Assalamualaikum & salam mahasiswa ,
Baru-baru , nama Ketua Umum PKR , Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadikan paparan utama dalam Utusan Malaysia yang bertajuk 'Anwar Boneka Israel' . Seperti biasa , taktik atau strategi kempen BN dalam setiap pilihanraya kecil , serangan peribadi menjadi senjata utama .
Tidak cukup dengan menyerang peribadi Dato Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang mewakili PKR , segala yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diselongkar satu persatu . Ditambah pula dengan tindakan ahli-ahli PKR yang keluar parti secara beramai-ramai meruncingkan lagi keadaan dan kestabilan PR semakin diragui rakyat . Namun , rakyat yang sememangnya dapat menghidu taktik lapuk ini seharusnya tidak terpengaruh dengan segala bentuk propaganda murahan dalam menjatuhkan PR . Mereka sepatutnya lebih bijak dalam menilai dan memperkuatkan PR dalam segenap segi .
Adalah menarik untuk kita bincangkan dan fikirkan , headline Utusan Malaysia adalah amat kontra dengan isu yang menggamatkan Dewan Rakyat akhir-akhir ini iaitu perkaitan antara kerajaan Malaysia dan sebuah syarikat Israel , APCO dalam usaha menaikkan imej Malaysia di mata dunia . Sehinggakan kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi merealisasikan impian tersebut . Syarikat ini yang dahulunya menjadi pencetus kepada konsep 1Israel diragui mempunyai persamaan dengan konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia . Adakah kolaborasi atau perkongsian konsep yang sama antara 1Israel dan 1Malaysia ? Ataupun , ideanya sama tetapi disesuaikan mengikut situasi di Malaysia ?
Difahamkan juga , projek untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM dari sistem analog ke sistem digital telah diberikan kepada syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Israel iaitu Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (No Syarikat : 150529-H) .
Rentetan daripada dua sumber di atas , Malaysiakini melaporkan bahawa penerbit NTV7 , Joshua Wong mendakwa terapat campur tangan yang melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan .
Wong yang juga penerbit rancangan 'Editor's Time' mendakwa terdapat larangan -larangan tertentu yang dianggap setiap kali rancangan yang diterbitkannya membincangkan sosio politik negara .
Katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor .

Pihak pengurusan tertinggi NTV7 bersikap tidak munasabah . Kebebasan disekat dan mereka yang ingkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan.
Hal di atas menunjukkan bahawa kebebasan bersuara hanyalah retorik semata-mata . Dinyatakan di dalam buku 'Agenda Yahudi Menakluk Dunia' terbitan PTS , Protokol 12 dalam Perkara 3 :
Justeru , persoalan di sini siapakah sebenarnya yang berkomplot dalam menjayakan agenda Yahudi ? Siapakah dalang sebenar yang mengamalkan taktik Yahudi sejak sekian lama ?
Ayuh mahasiswa , mari kita terus mengkaji , mempertajam minda dan menilai situasi semasa demi kesejahteraan bersama .
Pujangga Siswa
Tidak ada satu pengumuman yang disiarkan kepada umum di luar kawalan kita. Malah, kesemua berita yang kita terima daripada beberapa agensi berita terkemuka di serata dunia, adalah di bawah kawalan. Agensi-agensi ini seluruhnya adalah milik kita dan hanya memberi publisiti mengikut arahan kita.Apa yang berlaku dalam konteks negara kita tidak ubah seperti agenda Yahudi dalam menakluk dunia iaitu dengan menyekat kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat . Media elektronik dan media bercetak dikuasai oleh kerajaan . Segala maklumat mengalami tapisan yang melapau dan berpihak kepada satu pihak yang menyebabkan berat sebelah .
Justeru , persoalan di sini siapakah sebenarnya yang berkomplot dalam menjayakan agenda Yahudi ? Siapakah dalang sebenar yang mengamalkan taktik Yahudi sejak sekian lama ?
Ayuh mahasiswa , mari kita terus mengkaji , mempertajam minda dan menilai situasi semasa demi kesejahteraan bersama .
Pujangga Siswa
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment