Dr Zaleha.

Selamat Datang Prof Dato Zaleha daripada kami, Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

03 August 2011

Mahasiswa: Najib Alih Isu Tuntutan Bersih 2.0

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mengelak untuk menjawab isu tuntutan Bersih 2.0, ketika persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 baru-baru ini.

Ketika ditanya mahasiswa, Najib berkata beliau tidak pernah menawarkan Stadium Merdeka kepada peserta himpunan Bersih 9 Julai lalu, sebalik hanya membenarkan Stadium Shah Alam digunakan.

“Isu lapan tuntutan yang lebih penting. Kemahuan mahasiswa adalah melihat negara demokrasi dan menjalani proses pilihanraya telusk, bukannya isu berhimpun di stadium yang dibangkitkan lagi,” kata Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin kepada Keadilandaily.

“Anak muda kini tahu aliran dan realiti sebenar dan (maklumat) sudah banyak terdedah di media sosial, malah media alternatif semakin dijadikan panduan,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih ialah pembersihan daftar undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Keengganan kerajaan membenarkan perhimpunan anjuran gabungan itu diadakan di Stadium Merdeka, menyaksikan lebih 1,600 ditangkap dan ratusan lagi cedera, apabila polis bertindak ganas.

Sementara itu, Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mohd Iqbal Abdul Wahab pula berkata, jawapan yang diberikan Najib membuktikan sikapnya yang suka berdolak dalik.

Ini kerana katanya, umum mengetahui Najib membenarkan penggunaan sebuah stadium untuk perhimpunan itu diadakan tanpa merujuk kepada mana-mana stadium.

Beliau yang hadir dalam persidangan mahasiswa tersebut menyifatkan Najib sebagai tidak konsisten dengan ucapannya.

“Kami dengar, senyum dan takkan terima bulat-bulat,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Menurut Iqbal, beliau yakin mahasiswa kini tidak mudah percaya dan bijak menilai kebenaran. Ini kerana katanya, maklumat yang diterima dan apa yang dibentangkan kepada mereka, akan dikaji terlebih dahulu.

Sumber : Keadilan Daily

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

01 July 2011

BERSIH 2.0 (Versi Pro-M UIAM)

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

30 June 2011

Salam Imtihan Sem 3, 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

15 June 2011

Kartun Hina Hukum: Polisikan Penerbitan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Jika sebelum ini, umat Islam dicabar dengan penghinaan Islam melalui kartun oleh kartunis-kartunis Barat seperti Kartunis Denmark dan Sweden, hari ini kelakuan jijik dan hina serta tidak bertamadun ini dicipta sendiri oleh kartunis Malaysia dan dikeluarkan oleh akhbar tempatan yang dinaungi oleh Kerajaan Malaysia. Seolah-olah Islam sebagai agama persekutuan ini tidak lagi digunapakai dalam sistem pemerintahan.

Perbuatan menghina hukum Islam sebegini samalah seperti menghina Allah. Hukum-hakam yang berkaitan dengan agama yang dipraktikkan sehari-harian diturunkan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad Selawat dan Salam ke atas Baginda dan disampaikan kepada kita umat akhir zaman. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata, "Sesungguhnya kami telah mendengar (ayat-ayat yang seperti ini), jika kami menghendaki nescaya kami mampu membacakan yang seperti ini, (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah dongeng orang purbakala". Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata, "Ya Allah, jika benar (Al-Quran) ini yang benar di sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih".

[Al-Anfal:31-32]


Pihak penerbitan di Malaysia perlulah mengira persoalan sensitiviti agama terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang cetakan atau pengeluaran untuk dibaca oleh rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai latar belakang agama dan pengetahuan. Oleh yang demikian, pihak Pro-Mahasiswa (WUFI) mendesak agar kartunis atau pihak yang terbabit dalam penerbitan tersebut diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa sepertimana tindakan-tindakan yang diambil sebelum ini yang didakwa mengganggu ketenteraman awam.

Selain itu juga, Pro-M mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada golongan agamawan dan akademik sebagai pihak yang diberi autoriti untuk menilai dan menapis sebarang penerbitan di Malaysia seperti artikel, kartun, filem dan sebagainya.

Justeru, sebagai merealisasikan prinsip Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, pihak berkuasa seperti kementerian-kementerian, jabatan-jabatan agama dan insititusi-institusi pendidikan mestilah memainkan peranan masing-masing dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia yang semakin hari semakin terdedah dengan pelbagai unsur negatif. Tertegaknya Islam itu dengan praktikal umat Islam.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

10 May 2011

Selamat Datang Ke Sem 3, 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,




DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


05 May 2011

Mahasiswa Diseru Sertai Hari Kemarahan Rakyat Esok

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.

“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.

“Oleh itu, saya selaku Ketua Penerangan Gamis menggesa dan menyeru mahasiswa dan anak muda sekitar Lembah Klang terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan pendirian kita,” tegasnya.

Menurutnya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

"Kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini,” tegas beliau.

‘Hari Kemarahan Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), Angkatan Muda Keadilan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Negara, esok.

Program tersebut akan bermula jam 12 tengah hari dengan mengumpulkan kesemua NGO dan demonstrasi akan bermula selesai solat Jumaat.

Sumber : HarakahDaily.Net

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

04 May 2011

Liwat, Zina : MAHASISWA MESTI PEGANG PADA PRINSIP

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Oleh Mohd Eikhwan Bin M. Ali

Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.

[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.

[2] Islam juga melarang ummatnya berprasangka (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Larangan tersebut kerana prasangka mendatangkan bahaya dan menyusahkan ramai orang. Bagi mengelakkan wujudnya prasangka, maklumat-maklumat atau berita-berita tentang sesuatu perkara mestilah diambil daripada sumber yang benar dan beretika. Adapun sumber-sumber yang tidak memelihara etika dan sengaja mewujudkan persepsi negatif (sangkaan jahat), mestilah diboikot dan ditentang.

[3] Perbuatan fitnah dan menyebarkannya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah, kedua-duanya menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. (Surah an-Nur, 24 : 11). Perbuatan meneruskan agenda fitnah dan penyebarannya adalah suatu perisytiharan terbuka terhadap perasaan tidak takut terhadap azab Allah s.w.t. Orang-orang sebegini mestilah dinasihati dan disekat daripada terus mendatangkan huru-hara dalam masyarakat.

[4] Sikap yang mesti dipegang oleh orang-orang yang beriman apabila berhadapan dengan berita fitnah ialah segera menafikan berita tersebut dan memberhentikan aliran penyebarannya (Surah an-Nur, 24 : 12, 16). Sikap ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan membincangkannya secara terbuka (melaluli media cetak dan elektronk) hanya akan menggalakkan lagi penyebaran berita fitnah tersebut. Sudah pasti, cara tersebut adalah suatu perbuatan yang tercela dan membelakangkan cara yang ditentukan oleh Alla s.w.t.

[5] Bagi mendakwa seseorang melakukan zina (atau liwat) mestilah dengan mendatangkan 4 orang saksi (Surah an-Nur, 24 : 13) yang adil dan tidak fasik. Jika gagal mengemukakan saksi, orang yang dituduh bebas daripada sabitan kesalahan tersebut bahkan orang yang membuat pertuduhan akan (mesti) dihukum. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah selagi tidak disabitkan kesalahan tersebut setelah dikemukakan 4 orang saksi dan mestilah diberikan haknya, dilayan sebagai orang yang tidak bersalah dan dibersihkan namanya.

[6] Bersumpah dengan nama Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) adalah bertujuan untuk membersihkan nama seseorang daripada sebarang tohmahan dan ia bukannya suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Beerti sumpah adalah terletak pada orang yang dituduh bukannya pada orang yang menuduh. Sumpah tersebut pula mestilah dilakukan di dalam mahkamah dan dengan arahan daripada hakim. Sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa dan dilakukan di luar mahkamah adalah bukan daripada kaedah Islam.

[7] Kaedah yang paling tepat dalam menyelesaikan kemelut ini ialah dengan menurut kaedah Islam iaitu melalui hukum Qazaf. Kaedah-kaedah lain hanya akan memanjangkan dan mengkusutkan lagi kemelut ini serta menunjukkan sikap tidak ikhlas dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut bahkan seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’.

Wallahua’lam.

Penulis merupakan Presiden Ma'ruf Club UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Keputusan Peperiksaan Sem 2, 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Keputusan peperiksaan semester 2, 2010/2011 dapat disemak pada hari ini, 4 Mei selepas jam 5 petang. Seluruh mahasiswa UIAM boleh berbuat demikian di laman web:

http://itdportal.iium.edu.my/student/Resultslip.html

Pihak Pro-M (WUFI) mendoakan yang terbaik untuk mahasiswa UIAM. Semoga dengan keputusan yang cemerlang ini dapat dimanfaatkan untuk Islam dan umatnya.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

27 April 2011

SRC Cepat Bertindak Isu Yuran

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Isu kenaikan yuran pengajian bagi mahasiswa UIAM mendapat respon proaktif oleh pihak SRC. Dalam keadaan mahasiswa masih bercuti, pimpinan SRC telah merangka perjumpaan bersama pihak pentadbiran untuk berbincang secara profesional tentang kenaikan yuran sebanyak RM37.50.

Mahasiswa UIAM menyokong sepenuhnya tindakan pihak SRC selaku mewakili seluruh mahasiswa di kampus ini:

29/4 : Perjumpaan bersama Finance Division

4/5 : Perjumpaan bersama Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal (Deputy Rector of Students’ Affair)

Kami berharap akan terhasilnya satu keputusan yang memuaskan semua pihak khususnya mahasiswa UIAM. Diharap semua mahasiswa dapat bersama-sama wakil kepimpinan SRC untuk menyelesaikan isu ini sehingga akhir.

Pihak Pro-M (WUFI) mengucapkan tahniah kepada pihak SRC yang cepat mengambil tindakan demi kebaikan mahasiswa UIAM. Pro-M tidak sekali-kali cuba untuk membuat sebarang provokasi atau tindakan agresif terhadap pihak pentadbiran. Kami menyokong sebarang penganjuran yang memberi manfaat kepada mahasiswa.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Yuran Naik: Siswa Tuntut UIAM Beri Penjelasan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


KUALA LUMPUR, 27 April: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1 sesi 2011/2012.

Kenaikan itu disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia.

Mahasiswa UIAM dalam satu kenyataan menyatakan hal itu sangat dikesali mereka apabila diputuskan semasa cuti semester.

Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah.

Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.

Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.

Berdasarkan penyata yuran yang baru juga, peningkatan yuran dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan transportation iaitu bas.

Pihak mahasiswa membantah setegas-tegasnya kenaikan yuran itu, antaranya kerana:

1) Mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas tidak sampai 10 peratus.

2) UIAM dikenali sebagai 'walking university', tidak wajar untuk memperuntukkan kewangan yang lebih untuk bas.

3) Yuran bas dikenakan, namun sebarang penggunaan bas untuk persatuan tetap dimasukkan dalam bajet kewangan program.

4) Penyediaan bas untuk program kegunaan persatuan-persatuan adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran, tanggungan kos di bawah penyeliaan pentadbiran bukan mahasiswa.

5) Manfaat bas tidak meliputi seluruh mahasiswa UIAM.

Mahasiswa tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan yuran yang dibuat oleh pihak UIAM.

Pada masa yang sama, pinjaman dan biasiswa masih seperti biasa tanpa kenaikan membuatkan mahasiswa merasai sedikit bebanan untuk membuat bayaran yuran yang baru ini.

Justeru, mahasiswa menggesa seluruh organisasi mahasiswa yang berdaftar mahupun tidak berdaftar untuk lebih responsif dan proaktif dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan hak mahasiswa.

Mereka berharap pihak pentadbiran lebih cenderung untuk melihat keadaan mahasiswa berbanding kepentingan sendiri.

Sumber: HarakahDaily.Net

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

24 April 2011

Bantah Pemakaian Skirt Pemain Badminton Wanita

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Terkejut dengan penerimaan pihak Badmintaon Association of Malaysia (BAM) untuk menjadikan pemakaian skirt sebagai pakaian rasmi untuk pemain badminton wanita. Bahkan, perkara yang sangat dikesali oleh mahasiswa Islam khususnya adalah pendirian pihak BAM yang bukan sahaja menerima dengan terbuka tetapi menyokong sepenuhnya arahan Badminton World Federation (BWF) itu.

Arahan yang telah dikeluarkan oleh BWF tersebut diselaraskan di peringkat seluruh dunia. Menurut berita yang dihebahkan, beberapa negara lain telah menyatakan bantahan mereka tanda tidak setuju atas beberapa faktor yang diberikan. Malaysia spatutnya bertindak menjaga sensitiviti umat Islam sebagai negara yang berpegang dengan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Pihak Pro-M (WUFI) berharap agar BAM dapat menarik balik penerimaan arahan tersebut:

1) Bersukan sangat digalakkan dalam Islam dengan syarat mengikut garis panduan syariat

2) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau perempuan seIslam dengan mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki tua yang tidak bernafsu atau anak-anak yang tidak mengerti.

[An-Nur:31]

3) Pemakaian skirt merupakan pakaian yang tidak berakhlak yang boleh mencetuskan suasana tidak bermoral dalam kalangan penonton yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti kanak-kanak

4) Penerimaan BAM terhadap arahan tersebut telah menjatuhkan maruah dan nilai Islam di Malaysia

5) Islam itu syumul, tidak menjadi halangan bagi seorang wanita untuk bersukan disebabkan tutup aurat

6) Islam itu mudah, wujud sekumpulan manusia yang cuba menyampaikan doktrinisasi kepada umat Islam bahawa Islam itu susah dan hanya boleh diguna untuk sebahagian perkara sahaja

7) Isu aurat ini bukan sahaja ditonjolkan untuk kes BAM sahaja, bahkan pihak Pro-M (WUFI) berharap ia mendapat respon dan tindakbalas di segenap lapisan perkara

Justeru, mahasiswa Islam khususnya di UIAM menggesa pihak berwajib untuk segera tampil dan bersuara atau mengambil tindakan demi kesejahteraan negara tercinta ini. Perkara agama tidak boleh dipandang enteng dan biasa. Ia mesti dilunaskan mengikut panduan yang telah tersedia dan tiada kompromi dalam hal dasar.

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

11 April 2011

Wacana SISWARAKYAT

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Wacana SISWARAKYAT

"tolak politik jijik"

GAMIS akan bawakan wacana politik negara dengan panel :

Panel 1 : Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin ( Pensyarah USM, Bekas MUFTI)
Panel 2 : Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki ( Naib Presiden PERKASA )
Panel 3 : Dr Zuhdi Marzuki ( Pengarah Institut Kajian Dasar DPPP )
Moderator : Ahmad Syazwan (Presiden GAMIS)

Tarikh: 14/4/2011

Masa : 7 malam

Tempat : Dewan MBPJ Petaling Jaya

Dimulakan dengan solat hajat, dan kuliah maghrib bersama Bob Lokman

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Hubungi : Ustaz Nazri (0133566430)


DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

09 April 2011

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Suatu simbolik mahasiswa bersama rakyat menyuarakan bantahan menolak politik lucah!!

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

04 April 2011

MPP UIAM Balas Kepercayaan Pelajar

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) bertekad melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sebagai membalas kepercayaan mahasiswa sewaktu pilihan raya lalu.


Yang Dipertuanya, Muhammad Iqbal Ab Wahab berkata, MPPUIAM kini perlu mengorak langkah awal menyediakan pelbagai pelan jangka panjang dan pendek bagi memastikan mahasiswa dan kawasan kampus ‘bebas’ masalah.


Menurutnya, meskipun penggal MPPUIAM baru bermula, mereka sudah bersiap sedia menghulurkan bantuan, sekali gus menjalankan amanah sebagai orang tengah antara mahasiswa dan universiti.

“MPPUIAM optimis menjalankan tanggungjawab dan sudah bersedia dengan pelbagai perancangan dan program untuk memberi manfaat kepada semua. Justeru, jika ada masalah, jumpa MPPUIAM untuk mencari penyelesaian.


“Pada masa sama, MPPUIAM akan mengambil pendekatan mesra ‘mengharmonikan’ hubungan antara mahasiswa dan pentadbiran. Biarpun sebelum ini ada rungutan, diharap ia tidak akan berlanjutan.


“Segala tugasan dan tanggungjawab akan dilaksanakan sebaik mungkin dan MPPUIAM mengharapkan sokongan untuk menjayakannya,” katanya ketika majlis mengangkat sumpah MPPUIAM yang berlangsung di kampus induk, Gombak, baru-baru ini.


Turut hadir, Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dan Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Nor Asiah Mohamad.

Seramai 31 mahasiswa terpilih sebagai exco dan memikul tanggungjawab dengan portfolio masing-masing.

Antara tugas utama yang ditekankan MPPUIAM ialah membawa suara mahasiswa kepada pihak pengurusan, menjaga kebajikan dan menyampaikan permasalahan ke pihak pengurusan secara profesional.

“MPPUIAM akan sentiasa ‘dikerah’ untuk turun padang dan berkongsi maklumat serta masalah dengan warga kampus tanpa prejudis.

“Ini bagi memastikan semua urusan atau sasaran berjalan lancar selain tidak menyusahkan pihak-pihak terbabit,” katanya.


Sumber: MyMetro

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA