
Berikut adalah kenyataan daripada MC :
Ma'ruf Club kesal dengan penyebaran 2 berita tidak tepat, songsang dan berniat jahat berkaitan Ma'ruf Club.
Kes 1
Presiden mengarahkan ahli Ma’ruf Club untuk membuang huruf ‘O’ pada perkataan ‘LOVE’ yang diletakkan di hadapan Bank Islam lama sewaktu Islamic Performance Art Concert.
Kes 2
Ma’ruf Club mencadangkan bahawa curfew hours daripada 12 am diawalkan ke 9 pm . Desas-desus timbul ekoran amaran diberikan oleh pihak Masjid dengan kerjasama Security Guard kepada siswa-siswi yang pulang lewat secara bersama-sama dalam keadaan yang boleh dipersoalkan.
1- Ma’ruf Club menafikan sekeras-kerasnya penglibatan secara langsung atau tidak langsung dengan kedua-dua kes di atas.
2- Ma’ruf Club menggesa bukti-bukti diberikan baik secara lisan, bertulis, video atau seumpama dengannya jika ada sebarang petunjuk mengaitkan kedua-dua kes di atas dengan kami.
3- Ma’ruf Club sentiasa tegar dengan pendekatan amar ma’ruf nahi munkar di kampus UIA melalui pelbagai medium yang diharuskan agama dan konsisten menjunjung visi misi UIA-Triple ICE (Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence) dengan kerjasama pihak pentadbiran kampus.
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment