Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

24 April 2010

Siapakah Sebenarnya Boneka Yahudi ?

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Baru-baru , nama Ketua Umum PKR , Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadikan paparan utama dalam Utusan Malaysia yang bertajuk 'Anwar Boneka Israel' . Seperti biasa , taktik atau strategi kempen BN dalam setiap pilihanraya kecil , serangan peribadi menjadi senjata utama .

Tidak cukup dengan menyerang peribadi Dato Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang mewakili PKR , segala yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diselongkar satu persatu . Ditambah pula dengan tindakan ahli-ahli PKR yang keluar parti secara beramai-ramai meruncingkan lagi keadaan dan kestabilan PR semakin diragui rakyat . Namun , rakyat yang sememangnya dapat menghidu taktik lapuk ini seharusnya tidak terpengaruh dengan segala bentuk propaganda murahan dalam menjatuhkan PR . Mereka sepatutnya lebih bijak dalam menilai dan memperkuatkan PR dalam segenap segi .

Adalah menarik untuk kita bincangkan dan fikirkan , headline Utusan Malaysia adalah amat kontra dengan isu yang menggamatkan Dewan Rakyat akhir-akhir ini iaitu perkaitan antara kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat Israel , APCO dalam usaha menaikkan imej Malaysia di mata dunia . Sehinggakan kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi merealisasikan impian tersebut . Syarikat ini yang dahulunya menjadi pencetus kepada konsep 1Israel diragui mempunyai persamaan dengan konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia . Adakah kolaborasi atau perkongsian konsep yang sama antara 1Israel dan 1Malaysia ? Ataupun , ideanya sama tetapi disesuaikan mengikut situasi di Malaysia ?

Difahamkan juga , projek untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM dari sistem analog ke sistem digital telah diberikan kepada syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Israel iaitu Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (No Syarikat : 150529-H) .

Rentetan daripada dua sumber di atas , Malaysiakini melaporkan bahawa penerbit NTV7 , Joshua Wong mendakwa terapat campur tangan yang melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan .

Wong yang juga penerbit rancangan 'Editor's Time' mendakwa terdapat larangan -larangan tertentu yang dianggap setiap kali rancangan yang diterbitkannya membincangkan sosio politik negara .

Pihak pengurusan tertinggi NTV7 bersikap tidak munasabah . Kebebasan disekat dan mereka yang ingkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan.
Katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor .

Hal di atas menunjukkan bahawa kebebasan bersuara hanyalah retorik semata-mata . Dinyatakan di dalam buku 'Agenda Yahudi Menakluk Dunia' terbitan PTS , Protokol 12 dalam Perkara 3 :
Tidak ada satu pengumuman yang disiarkan kepada umum di luar kawalan kita. Malah, kesemua berita yang kita terima daripada beberapa agensi berita terkemuka di serata dunia, adalah di bawah kawalan. Agensi-agensi ini seluruhnya adalah milik kita dan hanya memberi publisiti mengikut arahan kita.
Apa yang berlaku dalam konteks negara kita tidak ubah seperti agenda Yahudi dalam menakluk dunia iaitu dengan menyekat kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat . Media elektronik dan media bercetak dikuasai oleh kerajaan . Segala maklumat mengalami tapisan yang melapau dan berpihak kepada satu pihak yang menyebabkan berat sebelah .

Justeru , persoalan di sini siapakah sebenarnya yang berkomplot dalam menjayakan agenda Yahudi ? Siapakah dalang sebenar yang mengamalkan taktik Yahudi sejak sekian lama ?

Ayuh mahasiswa , mari kita terus mengkaji , mempertajam minda dan menilai situasi semasa demi kesejahteraan bersama .

Pujangga Siswa

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

23 April 2010

Konvoi Nasional GAZA Anjuran MAPIM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

BEBASKAN GAZA & SELAMATKAN AL-AQSA

Konvoi Nasional Buat GAZA ini dianjurkan oleh MAPIM . Kepada pelajar UIAM yang berminat untuk menyertai konvoi ini pada 8 Mei 2010 , boleh berhubung terus dengan Exco MPP UIAM , saudara Khairul Azman . Kumpulan konvoi akan bergerak ke Stadium Shah Alam . Pengangkutan disediakan . Tempat adalah terhad . First come first serve .

Ayuh tunjukkan keprihatinan kita terhadap saudara kita di GAZA .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

20 April 2010

GAMIS Seru Mahasiswa Turun Hulu Selangor

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Gabungan mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru mahasiswa di seluruh Malaysia agar bersama-sama dengan rakyat dan negara terlibat di dalam pilihan raya kecil (PRK) P.94 Hulu Selangor.

Presidennya, Mohd Idris Bin Mohd Yusoff berkata Mahasiswa juga berhak menjadi salah satu agen penentu di dalam pilihan raya kecil tersebut, kerana calon yang akan dipilih rakyat juga bertanggungjawab terhadap isu-isu mahasiswa.

“GAMIS juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar tidak ketinggalan bersama-sama rakyat, parti politik, NGO dan sebagainya untuk menyuarakan hasrat mahasiswa serta mengambil peluang daripada amalan demokrasi yang subur di negara Malaysia.”Ujarnya.

Penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor yang berlangsung hari ini menyaksikan pertembungan di antara calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua Penerangan Malaysia Indian Congress (MIC), P. Kamalanathan, 44 ,daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, 55 dan dua lagi calon Bebas yang sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V.S. Chandran, 56, dan ahli perniagaan, Johan Mohd. Diah, 31.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti yang dilaporkan BERNAMA menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Bagaimanapun Idris berkata

“Tindakan pihak-pihak tertentu, khsususnya pihak universiti yang menyekat sesetengah mahasiswa daripada terlibat dalam pilihan raya kecil ini merupakan tindakan yang cuba menakut-nakutkan mahasiswa daripada bersuara."

Sumber : Mahasiswakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

15 April 2010

Dato Saifuddin Jamin Mahasiswa Terus Berpolitik

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Hari ini masih ramai lagi dalam kalangan mahasiswa yang takut dan sangat berpegang dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) . Seoalah-olah segala aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa mesti berpaksikan AUKU yang menyebabkan suara mahasiswa tenggelam . Walaupun sudah wujud kumpulan mahasiswa yang bersungguh-sungguh melawannya , namun rata-rata mahasiswa tidak cakna dengan isu ini . Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Dato Saifuddin Abdullah dalam pidatonya di majlis Forum Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (FSSSUM) berkata :

Kalau nak difikirkan dalam AUKU hanya ada tiga perkara yang tak boleh, pertama tak boleh menjadi ahli politik, kedua tak boleh menjadi ahli kesatuan sekerja, ketiga tak boleh menyertai pertubuhan yang disenaraikan oleh menteri (menteri Kementerian Pengajian Tinggi) tak boleh .

Tapi setakat ini tidak ada persatuan yang disenaraikan tidak boleh oleh menteri (Menteri Kementerian Pengajian Tinggi) .
Beliau juga berharap roh universiti dikembalikan . Pihak pentadbiran universiti hari ini seoalah-olah bermain dengan undang-undang mereka sendiri apabila menghalang pergerakan mahasiswa yang menyebabkan demokrasi kampus tidak hidup lagi .

Dalam pidato tersebut , beliau juga memberi jaminan kepada mahasiswa supaya terus bergerak untuk kembalikan autonomi dan demokrasi kampus . Beliau juga memberi lampu hijau kepada ahli politik daripada pihak kerajaan mahu pun pembangkang untuk masuk ke dalam universiti :
Boleh panggil wakil-wakil pembangkang dan kerajaan untuk berforum. Dibenarkan. kalau ada yang halang bagi tahu saya .
Universiti-universiti di Malayisa hari ini menghalang demokrasi kampus yang diusahakan oleh mahasiswa sendiri contohnya di UIAM , pengakuan seseorang calon berada di posisi sesebuah kumpulan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus tidak dibenarkan dan boleh mengakibatkan kelayakan untuk bertanding terjejas .

Hal ini sangat serius apabila suasana demokrasi kampus tidak lagi dirasai oleh mahasiswa hari ini .

Mahasiswa Pencetus

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


08 April 2010

Pendirian Pro-M UIAM Terhadap Isu Apco

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa UIAM ingin membuat penegasan dalam isu Apco bahawa pihak mahasiswa tidak akan bertolak ansur dengan hal-hal yang berkaitan dengan Zionis . Beberapa ahli parlimen hari ini mendedahkan satu demi satu perihal kerajaan Malaysia yang dikuasai Barisan Nasional bersekongkol dengan Zionis-Israel melalui firma perunding komunikasi Apco Worldwide .

Mahasiswa melihat hal ini semakin serius apabila terdapat dedahan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya perisik Israel dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) . Demi menutup isu Apco , PM menggunakan 'One Malaysia' yang diciplak daripada 'One Israel' supaya rakyat tidak dapat mengesan apa yang berlaku di sebaliknya .

Kerajaan Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel , namun menggunakan Apco yang dinaungi Israel sebagai perunding komunikasi negara . Hal ini tidak sepatutnya berlaku .

Pihak mahasiswa menyokong pihak yang ingin bersama-sama menentang dalang-dalang kemasukan Zionis-Israel ke Malaysia . Justeru , Pro-Mahasiswa sekali lagi ingin menegaskan bahawa kewujudan Apco Worldwide di Malaysia sangat tidak dipersetujui dan mahasiswa Malaysia bersedia menunjukkan protes terhadap sesiapa sahaja yang bersubahat dengan Israel termasuk kerajaan Malaysia .

Mahasiswa Pencetus

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA