Notis Pengumuman Pilihanraya MPP 2010/2011 UIAM telah dikeluarkan dan tarikh pilihanraya kampus (PRK) jatuh pada 22 Februari 2011 iaitu hari Selasa. Notis yang dikeluarkan pada 27 Januari yang lepas telah ditampal di seluruh kuliyyah.
Manakala hari penamaan calon pula akan dibuat pada 16 Februari 2011. Selain PRK Unisel yang telah dimenangi tanpa bertanding oleh kumpulan Pro-Mahasiswa, tarikh pilihanraya dijangkakan berlangsung sekitar masa yang sama dengan kampus-kampus lain.
Beberapa perubahan telah dilakukan dalam PRK UIAM kali ini antaranya termasuklah penambahan jumlah kerusi konstituensi yang akan dipertandingkan dari 29 ke 31. Dua kerusi baru yang akan dipertandingkan adalah di konstituensi Institute of Education (Insted). Perjuangan MPP Pro-M (WUFI) selama beberapa tahun sebelum ini untuk memastikan kerusi Insted dipertandingkan secara demokrasi akhirnya berhasil.
Namun, pihak Pro-M (WUFI) agak kecewa dengan sikap pihak pentadbiran UIAM yang mengeluarkan notis pada lewat malam. Dikhabarkan notis pilihanraya telah dikeluarkan lebih awal di UIAM cawangan Kuantan iaitu pada waktu petang sedangkan sebaliknya yang berlaku di kampus induk UIAM.
Di peringkat jentera Pro-Mahasiswa (WUFI), kita telah bersedia untuk menggempur PRK yang dijangkakan agak sengit untuk sesi ini. Pro-M (WUFI) juga akan lebih berstrategi dan seiring dalam perjuangan politik kampus ini bersama-sama sahabat-sahabat di kampus lain. Pro-M (WUFI) mengharapkan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa UIAM untuk turun mengundi lebih tinggi berbanding tahun lepas.
Semoga demokrasi kampus berjalan dengan lancar dan sihat. Diharapkan pihak pentadbiran lebih telus dan rasional dalam mengawal selia pilihanraya yang bakal mendatang tidak lama lagi supaya tidak wujud unsur-unsur berat sebelah atau diskriminasi. Doakan kemenangan Pro-Mahasiswa (We Unite For Islam) demi kelangsungan perjuangan Islam.
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment