Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 February 2011

Kemenangan Pro-M Bukan Untuk Dibanggakan, Amanah Berat Menanti

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Seinfiniti keyukuran diucapkan kepada Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W, kemenangan besar bagi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM dalam pilihanraya kampus (PRK) adalah satu kemenangan yang bersandarkan kepada kuasa yang Maha Esa, bukan pada makhluknya.

Pihak Pro-M (WUFI) dengan penuh kedhaifan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kampus khususnya mahasiswa UIAM yang masih lagi memberi kepercayaan kepada kepimpinan Pro-Mahasiswa untuk meneruskan legasi kepimpinan yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sepanjang tempoh kepimpinan Pro-M yang bertemakan We Unite For Islam, tidak dapat disangkal lagi pelbagai kesusahan dan kepedihan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang Pro-M seperti kejian, hinaan dan fitnah daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan pembawaan pimpinan-pimpinan yang dihantar termasuklah mereka yang baru sahaja memenangi kerusi pertandingan.

Namun demikian, kesusahan sebegitu tidaklah sehebat ranjau duri yang dilalui oleh pemimpin agung Rasulullah S.A.W. Pro-Mahasiswa (WUFI) bertekad akan meneruskan perjuangan ini selagi tidak berlanggar dengan prinsip yang digariskan Islam dalam memastikan kampus UIAM berada dalam keadaan yang sejahtera dan diberkati.

Kemenangan dalam PRK kali ini bukanlah untuk dibanggakan, dengan kemenangan ini maka bertambah beratlah amanah dan tanggungjawab yang perlu dibawa oleh kempimpinan MPP UIAM. Pimpinan MPP tidak mampu menggerakkan kerja dengan kadar mereka juga mahasiswa yang mempunyai amanah lain, sokongan dan bantuan seluruh mahasiswa UIAM amatlah penting dalam mencapai matlamat yang dicanangkan.

Justeru, Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM ingin mengajak dan menyeru kepada seluruh warga kampus untuk kita bersama-sama berkerah tenaga dalam mengisi kemenangan yang telah diberikan oleh Allah ini. Sesungguhnya kemenangan ini adalah satu ujian besar yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 February 2011

Keputusan Pemilihan MPP UIAM (Pilihanraya Kampus)

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)


AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

Hafizul Faris bin Che Razlan (641)

Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)

Muhammad Fitry b Hussin (619)

Muhammad Taufiq b Johari (186)


KULIYYAH OF ENGINEERING:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzair b Syahmil Hameed

(won uncontested)


KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:

Masyitah bt Md Hassan (540)

Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)

Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)

Nur Sakinah Sulaiman (680)

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)


KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)


INSTITUTE OF EDUCATION:

Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)

Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)

Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)

Nurrul Hafizul Che Hussin (146)

Ahmad Abdussalam Husni (103)


KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:

Mahirah Abdul Rashid (1624)

Mahmud Rajaie Othman (499)

Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)

Mohd Hazirin Zainordin (262)

Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)


KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)



CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)


KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:

Anis Nadia Hussin Shokri (163)

Farihah bt Abdullah (115)

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)


KULIYYAH OF DENTISTRY:

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)


KULIYYAH OF MEDICINE:

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)


KULIYYAH OF NURSING:

Fauzan b Mohamed (148)

Intan Fazirah bt Mustapha (84)

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)


KULIYYAH OF PHARMACY:

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)


KULIYYAH OF SCIENCE:

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)


Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa

17 February 2011

Jom Mengundi!

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

[1] Menurut pandangan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

[2] Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.”

[3] Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.” “Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya.” (al-Baqarah: 283)

[4] Walaupun perkara-perkara di atas lebih ditujukan kepada piliharaya untuk menentukan kerajaan bagi sesebuah negara, saya berpandangan, prinsipnya tetap sama dalam Pilihanraya Kampus (dan mana-mana pemilihan untuk melantik kepimpinan) iaitu kewajipan memberi kesaksian (wajib turun mengundi), memberi penyaksian yang benar (mesti pilih calon yang terbaik) dan dilarang menyembunyikan penyaksian (tidak boleh untuk tidak mengundi).

CALON

Calon-calon pemimpin mahasiswa Islam mestilah bergerak untuk mengurus politik dan menyampaikan dakwah yang matlamatnya adalah untuk ubudiyyah kepada Allah. Mereka perlu berusaha membuka mata masyarakat dan mempamerkan bahawa Islam ialah “solution” atau penyelesaian bagi setiap masalah sosial (dan lain-lain) yang timbul. Penerapan dakwah dan konsep amar ma’ruf nahi mungkar diperjuangkan untuk membentuk satu biah yang Islamik dan bersesuaian dengan perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

KEMPEN

Budaya kempen dan gerak kerja piliharaya yang lain mestilah jauh dari unsur provokasi dan sekadar melancarkan serangan persepsi – walaupun itulah unsur politik – , namun adalah lebih baik jika ia diisi dengan ilmu dan informasi yang benar dan bermanfaat serta menonjolkan qudwah yang baik kepada massa.

PILIHANRAYA

Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi pilihanraya kampus adalah medan yang terbaik untuk menyemai hikmah dan menyubur adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi, UIAM tercinta ini.

SERUAN SAYA

Diharapkan kepada semua calon, agar dapat bertanding dalam suasana dan semangat ukhuwwah Islamiyyah serta menjadikan PRK sebagai medan dakwah dan tarbiyyah. Walaupun berbeza tujuan dan sebab-sebab penyertaan dalam PRK, namun atas nama Islam, saya berharap calon-calon dapat bertemu dengan setiap pelajar (mad’u) untuk menyampaikan mesej yang terkandung dalam ucapan saidina Umar al-Khattab :

“Kita adalah suatu kaum yang diberi kemulian oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kemuliaan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt .”

Sama-samalah kita menghayati pesanan ini agar kita menjadi seorang insan atau manusia yang berbangga dengan agama yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Kepada seluruh pelajar UIAM, tunaikan kewajipan anda sebagai pengundi.

Jom Mengundi!

Wallaua’lam.

Eikhwan Ali

Presiden Ma'ruf Club UIAM

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

16 February 2011

Pro-M UIAM Tetap Akan Bekerja Keras

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

GOMBAK, 16 Feb: Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pro-M UIAM), Wan Mohd Hakimi Wan Ahmad (gambar) berkata, kemenangan tanpa bertanding di 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan bukan alasan untuk pihaknya mendabik dada dan berpeluk tubuh.

Dalam pengumuman senarai akhir calon bertanding oleh Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Ustaz Fauzi Muda pada pukul 3 petang tadi di Galeri Kulliyyah Senibina UIAM, Pro-M telah berjaya memenangi 2 kerusi tanpa bertanding di Kulliyyah Kejuruteraan, Informasi dan Teknologi Maklumat serta Seni Bina yang berada di kampus Gombak manakala selebihnya dari kampus Kuantan iaitu di Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Sains.

Manakala persaingan pula akan berlaku di Kulliyyah Undang-Undang, Ekonomi dan Sains Pengurusan serta Institut Pendidikan yang berada di Gombak.

Persaingan di Kuantan pula akan melibatkan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan.

Manakala kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar antaranbangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

Bersyukur dan berasa gembira dengan momentum awal yang dicapai, Wan Hakimi berkata pihaknya mensasarkan untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin kerusi yang dipertandingkan bagi menambah lagi kekuatan suara Pro-M di kampus dan di peringkat nasional.

Ia juga, katanya bagi memberikan suntikan semangat dan tonik tambahan kepada rakan-rakan Pro-M di kampus-kampus lain yang akan berlangsung penamaan calon pada hari esok.

“Saingan kuat kali ini datang daripada Pro-Aspirasi dan ada juga calon dari PKPIM namun insya-Allah, dengan kerja keras dan persiapan yang dilakukan selama ini, kami akan cuba untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan suruhanjaya pilihanraya UIAM yang telah meluluskan permohonan Pro-M untuk diadakan pertandingan di kerusi Institut Pendidikan, setelah 2 tahun berturut-turut Pro-M memperjuangkan isu tersebut.

Pro-M turut merakamkan penghargaan kepada UIAM kerana membuka ruang seluas-luasnya kepada demokrasi kampus.

Hal ini disebabkan oleh kesemua calon dibenarkan untuk menggunakan kempen melalui media elektronik seperti Facebook, Twitter, Blog, You Tube yang merupakan elemen paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan memudahkan urusan untuk memperkenalkan calon kepada pengundi.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa peratusan mengundi akan meningkat memandangkan kesemua media elektronik akan cuba dioptimumkan sebaik mungkin dalam menyedarkan mahasiswa kampus kepada kesedaran dan tanggungjawab mengundi.

Sumber: HarakahDaily.Net

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Pro-M (WUFI) Menang 13 Kerusi Tanpa Bertanding

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Sumber : MalaysiaKini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Senarai Calon PRK UIAM 10/11

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


CONSTITUENCIES


Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws:

Hafizul Faris bin Che Razlan

Muhammad Eizzaz b Redzuan

Muhammad Fitry b Hussin

Muhammad Taufiq b Johari


Kuliyyah of Engineering:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzaid b Syahmil Hameed

(won uncontested)


Kuliyyah of Economics & Management Sciences:

Masyitah bt Md Hassan

Mohammad Iqbal b Ab Wahab

Nashrul Haziq b Mohd Nasir

Nur Sakinah Sulaiman

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil


Kuliyyah of Information & Communication Technology

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)


Institute of Education

Mimi Nor Syahuda bt Setapani

Nik Mohd Hanis Nik Rakami

Mohd Fairul Mohd Nawawi

Nurrul Hafizul Che Hussin

Ahmad Abdussalam Husni


Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences

Mahirah Abdul Rashid

Mahmud Rajaie Othman

Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri

Mohd Hazirin Zainordin

Mohd Rizwan b Mat Zain


Kuliyyah of Architecture & Environmental Design

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


International Student

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)


Kuliyyah of Allied Health Sciences

Anis Nadia Hussin Shokri

Farihah bt Abdullah

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali


Kuliyyah of Dentistry

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)


Kuliyyah of Medicine

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)


Kuliyyah of Nursing

Fauzan b Mohamed

Intan Fazirah bt Mustapha

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim


Kuliyyah of Pharmacy

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)


Kuliyyah of Science

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)


International Student

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)


Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum & salam mahasiswa,

12 Rabiulawwal menjengah lagi.

Saban tahun, kita menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda kasih kita yang mengaku umat Nabi Muhammad S.A.W serta mengenang kembali sirah perjuangan pahit-getir yang dilalui baginda.
Yakinlah kita bahawa hanya Rasulullah adalah insan pilihan yang wajib kita dijadikan role model dan qudwah hasanah dalam kehidupan kita.

Rasulullah S.A.W,
baginda seorang Nabi pembawa risalah Islam,
baginda merupakan contoh suami mithali,
baginda seorang bapa yang bertanggungjawab,
baginda merupakan seorang datuk yang kasih pada cucunya,
baginda seorang yang setia kepada sekalian sahabatnya,
baginda merupakan pemimpin Islam yang berkaliber,
baginda seorang jeneral tentera yang gagah perkasa,
baginda merupakan contoh tauladan buat umatnya daripada dulu sampai bila-bila.

Sekadar renungan sejenak kita bersama. Ayuh sahabat sekalian, kita jadikan sambutan Maulidur Rasul ini sebagai titik-tolak untuk kita membuat anjakan paradigma dalam diri kita khususnya pemuda yang bergelar mahasiswa yang tegar dalam perjuangan menegakkan syiar Islam dan menyuburkan biah solehah di bumi UIAM ini.
Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

~Salam Maulidur Rasul~

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

12 February 2011

PRK UIAM Bermula

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

[1]

[2]


[3]

[4]



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

11 February 2011

PRK UIA: ‘Public Speaking’ Berjalan Lancar

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

GOMBAK, 11 Feb: Lebih 100 bakal calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPP UIA) menghadiri proses public speaking, semalam untuk melayakkan mereka menghantar borang penamaan calon dalam pilihan raya kampus (PRK) yang dijadualkan pada 16 Februari 2010.

Suasana demokrasi kelihatan apabila tiada halangan daripada pihak pentadbiran kepada mahasiswa-mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK yang akan datang.

Calon-calon yang datang dengan lantang menyatakan pendapat mereka mengenai isu terkini Malaysia di pentas speaking corner yang disediakan oleh pihak pengurusan PRK UIA.

Proses public speaking merupakan saringan pertama untuk melayakkan mahasiswa yang ingin bertanding dan menghantar borang penamaan calon disamping syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PRK UIA.

Tarikh membuang undi PRK kali ini akan berlangsung pada 22 Februari (Selasa) yang melibatkan semua mahasiswa UIA peringkat ijazah pertama termasuk mahasiswa antarabangsa yang akan mengundi untuk calon antarabangsa.

Namun, apa yang dikesali, tempoh berkempen pada tahun ini selama 5 hari termasuk hujung minggu tidak memadai kepada calon-calon kerana durasi yang pendek menyukarkan mereka berkempen menyatakan manifesto masing-masing.

Mahasiswa UIA berharapa agar pihak pengurusan PRK UIA memanjangkan tempoh berkempen untuk memberi laluan dan peluang kepada semua calon untuk berkempen habis-habisan sebelum hari keluar undi.

Hal ini penting untuk membuka ruang demokrasi terhadapa mahasiswa lebih luas untuk mengetahui calon-calon yang bertanding.

Rekod pengundi tahun lepas amat mengecewakan apabila hanya 48% mahasiswa UIA sahaja yang keluar mengundi dek kerana tempoh mengundi yang singkat menyukarkan mahasiswa UIA mengetahui calon-calon yang bertanding.

Sumber : HarakahDaily.Net

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

10 February 2011

Ciri-ciri Pemimpin

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Di ambang pilihanraya kampus (PRK) ini, para mahasiswa akan berhadapan dengan satu peristiwa besar untuk memilih pemimpin. Beberapa ciri yang penting dikongsikan di sini untuk membuka jalan kepada mahasiswa untuk memilih pemimpin dalam kalangan mereka:

1. Mentaliti

-Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
-Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
-Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
-Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

-Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
-Sikap positif dan terbuka.
-Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
-Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

-Mempunyai disiplin diri yang unggul.
-Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
-Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.


Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.

Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.

Kebolehan; untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Semoga dengan perkongsian ini, mahasiswa dapat berfikir dan membuat penilaian yang rasional untuk memilih pemimpin mereka. Bukan hanya melepaskan syarat semata-mata tetapi ini adalah amanah.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

08 February 2011

Semarakkan Gelombang Oren

Assalamualaikum & salam mahasiswa,




DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

06 February 2011

Important Announcement

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

PRK 22 Februari, Kerusi Insted Dipertandingkan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Notis Pengumuman Pilihanraya MPP 2010/2011 UIAM telah dikeluarkan dan tarikh pilihanraya kampus (PRK) jatuh pada 22 Februari 2011 iaitu hari Selasa. Notis yang dikeluarkan pada 27 Januari yang lepas telah ditampal di seluruh kuliyyah.

Manakala hari penamaan calon pula akan dibuat pada 16 Februari 2011. Selain PRK Unisel yang telah dimenangi tanpa bertanding oleh kumpulan Pro-Mahasiswa, tarikh pilihanraya dijangkakan berlangsung sekitar masa yang sama dengan kampus-kampus lain.

Beberapa perubahan telah dilakukan dalam PRK UIAM kali ini antaranya termasuklah penambahan jumlah kerusi konstituensi yang akan dipertandingkan dari 29 ke 31. Dua kerusi baru yang akan dipertandingkan adalah di konstituensi Institute of Education (Insted). Perjuangan MPP Pro-M (WUFI) selama beberapa tahun sebelum ini untuk memastikan kerusi Insted dipertandingkan secara demokrasi akhirnya berhasil.

Namun, pihak Pro-M (WUFI) agak kecewa dengan sikap pihak pentadbiran UIAM yang mengeluarkan notis pada lewat malam. Dikhabarkan notis pilihanraya telah dikeluarkan lebih awal di UIAM cawangan Kuantan iaitu pada waktu petang sedangkan sebaliknya yang berlaku di kampus induk UIAM.

Di peringkat jentera Pro-Mahasiswa (WUFI), kita telah bersedia untuk menggempur PRK yang dijangkakan agak sengit untuk sesi ini. Pro-M (WUFI) juga akan lebih berstrategi dan seiring dalam perjuangan politik kampus ini bersama-sama sahabat-sahabat di kampus lain. Pro-M (WUFI) mengharapkan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa UIAM untuk turun mengundi lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Semoga demokrasi kampus berjalan dengan lancar dan sihat. Diharapkan pihak pentadbiran lebih telus dan rasional dalam mengawal selia pilihanraya yang bakal mendatang tidak lama lagi supaya tidak wujud unsur-unsur berat sebelah atau diskriminasi. Doakan kemenangan Pro-Mahasiswa (We Unite For Islam) demi kelangsungan perjuangan Islam.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

02 February 2011

Announcement Of The Students' Represantative Council General Election 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

This announcement is to inform all undergraduate students of the International Islamic University Malaysia that an ELECTION for the STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL 2010/2011 shall take place as endorsed by the BOARD OF STUDENT AFFAIRS (BOSA). The important dates of the said event are as follows:

1) NOMINATION DAY : 16th FEBRUARY 2011

2) ELECTION DAY : 22nd FEBRUARY 2011

IN ANTICIPATION OF THE ELECTION, THE SRC GENERAL ELECTION COMMISSION WOULD LIKE TO MAKE THE FOLLOWING ANNOUNCEMENTS:

>>>>> PLEASE REFER TO THE ATTACHMENT SECTION FOR MORE DETAILS >>>>>

SRC ELECTION.pdf

Sumber : IIUM Web


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

01 February 2011

Himpunan Selamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia Di Mesir

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

GAMIS : Bawa Pulang Rakyat Hingga Keadaan Selamat

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menuntut pihak kerajaan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir ke tanah air tanpa bertangguh sehingga keadaan reda bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Menurut Timbalan Presidennya, Muhammad Zaki Sukery keadaan di Mesir sekarang ini semakin lama semakin tidak terjamin memandangkan ia akan berterusan sehingga Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan.

Katanya, rusuhan yang semakin buruk turut melibatkan pertempuran antara tentera dengan rakyat yang berlaku di merata-rata tempat, memungkinkan keselamatan rakyat negara kita terjejas.

Oleh itu, ujarnya sekadar jaminan keselamatan daripada pihak kerajaan tidak memadai kerana apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan tahap keselamatan mereka terdedah kepada pelbagai ancaman pada bila-bila masa.

“Hal ini juga disebabkan oleh rakyat kita di sana berjumlah belasan ribu ramainya, iaitu lebih kurang 11,000 orang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya mahasiswa jurusan agama pula tidak diletakkan di bawah tahap perlindungan sewajarnya bahkan wujud di satu-satu tempat, para mahasiswa terpaksa mengambil inisiatif menjaga keselamatan sesama sendiri disebabkan oleh kekurangan pegawai kedutaan.

“Hal ini diburukkan lagi dengan kekacauan yang semakin berleluasa rentetan daripada beberapa laporan media antarabangsa mengatakan ada pihak yang mengambil kesempatan atas keadaan ini untuk melakukan pelbagai jenayah, diburukkan lagi dengan keadaan beribu-ribu banduan terlepas daripada penjara,” ujarnya lagi.

Naib Presiden Bahagian Korporat dan Pengantarabangsaan, Abdul Razak Omar pula berkata, sekatan kepada medium komunikasi termasuk jaringan sosial Facebook dan Twitter telah merencatkan terus perhubungan dengan pihak di sana menyebabkan timbulnya keraguan berhubung status sebenar tahap keselamatan mereka.

Bahkan, katanya bukan setakat medium perhubungan, soal makan minum turut bakal terjejas kesan daripada penutupan gerai-gerai dan ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia kekurangan sumber makanan berkualiti seterusnya boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis penyakit.

“Oleh itu, dalam keadaan sekarang, sewajarnya pihak kerajaan turut sama membantu menyalurkan sumber pemakanan bagi meringankan bebanan rakyat kita di sana,” katanya.

Justeru, tambahnya dengan rasional mengutamakan keselamatan rakyat dan merujuk juga kepada tema ‘Rakyat Didahulukan’, Gamis menggesa kerajaan untuk membawa pulang mereka yang berada di sana tanpa bertangguh sehingga keadaan di sana pulih seperti sedia kala.

GAMIS Dakwa PTPTN, JPA Lewat Salur Wang

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendakwa wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa Jabatan Perkhidmat Awam (JPA) terlalu lewat disalurkan kepada pelajar pada sesi kali ini.

Pengerusi majlis ekonominya, Abdul Rauf Othman berkata kelewatan itu memberi kesan yang buruk kepada pelajar kerana terpaksa berhutang dengan pihak universiti.

Manakala pihak universiti pula, katanya, menuntut mahasiswa untuk menjelaskan hutang sebelum dibenarkan membuat pendaftaran subjek.

"Apa yang jelas, mahasiswa tidak mampu untuk membayar yuran tersebut tanpa bantuan pinjaman daripada PTPTN dan JPA, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di kampus besar di sekitar Lembah Kelang yang kos hidupnya begitu tinggi.

"Keadaan ini seterusnya akan memangsakan mahasiswa kerana terpaksa bersusah payah mencari inisiatif lain bagi menanggung kos pengajian dan sara hidup di IPT," kata Abdul Rauf dalam satu kenyataan.

Keadaan itu juga, katanya, boleh melumpuhkan semangat dan perjuangan mahasiswa yang sentiasa dicanangkan sebagai pelapis masa depan negara.

"Melewatkan bayaran pinjaman PTPTN dan JPA nyata memberikan kesan, bukan setakat kepada aktiviti akademik mahasiswa di kampus, bahkan turut menjejaskan aktiviti mereka apabila berada di lapangan ummah," katanya.

Menurutnya lagi, bantuan biasiswa JPA secara keseluruhannya akan diberikan pada pertengahan bulan Februari manakala bantuan pinjaman PTPTN pula akan disalurkan kepada mahasiswa secara berperingkat.

Abdul Rauf mendakwa, antara alasan kelewatan itu berpunca daripada peruntukan wang tahun 2011 untuk pembayaran biasiswa pelajar IPT di dalam dan luar negara masih belum diterima oleh pihak JPA.

Manakala kelewatan kemasukan pinjaman PTPTN pula, dakwanya, adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dijangka berlaku pada data pengesahan status pelajar.

Sumber: MalaysiaKini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA