Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

13 August 2010

Mahasiswa Bukan Budak Sekolah, Biarkan Kami Berpolitik

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Awal Ramadhan ini menyaksikan satu lagi isu panas yang melibatkan mahasiswa. Isu mahasiswa berpolitik mungkin boleh dikatakan sebagai isu yang terlalu lama dan dipanjang-panjangkan oleh pelbagai pihak. Namun, apabila Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan Tinggi mengeluarkan kenyataan mahasiswa dilarang berpolitik, keputusan tersebut bagai mencurah minyak ke dalam api.

Baru-baru ini, majoriti anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA Malaysia menyokong dasar keterlibatan mahasiswa dalam arena politik tanah air pada Konvensyen MPP IPTA 2010 dan memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifudin Abdullah.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak untuk termasuk pihak pembangkang untuk menyelesaikan konflik ini. Beliau juga bersedia untuk membawa usul keterlibatan mahasiswa dalam politik ke mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pro-Mahasiswa UIAM melihat langkah kerajaan yang masih lagi ingin menyekat pemikiran mahasiswa sangat tidak rasional dan ketinggalan zaman. Jika inilah cara kerajaan untuk mentadbir negara, maka lebih baik kerajaan juga bersedia untuk dijatuhkan. Jelas peraturan yang dikeluarkan oleh pihak mereka sendiri bahawa warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas diwajibkan untuk mengundi pada pilihanraya dan sudah maklum bahawa umur tersebut kebanyakannya di kalangan mahasiswa.

Jikalau kerajaan ingin menyekat mahasiswa berpolitik, mereka boleh buat apa sahaja kerana mereka berkuasa, tetapi mereka tidak boleh menyekat idealisme politik mahasiswa.

Justeru, Pro-M UIAM berharap semua pihak termasuk peringkat pemuda semua parti politik Malaysia bertindak supaya hak kebebasan mahasiswa yang juga rakyat negara ini tidak disekat dan dizalimi. Mahasiswa UIAM sebagai anak muda pelapis kepimpinan negara tidak mahu melihat Malaysia berada di bawah pemerintahan yang zalim seperti ini.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: