Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

26 June 2010

Kerajaan Mencari JI : Parti Islam Dan Gerakan Mahasiswa Islam Bakal Jadi Sasaran

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Kerajaan Malaysia menghebahkan kebimbangan pihak kerajaan gara-gara wujudnya ahli Jamaah Islamiyah(JI) yang dikatakan sebagai pengganas di beberapa universiti tempatan dan sedang mengkaderkan ahli untuk JI .

Satu doktrin yang sangat teruk diajarkan oleh barat kepada Kerajaan Malaysia . Doktrin yang mana membuatkan masyarakat dunia amnya dan Malaysia kahsnya hanya meletakkan kumpulan Islam sebagai pengganas . Doktrin yang diturunkan oleh Kuasa Barat dan Zionis kepada Kerajaan Malaysia ini dilihat sebagai langkah berjaga-jaga . Maka ISA yang bakal menunggu mangsanya .

Apabila Kerajaan Malaysia yang dikatakan Kerajaan Islam ini menganggap pejuang militan Islam sebagai pengganas , maka usah diharap untuk Malaysia menjadi pembekal tentera Islam kepada dunia jihad Islam . Satu doktrin yang menyebabkan mulut-mulut rakyat turut meletakkan JI sebagai pengganas adalah sangat dahsyat . Mungkin Kerajaan Malaysia tidak berjaya untuk mencari pelajar-pelajar yang terlibat dengan JI kerana tidak ada bukti kewujudannya namun cukuplah bagi mereka apabila rakyat sepemikiran dengan mereka .

Jika Jamaah Islamiyah ini wujud sekali pun di bumi Malaysia , mungkin isu politik juga yang akan digunakan . Mungkin parti-parti yang melawan kerajaan bakal menjadi mangsa lebih-lebih lagi parti yang memperjuangkan Aqidah Islamiyah . Dan pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dengan gerakan mahasiswa juga turut menerima ancaman daripada isu ini .

Isu ini menjelaskan lagi betapa sikap Kerajaan Malaysia yang sangat menentang sebarang gerakan Islam di Malaysia sehinggakan isu Gaza juga terus tenggelam di pihak Kerajaan Malaysia . Kerajaan yang dikaitkan dengan APCO Zionis ini semakin banyak menimbulkan polemik-polemik mereka dengan Gerakan Islam dunia .

Justeru , semua pihak yang berada di jalan gerakan memperjuangkan Islam dan hak termasuk mahasiswa mungkin bakal dijadikan sasaran utama untuk dikaitkan dengan isu pengganas ini .

Hafizfillah
Aktivis Mahasiswa UIAM

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 June 2010

Baby Hatch : Antara Penyelesaian Dan Pembuka Masalah

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
dengan kerjasama Orphan Care telah melancarkan pusat perlindungan bayi (Baby Hatch) pada 29 Mei 2010 lalu. Pelancaran Baby Hatch ini bertujuan untuk mewujudkan tempat khas kepada ibu-ibu yang terdesak daripada membuang bayi mereka. Saya secara amnya sangat bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menubuhkan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang dilihat sebagai langkah untuk menangani gejala pembuangan bayi yang semakin serius pada hari ini.

Namun, saya berpandangan bahawa penubuhan Baby Hatch ini bukanlah penyelesaian yang terbaik kepada masalah yang wujud ini. Apa yang dilakukan itu hanyalah sebahagian jalan keluar daripada banyak lagi jalan keluar yang lain. Penubuhan 'Baby Hatch' ini akan mendatangkan kesan yang besar kepada masyarakat khususnya kepada golongan remaja. Penubuhan 'Baby Hatch' ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada mereka untuk melakukan zina, ini kerana mereka sudah tidak perlu risau apabila melahirkan bayi kerana sudah ada tempat khas untuk ditempatkan bayi tersebut. Justeru, penubuhan 'Baby Hatch' ini dilihat seolah-olah menjadi penerus kepada gejala sosial yang berlaku.

Dalam hal ini, saya berpendirian bahawa, sudah sampai masanya kerajaan perlu kembali kepada pendekatan agama disamping memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bagi menangani gejala ini. Kerajaan pada hari ini, seharusnya bertindak menggubal undang-undang Syariah yang lebih tegas dan seterusnya bertindak melaksanakannya secara berperingkat kepada mereka yang terlibat. Sebagai contoh, perlaksanaan hukuman sebat ke atas penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam kepada penzina yang telah berkahwin sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam. Ini merupakan jawapan yang paling tegas bagi menangani isu yang tidak pernah berkesudahan. Diketahui umum, setelah lebih bertahun-tahun, undang -undang jenayah Syariah di Malaysia ini masih tetap tidak berubah dengan angka maksimanya iaitu 3 tahun penjara, RM 5,000.00 denda dan 6 sebatan. Seharusnya perkara ini diteliti dengan lebih mendalam oleh pihak yang terlibat, ini kerana hukuman bagi jenayah Syariah di negara ini dipandang enteng oleh sesetengah golongan masyarakat yang berkemampuan untuk membayar denda yang dianggap tidak seberapa itu. Perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Tuan Hj. Zainul Rijal semasa Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke -10 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di UIAM dengan tema “KE ARAH MEMPERKASAKAN PENTADBIRAN KEADILAN JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA” pada 12-13 NOVEMBER 2008 / 14-15 ZULKAEDAH 1429H.

Saya juga berpendapat bahawa kelemahan dalam Sistem Pendidikan dan Sistem Sosial Malaysia menjadi faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan jenayah pembuangan bayi di negara ini. Justeru, kerajaan perlu mengkaji dengan lebih terperinci mengenai keberkesanan kedua-dua sistem terbabit agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin. Penyemakan semula sistem pendidikan negara terutamanya sistem pendidikan Islam dan perlaksanaannya dalam masyarakat sangat perlu dilakukan sebagai nilai tambah kepada usaha kerajaan untuk membendung gejala sosial di negara ini.

Oleh yang demikian, saya melihat isu penubuhan Baby Hatch ini bukanlah satu penyelesaian yang mutlak kepada pengurangan masalah pembuangan bayi di negara ini. Sebagai golongan mahasiswa, saya lebih suka jika kerajaan mengambil pendekatan yang bersifat menyeluruh iaitu dengan membendung gejala ini dari akar umbi lagi. Justeru itu, semua pihak termasuklah kerajaan, media massa, ibu bapa, institusi pendidikan, golongan agamawan serta masyarakat perlu berperanan dalam menangani jenayah pembuangan bayi ini daripada terus membarah dalam masyarakat Malaysia. Seperti mana slogan yang mengatakan “Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.”

MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009/2010
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Sila lihat pandangan beliau berkenaan isu ini di myMetro .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 June 2010

Al-Fatihah Buat Fatima Zurwanti

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhumah Fatimah Zurwanti atas pemergian beliau menghadap Allah yang maha esa . Beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya mengambil jurusan Bio-Sains bakal menyambung pengajian ke UIAM Kuantan .

Beliau merupakan seorang mahasiswi yang aktif dalam gerakan mahasiswa dan da'wah kampus Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya .

Selain memegang jawatan di Pusat Asasi , beliau juga terlibat dengan persatuan gerakan mahasiswa Islam Selangor .

Pemergian beliau sangat dirasai oleh masyarakat kampus khususnya UIAM . Semoga Allah meletakkan Al-Marhumah di tempat syahid dan bersama-sama orang yang beriman .

Al-Fatihah .

DARI MAHSISWA UNTUK MAHASISWA

19 June 2010

Kami Minat Bola Sepak , Bukan Judi Bola Sepak

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,



Jangan lupa perhimpunan kita pada 3 Julai ini . Sama-sama nyatakan bantahan terhadap najis judi ini .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

09 June 2010

LAWSOC : Forum On Gaza Flotilla Attack

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

03 June 2010

Grand Munajat For PALESTINE

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,




DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

02 June 2010

Firwan Norliza : Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Membantah Tindakan Kerajaan Meluluskan Lesen Judi Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,
Oleh : Mohd Firwan Norliza*

Mahasiswa berpendiriaan tegas membantah dan mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik balik lesen yang telah diluluskan kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang bermula Jun ini.


Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi ini ternyata membangkitkan rasa kurang senang dari pelbagai pihak termasuklah masyarakat yang bukan beragama Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia juga tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian adalah untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada berleluasa dilihat tidak munasabah kerana perbuatan judi ini ditegah oleh agama. Sekalipun judi dihalalkan oleh undang-undang di negara kita, namun perbuatan ini dengan jelas telah dinyatakan pengharamannya dalam Al-Quran tanpa apa-apa kompromi. Dengan kata lain, matlamat tidak menghalalkan cara.


Mahasiswa berpendirian bahawa, tindakan meluluskan lesen judi untuk perlawanan bola sepak Piala Dunia ini sangat tidak wajar kerana hal ini melibatkan sensitiviti dan maruah agama. Jika sebelum ini Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, maka agak pelik sekiranya pemimpin sebuah negara Islam meluluskan satu perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.


Selain itu, kami juga berpendapat, tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada masyarakat Malaysia khususnya para remaja. Kegiatan judi seperti ini dibimbangi akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam masyarakat yang sememangnya sudah parah dengan masalah sosial. Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan terutamanya dalam hal yang melibatkan hukum agama.


Justeru itu, Mahasiswa menyeru mufti - mufti, para intelektual, rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan negara dan agama untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik kelulusan lesen tersebut.

*Penulis merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM sesi 2009/2010 .