Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

27 January 2010

Utusan Malaysia Diminta Tarik Balik Kenyataan

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Calon pro aspirasi kuasai UIAM

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 21 Januari lalu menyaksikan calon-calon pro aspirasi menguasai gelanggang pilihan raya yang berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi.

Seramai 13 calon daripada kumpulan itu memenangi kerusi yang dipertandingkan di Kampus Gombak dan juga satu kerusi di Kampus Kuantan.

Sementara itu, tiga fakulti diisytiharkan menang tanpa bertanding iaitu Undang-Undang dan Seni Bina di Kampus Gombak serta Pergigian di Kuantan.

Sebanyak 59 peratus kehadiran pengundi dicatatkan apabila seramai 6,938 mahasiswa keluar menunaikan tanggungjawab daripada sejumlah 11,760 yang layak mengundi.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, jumlah pelajar yang keluar mengundi pada tahun ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 66 peratus kehadiran tahun lalu.

Beliau berkata, tarikh pilihan raya kampus yang hampir dengan cuti pertengahan semester mungkin menyebabkan ramai pelajar mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah lebih awal.

Tambahnya, buat kali pertamanya dalam MPP, seorang mahasiswa kurang upaya (OKU) dan bukan Islam dipilih untuk mewakili suara mahasiswa.

Biarpun begitu katanya, penyertaan yang diterima daripada mahasiswa antarabangsa tidak begitu menggalakkan apabila sekadar cukup memenuhi kuota kerusi yang dipertandingkan.

"Calon yang bertanding kebanyakannya memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan pelajar di universiti.

"Apa pun, saya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu yang berlangsung secara aman," katanya ketika ditemui sewaktu pilihan raya kampus berlangsung, baru-baru ini.

Menurut Nik Ahmad Kamal, seramai 42 calon bertanding untuk pemilihan pada kali ini bagi merebut 29 kerusi.

"Calon yang menang dijangka membentuk barisan kepimpinan MPP yang baru dalam tempoh satu atau dua minggu selepas keputusan diumumkan," katanya.

Calon daripada Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan, Zatil Arifah Mohd. Amin yang memperoleh undian tertinggi iaitu 1,309 undi berkata, dasar yang ingin diperjuangkan adalah mengetengahkan konsep kebajikan pelajar.

Selain itu katanya, beliau juga mahu berusaha mendekatkan pihak pengurusan universiti dengan mahasiswa.

Sementara itu, seorang lagi calon dari fakulti yang sama dan mendapat undian kedua tertinggi, Noor Yusri Wahi Anuar juga mahu menjadikan kebajikan pelajar sebagai fokus utama perjuangannya.

"Saya telah berbincang dengan rakan lain untuk membawa konsep universiti 1Ummah di mana kebajikan mahasiswa termasuk atlet kampus akan dibela," katanya.

Sementara itu, calon yang tewas pada pemilihan itu, Nursyahidah Ahmad dari Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) berkata, kekalahan itu tidak akan melemahkan semangatnya malah bakal menjadi pemangkin untuk terus berjuang.

"Semoga para pemenang dan yang tewas akan tetap bekerjasama dalam memastikan agenda pembangunan pelajar dapat ditingkatkan," ujarnya.

Seorang lagi calon, Mohd. Habibudin Ahmad turut berjanji membantu rakan-rakan MPP dalam melaksanakan pembangunan UAIM walaupun gagal menduduki barisan kepimpinan.

"Walaupun tewas, saya bersyukur kerana masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan dalam memperjuangkan aspirasi mahasiswa UIAM," katanya.

Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula, kumpulan pro mahasiswa berjaya memulakan 'era baru' MPP apabila menguasai 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kumpulan itu menundukkan penguasaan pro aspirasi dalam empat sesi pengajian melibatkan empat fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan serta Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin.

Sumber : Utusan Malaysia

Utusan Malaysia telah mendakwa Pro-Aspirasi telah menguasai MPP UIAM . Justeru , Pro-Mahasiswa dengan tegas menafikan kemenangan Pro-Aspirasi . Bukan persoalan siapa pemenangnya , tetapi kebenaran .

Memang tidak dinafikan calon-calon Pro-Aspirasi telah memenangi beberapa kerusi , tetapi Utusan Malaysia telah menyebabkan warga kampus dan masyarakat terkeliru . Diharap kenyataan ini ditarik balik kerana Utusan Malaysia adalah media bercetak yang besar .

Untuk makluman , Pro-Mahasiswa UIAM telah menghantar calon-calon dan telah menang majoriti walaupun sedikit merosot berbanding pilihanraya yang lepas . Bilangan majoriti tidak dapat disebutkan atas faktor keselamatan .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: