Tahniah diucapkan kepada IPG Tengku Ampuan Afzan atas memo baru yang dikeluarkan berkenaan larangan naik motor berlainan jantina. Sebagai institut pendidikan yang bakal melahirkan guru-guru yang akan mendidik anak-anak Malaysia yang semakin tinggi cabarannya ini perlulah dijadikan tempat pengamalan budaya yang baik. Jika bakal-bakal guru juga sama dengan pelajar jurusan lain bahkan lebih teruk, maka sangatlah bahaya generasi yang akan datang.
Memo tersebut dikeluarkan akibat daripada kejadian-kejadian yang sangat menyedihkan dan menakutkan berlaku kepada remaja negara kita. Satu kejadian yang sangat luar biasa dan tidak kedengaran pula berlaku di negara-negara umat Islam yang lain. Pembuangan bayi bagai membuang air besar di merata-rata tempat.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga diseru supaya mencontohi IPG Tengku Ampuan Afzan. Jika universiti yang berstatus Islam ini tidak menitikberatkan isu seperti ini, amat malang sekali. UIAM hari ini sangat mendukacitakan apabila mahasiswa dan mahasiswi dengan mudah dan selesa berada di mana-mana tempat sekalipun secara berdua-duaan atau bergurau senda sesama lelaki dan perempuan.
Justeru, UIAM yang dikatakan sebagai universiti Islam di Malaysia ini perlu lebih mengetatkan lagi soal peraturan pergaulan bebas dan couples di UIAM. Pihak pentadbiran perlu lebih menjaga soal agama berbanding perkara-perkara remeh temeh yang kadang-kadang menyusahkan para mahasiswa.
Pihak Pro-Mahasiswa tidak sekali-kali menentang pihak pentadbiran UIAM dalam apa jua peraturan malah kami bersama-sama, namun Pro-Mahasiswa melihat isu ini sebagai isu yang sangat besar. Dengan ini, dapat menjaga prestasi dan nama UIAM sendiri sebagai universiti Islam di Malaysia.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment