Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 October 2011

HIMPUN: Satu Pandangan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Bismillah walhamdulillah,

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes-kes murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh para NGO yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai-ramai, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islam dihentikan? Berapa konsert-konsert hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

Muhammad Izzat Ghazali
Mahasiswa Undang-undang UIAM

DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

2 comments:

Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...
This comment has been removed by the author.
Nor Aizat Rahimi B Rostam Rahimi said...

Salam..

Persoalan 1:
Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam?

Jawapan:
"GAMIS melihat perhimpunan orang Islam pada 22 Oktober nanti merupakan suatu program ‘caramah kefahaman’ kerana bakal diisi oleh pemidato yang pelbagai termasuk juga Dato’ Mufti Negeri Perak. GAMIS juga akan diberikan ruang untuk mewakili mahasiswa dalam menyampaikan ucapan tersebut, maka ini ruang dakwah yang besar untuk kita ambil bagi memberikan kefahaman kepada hadirin. Maka pada HIMPUN ini sebenarnya adalah program memberikan kefahaman kepada rakyat tentang bagaimana untuk kita pertahankan aqidah dengan ilmu, bukan menyerang agama lain dengan melulu. GAMIS tidak bersetuju jika HIMPUN membenarkan ahli politik bercakap dipentas berkenaan, kerana kita nak pastikan tiada kepentingan politik yang dibawa dalam perhimpunan itu."
(Sumber:http://www.mygamis.net/2011/10/himpun-gamis-sertai.html)

Persoalan 2:
Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang

jawapan :"Harapan PAS perhimpunan tersebut akan mampu meningkatkan kesedaran bersama umat Islam untuk hidup bersatu padu di atas jalan ugama dan berpegang teguh dengan tali Allah."
(sumber:http://nikabduh.wordpress.com/2011/10/20/himpun-halang/)

harapan kita adalah mesej selamatkan akidah ni sampai kepada semua, tak kisah bagaimana tahap keislamannya. lagi satu, bukan ke rakyat sekarang lebih berminat dgn rapat umum, berbanding ceramah2 di masjid? ini salah satu method menyampaikan permasalahan ini.

"Kita kena fahami HIMPUN bukanlah matlamat kepada perjuangan mempertahankan aqidah, ia merupakan suatu alat dari pelbagai kaedah yang ada. Maka GAMIS juga turut menganjurkan kuliah berkaitan murtad, seminar aqidah dalam program Karnival Anak Muda 2011 pada hari sabtu dan ahad ini"
(Sumber:http://www.mygamis.net/2011/10/himpun-gamis-sertai.html)

Persoalan 3:
Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islam dihentikan? Berapa konsert-konsert hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan?

jawapan: yang ini saya setuju. HIMPUN bukanlah matlamat kepada perjuangan, namun suatu alat dari pelbagai kaedah yang ada.

InsyaAllah, sokong atau tidak tiada masalah. yang penting masing bekerja untuk memartabatkan kembali kedaulatan Islam.


"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam".

Wassalam..