Dalam pengumuman senarai akhir calon bertanding oleh Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Ustaz Fauzi Muda pada pukul 3 petang tadi di Galeri Kulliyyah Senibina UIAM, Pro-M telah berjaya memenangi 2 kerusi tanpa bertanding di Kulliyyah Kejuruteraan, Informasi dan Teknologi Maklumat serta Seni Bina yang berada di kampus Gombak manakala selebihnya dari kampus Kuantan iaitu di Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Sains.
Manakala persaingan pula akan berlaku di Kulliyyah Undang-Undang, Ekonomi dan Sains Pengurusan serta Institut Pendidikan yang berada di Gombak.
Persaingan di Kuantan pula akan melibatkan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan.
Manakala kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar antaranbangsa turut dimenangi tanpa bertanding.
Bersyukur dan berasa gembira dengan momentum awal yang dicapai, Wan Hakimi berkata pihaknya mensasarkan untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin kerusi yang dipertandingkan bagi menambah lagi kekuatan suara Pro-M di kampus dan di peringkat nasional.
Ia juga, katanya bagi memberikan suntikan semangat dan tonik tambahan kepada rakan-rakan Pro-M di kampus-kampus lain yang akan berlangsung penamaan calon pada hari esok.
“Saingan kuat kali ini datang daripada Pro-Aspirasi dan ada juga calon dari PKPIM namun insya-Allah, dengan kerja keras dan persiapan yang dilakukan selama ini, kami akan cuba untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan,” ujarnya lagi.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan suruhanjaya pilihanraya UIAM yang telah meluluskan permohonan Pro-M untuk diadakan pertandingan di kerusi Institut Pendidikan, setelah 2 tahun berturut-turut Pro-M memperjuangkan isu tersebut.
Pro-M turut merakamkan penghargaan kepada UIAM kerana membuka ruang seluas-luasnya kepada demokrasi kampus.
Hal ini disebabkan oleh kesemua calon dibenarkan untuk menggunakan kempen melalui media elektronik seperti Facebook, Twitter, Blog, You Tube yang merupakan elemen paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan memudahkan urusan untuk memperkenalkan calon kepada pengundi.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa peratusan mengundi akan meningkat memandangkan kesemua media elektronik akan cuba dioptimumkan sebaik mungkin dalam menyedarkan mahasiswa kampus kepada kesedaran dan tanggungjawab mengundi.
Sumber: HarakahDaily.Net
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
3 comments:
Boleh la menang, sebab tak ada org bertanding!!! ni tak aci....!!
Sedikit kemusykilan:
Saya mohon penjelasan kerusi yang dipertandingkan 26 atau 31? Dalam papan notis di web dan IIUM kata 31kerusi?
Pro-M ka yang mintak kerusi pendidikan, bukan SRC ka yang buat kerja tahun lepas2, ka President SRC tahun lepas cuma kisah toy story? Nasib baik pentadbir nak tambah kalu tak sian cikgu cikgi kan? Apa kata tahun depan pro-M buka demokrasi kepada pelajar sarjana bertanding sama, mereka juga pelajar dan punyer hak pelajar yg sama di universiti yg sama. Tolonglah, mana tau dapat bantu macam pendidikan dapat.
Lagi satu dalam perjuangan mencapai UMMAH jangan lupa orang yang kalah dan gagal, sesungguhnya orang yang bongkar dan takabur juga pasti jatuh menyungkur suatu hari nanti. Allahua'alam
kalau nak main fakta, sila la bagi maklumat betul. kerusi semuanya 31 termasuk kerusi international. abis tu korang tak kira ke international tu? mereka bukan pelajar uia jugak ke? kenape asingkan mereka?
korang dok highlight isu kuliyyah pendidikan, yang korang ignore isu pelajar kurang upaya tu kenape? diaorg pun bkn student uia ke? setiap pelajar ada hak masing2. toksah lah dok bangga dengan pangkat atau nama kat dunia nie..
yang korang claim 13 orang yang menang tu pro-M kenape? mereka ada cakap ke mereka tu pro-M? bukan ke bertanding atas nama kulliyyah? kenapa pulak ada puak itu puak ni??
apa yang korang perjuangkan sebenarnya???
Post a Comment