Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

16 February 2011

Pro-M (WUFI) Menang 13 Kerusi Tanpa Bertanding

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Sumber : MalaysiaKini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

1 comments:

WAA said...

Wa'alaikumsalam,
Betul ker pro-M menang? Pro-M nie pro-Mahathir ka? Pro-A nie pro-Anwar. Nie PKPIM/ABIM lawan UMNO ka? Mana pegi geng2 PAS?
Cmana nak tau sape menang nie?
Election Commissioner bukan Pesuruhjaya Pilihanraya ka?
Tahun lepas dlm berita kata pro A menang tp sini tulis lain.Tgk iklan kerusi macam ada 31seats, tp sini cakap 26 kerusi. Tapi ada calon tarik diri minit akhir kenapa ya? Masalah keluarga ka masalh belajar, tp kenapa awal2 nk bertanding. Pelik bukan, ke mereka nie kuda tunggangan ynag dikuda-kudakan untuk pilihanraya kampus UIAM? Bnyk persoalan, harap ada yang dapat jelaskan.