Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 April 2010

GAMIS Seru Mahasiswa Turun Hulu Selangor

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Gabungan mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru mahasiswa di seluruh Malaysia agar bersama-sama dengan rakyat dan negara terlibat di dalam pilihan raya kecil (PRK) P.94 Hulu Selangor.

Presidennya, Mohd Idris Bin Mohd Yusoff berkata Mahasiswa juga berhak menjadi salah satu agen penentu di dalam pilihan raya kecil tersebut, kerana calon yang akan dipilih rakyat juga bertanggungjawab terhadap isu-isu mahasiswa.

“GAMIS juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar tidak ketinggalan bersama-sama rakyat, parti politik, NGO dan sebagainya untuk menyuarakan hasrat mahasiswa serta mengambil peluang daripada amalan demokrasi yang subur di negara Malaysia.”Ujarnya.

Penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor yang berlangsung hari ini menyaksikan pertembungan di antara calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua Penerangan Malaysia Indian Congress (MIC), P. Kamalanathan, 44 ,daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, 55 dan dua lagi calon Bebas yang sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V.S. Chandran, 56, dan ahli perniagaan, Johan Mohd. Diah, 31.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti yang dilaporkan BERNAMA menasihati golongan mahasiswa supaya tidak terbabit berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Bagaimanapun Idris berkata

“Tindakan pihak-pihak tertentu, khsususnya pihak universiti yang menyekat sesetengah mahasiswa daripada terlibat dalam pilihan raya kecil ini merupakan tindakan yang cuba menakut-nakutkan mahasiswa daripada bersuara."

Sumber : Mahasiswakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: