Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

26 November 2009

Respon Mahasiswa Terhadap BTN

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Berita tentang Biro Tata Negara masih hangat diperkatakan . Apakah BTN ada faedahnya ? Atau hanya mengkucar-kacir lagi keadaan ? Pelbagai respon dapat kita analisa daripada suara-suara siswa yang lantang bersuara . Antara yang memberi respo tentan BTN adalah saudara Hafizan UKM , Hasbie Muda UM dan saudari Maisya Ismaon .

Saudara Hafizan berkata :

Saya setuju dengan BTN sekiranya segala gerak kerja dilakukan adalah berpandukan landasan syariat yang sebenar. Didiklah semangat perpaduan kepada sesiapa sahaja seperti yang diajar oleh baginda Nabi saw. Malah semua aktiviti yang bercampur antara kaum adam dan hawa mestilah dijaga adab tertibnya sesuai dengan situasi dan kondisi mahasiswa. Jangan perbudakkan kami dan yang paling penting, hormatilah orang di sekeliling anda jika anda ingin dihormati.
Manakala saudara Hasbie pula mempersoalkan tentang fungsi BTN sebenar :

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keIslaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
Saudari Maisya menceritakan pengalamannya dalam program BTN yang terlalu membawa agenda politik UMNO-BN :

Video penghinaan terhadap Islam dipaparkan untuk kami. Kelihatan siswa siswi begitu khusyuk menonton betapa Islam dipijak dan dihina di akhir zaman ini, pada mulanya. Tetapi, lama-kelamaan lain pula yang dipaparkan. Disebalik slide penghinaan terhadap Islam, terdapatnya slide keterangan Tok Guru Nik Aziz, diselang-selikan. Eh, ape kebendenye ni?? Terus menonton, makin menjadi-jadi. Kelantan diburuk-burukkan. Tiba-tiba seorang muslimin bangun menentang selaku Penghulu, "Ustaz! Ape tujuan ustaz tunjuk kami video ni? Banyak lagi kesalahan UMNO dan Barisan Nasional buat..." Terus bangkit dan meninggalkan dewan, diikuti beberapa orang sahabat.

Jadi , sebagai mahasiswa kita seharusnya dapat menilai apa yang baik dan tidak untuk kepentingan sejagat . Mahasiswa tidak boleh sekadar menerima bulat-bulat daripada mana-mana pihak tetapi perlu ada pendirian yang tetap untuk melalui peringkat-peringkat kematangan .

Wallahua'lam .

PRO-M FOR ALL

BTN : Apakah Faedahnya?

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Oleh : Ustaz Idris Ahmad

PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja. Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.

Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Dipetik dari Blog Rasmi Ustaz Idris Ahmad yang bertajuk Pas Menyokong Kerajaan Negeri Selangor Melarang Kursus Biro Tata Negara .

.........................................................................................................................

Pro-M UIAM bukan ingin melabelkan sebagai pihak yang menyokong parti itu dan parti ini , tetapi apa yang dikatakan oleh Ustaz Idris sangat benar dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak . Jadi , ini sangat mengongkong dan tidak bertepatan dengan cara yang sepatutnya .

Dilarang untuk terlibat dengan parti politik , tetapi Biro Tata Negara (BTN) membasuh minda pesertanya serta memasukkan elemen politik untuk menyokong BN dan UMNO .

Jadi , kenapa Pro-M UIAM menyatakan sebegini adalah kerana sehingga saat ini , masih tidak nampak apakah faedahnya Biro Tata Negara (BTN) untuk pesertanya .

Wallahua'lam .

PRO-M FOR ALL

24 November 2009

Berhentilah memenjara mahasiswa!

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,






Oleh : Mohd Aizat Bin Mohd Salleh

Universiti adalah satu institusi yang sepatutnya menjadi medan berkumpulnya sekelian manusia yang mahukan satu perkara yang baru, belajar dan bebas berfikir, merencana, mengkritik dan mengeluarkan idea.

Seharusnya, universiti bukanlah tempat untuk menjalankan sistem semata, bahkan lebih dari sebagai pusat yang melahirkan sistem-sistem lain yang baru, hasil daripada proses kajian dan observasi.


Namun, amat malang seandainya di ruang yang seulung universiti ini, dihuni oleh golongan yang ‘bukan ahlinya’.


Kemelesetan aktivisme mahasiswa


Lebih malang lagi, ada sesetengah sistem itu lagi menampakkan dan menggambarkan bahawa makin terkebelakangnya kredibiliti sebuah ‘gedung ilmu’ dan idea.


Misalannya, dalam aspek kegiatan pelajar seumpama berpersatuan, mengendalikan program, hatta forum-forum, ceramah dan siri-siri wacana keilmuan, mahasiswa teruk ‘disondol’ oleh akta dan statut yang menyekat.


Dalam kes yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, di mana seramai lapan mahasiswa aktivis persatuan telah didakwa dan dikenakan prosiding case kerana menjemput ahli politik di dalam program anjuran persatuan mereka. Atas alasan salah di sisi undang-undang universiti menjemput ‘orang luar’ selain daripada pegawai universiti sahaja.


Sangat kelakar mendengarnya!


Bukan itu sahaja, saya sendiri sudah lama tidak ‘beriman’ dengan sistem sebegini.


Cuba anda bayangkan, sebuah persatuan yang menaungi mahasiswa-mahasiswi, tetapi diletakkan penasihat dari pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang kita pun tidak tahu mereka ini pernah masuk universiti atau tidak dahulu. Hatta mungkin SPM pun tidak lepas! Bagaimana mahu menasihat mahasiswa?


Bagaimana mahasiswa yang lahir?


Seorang tokoh gerakan pernah menyebut: “Andai mahu melihat bagaimana masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada generasi mudanya.”


Nah! Inilah mahasiswa kita sekarang. Tidak kemana, dan tidak kemana-mana! Tinggal lagi, kita masih ada satu kelompok yang masih tegar lantang menuntut hak-hak mahasiswa yang ditindas, sekalipun ditengah-tengah akta yang mendekam.


Nasihat saya, berhentilah dari menyekat mahasiswa. Biarkanlah mahasiswa itu lahir daripada idea dan pandangan mereka sendiri. Mengapa perlu ditakuti mahasiswa sebegini? Adakah hanya kerana tidak sehaluan fikrah dengan pentadbiran, lalu ditutup peluang dan ruang yang ada di universiti?

Jika beginilah, usah sebut untuk menjadi universiti APEX bertaraf antarabangsa, sedangkan sistem kita tidak ke arah itu.


..............................................................................................................................

Penulis merupakan Mahasiswa Pengajian Islam Syariah fiqh dan Usul. Sebagai Naib Presiden PMIUM 09/10 dan Exco Kepimpinan MPMUM 2009. Pengerusi Gerakan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH). Juga sebagai Wakil Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) 2009.

PRO-M FOR ALL

08 November 2009

Pelajar UIAM Diminta Berhati-hati

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Dalam tempoh final exam semester ini , pelajar-pelajar sangat sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi kertas-kertas peperiksaan , kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh pencuri UIAM untuk mendapat habuan mereka . Dalam tempoh yang singkat ini , sudah terlalu banyak kes kecurian yang berlaku di mahallah-mahallah .

Kecurian laptop sudah menjadi kebiasaan sebelum ini , masjid SHAS juga menjadi sasaran . Namun kegiatan ini sangat aktif apabila menjelangnya cuti semester . Perkara ini sangat diharapkan supaya pihak keselamatan mengambil serius dan mempertingkatkan kawalan . Jika dilihat , kawasan mahallah sangat bebas untuk dimasuki sesiapa sahaja kerana pihak keselamatan tidak pernah kelihatan bertugas di mahallah khususnya mahallah lelaki .

Kepada semua pelajar UIAM , dalam fatrah final exam ini , diharap jangan terlalu leka untuk menjaga keselamatan diri dan barang berharga khususnya laptop . Bukan sahaja mahallah lelaki , mahallah perempuan pun semakin menjadi-jadi . Jika ada kecurian yang berlaku , laporkanlah segera di pejabat mahallah masing-masing atau pihak yang betanggungjawab .

Harap maklum , wallahu'lam .

PRO-M FOR ALL