Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

19 January 2011

Tarian Poco-Poco Panaskan UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Baru-baru ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) digemparkan dengan satu berita yang amat sedih bagi sesebuah universiti berstatus ISLAM. Hal ini berlaku apabila 10 hingga 12 mahasiswa perempuan UIAM melakukan aksi ranjang dengan melakukan tarian poco-poco di atas pentas bersama-sama Pasukan Pancaragam TUDM yang dijemput.

Insiden memalukan tersebut berlaku di hadapan tetamu-tetamu kehormat termasuk Deputy Rector UIAM, Prof. Dr. Nik Kamal dan seluruh peserta yang berada di Stadium Sayyidina Hamzah UIAM semasa Closing Ceremony University Sports Carnival 2010. Hal ini telah mendapat liputan meluas daripada mahasiswa-mahasiswa UIAM sendiri.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah universiti Islam dan lebih-lebih lagi di hadapan pihak pentadbiran UIAM yang sangat memahami visi dan misi UIAM. Keredhaan pihak pentadbiran terhadap kes ini sangat mengecewakan pihak Pro-M UIAM (WUFI).

Pro-Mahasiswa melihat perkara ini dengan serius kerana ia melibatkan keterbukaan pihak pentadbiran dalam membentuk keperibadian dan akhlak mahasiswa UIAM. Ketidaktegasan yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran khususnya Prof. Nik Kamal terhadap pencemaran maruah UIAM sangat memalukan.

Kami berharap pihak pentadbiran yang mengetuai visi dan misi UIAM berorientasikan Islamisasi serta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah lebih bertegas dalam hal seperti ini kerana ia mencemarkan nama baik universiti sendiri. Tanpa tindakan yang tegas dan berwibawa, tidak mustahil pelbagai aktiviti negatif lagi akan terus merebak di Taman Ilmu dan Budi ini.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

3 comments:

Anonymous said...

peristiwa tarian 'panas' yg berlaku semasa USC baru2 ni membuka kembali luka uia yg tlh sekian lama trtutup.. mahasiswa uia x pernah lupa akan luka pghinaan trhadap uiam semasa pntadbiran pro aspirasi satu ketika dulu.. fun fair, konsert n pelbagai lagi hiburan melampau mnjadi 'ghanimah' menyokong aspirasi mereka.. skiranya peristiwa USC ini mnjadi bibit mula utk mghidupkn gaya hiburan melampau, kami golongan mahasiswa yg mnyanjung perjuangan islam akan bangkit brsama2 pro mahasiswa menentang budaya trsebut.. student power!!
~siswacakna~

Anonymous said...

Bagus bagus, harap pro-m dapat bangkit bantu Universiti ini daripada penghinaan seperti ini. Jangan bagi peluang untuk buat pembedahan pula selepas ini. Luka dah kembali berdarah, apa yang PRO-M buat?! Berdemo, cakap, hanatar memorandum, demo, cakap tak serupa bikin camana? Nak penuhkan solat jemaah kat masjid pada 5 waktu pun tak nampak, tapi kalu pasal hal-hal begini cepat betul. Mana pendakwah2 yang ulung yang kata mereka berjuang untuk semua???? Mana mana mana??? Apa yang kamu buat semua selama nie? Mungkin pihak pentadbir terikut2 dengan aerobik di Masjid baru-baru nie. Contoh teladan pemimpin kita. AP

Anonymous said...

tarian poco poco je..jgn berfikiran sempit boleh tak?