Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

26 August 2010

Kempen Anti Zina, Semoga UIAM Dapat Tempiasnya

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Mahasiswa UIAM menyambut baik pelancaran Kempen Anti Zina yang akan dilancarkan pada hari Isnin ini sempena kemerdekaan dan sambutan bulan Ramadhan. Kempen yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini diharap sampai tempiasnya ke kampus UIAM yang berada dalam wilayah negeri tersebut.

Pada zaman yang sangat mencabar ini, langkah pencegahan harus diaktifkan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang semakin teruk dan memusnahkan masyarakat. Walaupun hukuman diperketatkan namun tanpa langkah pencegahan yang baik, tamadun masyarakat akan musnah. Sebagaimana pepatah arab berbunyi, "Pencegahan itu lebih baik daripada Rawatan".

Kempen ini juga mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah kerana hanya itulah rujukan terbaik untuk memulihkan masyarakat hari ini. Allah berfirman dalam Al-Quran, mafhumnya, "Dan janganlah kamu semua dekati zina...". Jadi, langkah terbaik adalah mencegah daripada mendekati sesuatu yang boleh mendekati zina, bukannya mengelak daripada zina semata-mata.

Justeru, pihak Pro-Mahasiswa UIAM juga ingin menyeru kepada pihak pentadbiran UIAM khususnya supaya lebih menumpukan pencegahan gejala-gejala yang tidak baik di dalam kampus UIAM ini. Kewujudan pihak keselamatan UIAM bukan hanya perlu menjaga keselamatan seperti kecurian, pergaduhan dan sebagainya tetapi juga keselamatan maruah agama mahasiswa dan mahasiswi UIAM daripada terlibat dalam kancah kemusnahan.

Jika dapat dilihat hari ini, pihak keselamatan UIAM hanya menumpukan penjagaan yang sudah terjaga dan tidak dibimbangi, tetapi mahasiswa dan mahasiswi yang berdua-duaan, pergaulan bebas beramai-ramai, program-program yang bercampur tanpa batas syariah tiada pihak yang berkuasa cuba mengatasinya.

Jika pencegahan ini tidak dibuat dalam rangka masa yang segera, tidak mustahil dan tidak pelik jika tempat-tempat strategi maksiat di dalam UIAM ini terus dijadikan sasaran dan tidak perlu terkejut jika bayi dijumpai di dalam UIAM, semoga Allah melindungi kami.

Justeru, pihak Pro-Mahasiswa UIAM yang sangat bimbang dengan isu ini berharap pihak pentadbiran mengambil jalan secara Syariah untuk menjaga maruah UIAM dan Islam itu sendiri sesuai dengan salah satu misi UIAM, Islamisation.


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: