Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

17 February 2011

Jom Mengundi!

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

[1] Menurut pandangan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

[2] Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.”

[3] Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.” “Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya.” (al-Baqarah: 283)

[4] Walaupun perkara-perkara di atas lebih ditujukan kepada piliharaya untuk menentukan kerajaan bagi sesebuah negara, saya berpandangan, prinsipnya tetap sama dalam Pilihanraya Kampus (dan mana-mana pemilihan untuk melantik kepimpinan) iaitu kewajipan memberi kesaksian (wajib turun mengundi), memberi penyaksian yang benar (mesti pilih calon yang terbaik) dan dilarang menyembunyikan penyaksian (tidak boleh untuk tidak mengundi).

CALON

Calon-calon pemimpin mahasiswa Islam mestilah bergerak untuk mengurus politik dan menyampaikan dakwah yang matlamatnya adalah untuk ubudiyyah kepada Allah. Mereka perlu berusaha membuka mata masyarakat dan mempamerkan bahawa Islam ialah “solution” atau penyelesaian bagi setiap masalah sosial (dan lain-lain) yang timbul. Penerapan dakwah dan konsep amar ma’ruf nahi mungkar diperjuangkan untuk membentuk satu biah yang Islamik dan bersesuaian dengan perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.

KEMPEN

Budaya kempen dan gerak kerja piliharaya yang lain mestilah jauh dari unsur provokasi dan sekadar melancarkan serangan persepsi – walaupun itulah unsur politik – , namun adalah lebih baik jika ia diisi dengan ilmu dan informasi yang benar dan bermanfaat serta menonjolkan qudwah yang baik kepada massa.

PILIHANRAYA

Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi pilihanraya kampus adalah medan yang terbaik untuk menyemai hikmah dan menyubur adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi, UIAM tercinta ini.

SERUAN SAYA

Diharapkan kepada semua calon, agar dapat bertanding dalam suasana dan semangat ukhuwwah Islamiyyah serta menjadikan PRK sebagai medan dakwah dan tarbiyyah. Walaupun berbeza tujuan dan sebab-sebab penyertaan dalam PRK, namun atas nama Islam, saya berharap calon-calon dapat bertemu dengan setiap pelajar (mad’u) untuk menyampaikan mesej yang terkandung dalam ucapan saidina Umar al-Khattab :

“Kita adalah suatu kaum yang diberi kemulian oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kemuliaan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt .”

Sama-samalah kita menghayati pesanan ini agar kita menjadi seorang insan atau manusia yang berbangga dengan agama yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Kepada seluruh pelajar UIAM, tunaikan kewajipan anda sebagai pengundi.

Jom Mengundi!

Wallaua’lam.

Eikhwan Ali

Presiden Ma'ruf Club UIAM

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

1 comments:

pakwe said...

hek eleh wei..

apsal tk bagi calon announce parti masing2...tak gentle la...apa cerita..

tkkan nk main lompat2 parti mcm perak..apa2 pun aku respek gak pro M ni ada blog..pro aspirasi haram ke jadah ke tidak..

anyway...tadi ada sorang calon aikol mai bilik aku..tak pe..aku akan undi dia sbb aku pun aikol...aku tengok dia ni ok..

satu je aku mintak..

dah naik jadi src tolong uia mantapkan wifi kat mahallah ali eh...

dah tu mintak budak2 aikol dapat spesialti mcm dak kaed ngn engin..halakah ngn fardhu ain spesial sikit buat malam hari khamis ka senin..snang cite untuk kokurikulum la...bukan tk nk campur ngn budak2 ekon ke hape..ini pasal hari sabtu punye hal..senang cite kokurikulum untuk sme kuliyah jngn buat hari sabtu la snang..kecuali palapes the kuih lapes ke..tu lantak la..harharhar

jangan buat sabtu..

fikir la orng nk balik rumah..nk basuh baju..aku dah la tak reti basuh baju..suruh mak aku basuhkan..nasib baik gombak ngn sepang dekat...

lagi satu..aikolian ada yg polis..dah ada ank bini..takkan la diorang nk pegi halaqah hari sabtu..diorang pun ada hajat nk kena tunai..

faham2 la sapa yg baca komen aku ni..

tadi ada calon aikol datang..aku tk tau plak dia parti mana..mcm tk nk bg tau je...

ehehehee...

lg satu..nk tunjuk korang mmg efektid dan adil...suruh uia decide pasal menang tanpa bertanding ni..mcm tk kena la...

tk demokratik..

sungguh demokrasi tak Islamik bak kata dr Hisham kamal..

pada pandangan aku plak..tk Islamik tk semestinya Allah haramkan...

harharhar...