Pro-Mahasiswa (Pro-M) UIAM bukan sahaja peka dengan isu-isu di peringkat nasional , bahkan juga isu-isu di dalam kampus . Bersesuaian dengan tema Pro-M UIAM "Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa" menjadi agenda utama perjuangan Pro-M .
Mutakhir ini , isu penginapan pelajar UIA sering menjadi bualan ramai . Sudah tentu menjadi keluhan dan kerisauan di kalangan pelajar UIA kerana ia melibatkan aspek kemudahan asas , kewangan , sosial dan pelbagai lagi aspek lain .
Beribu-ribu persoalan bahkan cemuhan terhadap SRC kononnya mereka mengambil sikap berpeluk tubuh terhadap isu ini . Ke mana perginya peranan SRC ? Memperjuangkan kebajikan pelajar ?
Segala persoalan tersebut sememangnya telah lama terjawab melalui program 'Student-Admin Dialogue' yang dianjurkan oleh SRC baru-baru ini . Antara persoalan tersebut ;
1- Apakah yang akan terjadi kebajikan pelajar yang terpaksa tinggal di luar kampus ?
2- Di manakah 'Blueprint' berkaitan dengan polisi ini ? Bagaimanakah polisi ini akan dilaksanakan ?
3- Kenapakah menambah bilangan pelajar sedangkan penginapan yang sedia ada tidak mencukupi ?
4- Kenapakah Mahallah Elit dibina sedangkan bajet mencukupi untuk pembinaan Mahallah Biasa ?
pada hakikatnya , sememangnya SRC sentiasa cakna dengan isu-isu berkaitan dengan kebajikan pelajar . Akan tetapi mehnah dan tribulasi daripada Pihak Pentadbiran UIA sentiasa menjadi penghalang kepada perjuangan mereka . Ayuh sama-sama kita terus memberi sokongan kepada perjuangan SRC .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment