Tahniah dan terima kasih kepada Datuk Saifuddin yang sudi untuk berusaha mengangkat martabat dan suara mahasiswa sebagai anak muda intelek ke semua peringkat. Kenyataan beliau yang bersedia untuk duduk semeja dengan semua pihak termasuk pembangkang memberi sedikit peluang walaupun mustahil untuk pihak kerajaan menurut pandangan mahasiswa.
Ketua Pemuda PAS dan srikandi PKR, Nurul Izzah telah menunjukkan usaha mereka bersama-sama Datuk Saifuddin untuk terus memberi ruang dan hak mahasiswa terlibat dalam politik.
Mahasiswa berharap bukan hanya pihak pembangkang sahaja yang terlibat dalam usaha ini. Mahasiswa sangat berharap pemuda-pemuda daripada UMNO, MCA, MIC, DAP dan semua parti politik tanah air untuk bangkit dan bertindak bersama-sama bagi memberi hak kepada mahasiswa sebagai anak muda yang menjadi pelapis kepimpinan generasi yang mendatang.
Keputusan di peringkat kerajaan mungkin disebabkan faktor dasar tertutup mereka dan pandangan orang-orang tua yang tidak memahami jiwa mahasiswa pada hari ini. Oleh itu, anak muda di semua peringkat partilah yang sangat memainkan peranan yang penting.
Justeru, mahasiswa bukan lagi golongan kanak-kanak yang hanya menurut kata membabi buta, tetapi mahasiswa adalah golongan anak muda yang mempunyai intelek dan daya pemikiran yang tersendiri. Tidak perlu wujud mana-mana pihak yang membuat keputusan untuk mahasiswa sama ada dalam isu politik atau apa sahaja, biarlah kami mahasiswa yang membuat keputusan kami sendiri.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment