Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 April 2010

Dato Saifuddin Jamin Mahasiswa Terus Berpolitik

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Hari ini masih ramai lagi dalam kalangan mahasiswa yang takut dan sangat berpegang dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) . Seoalah-olah segala aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa mesti berpaksikan AUKU yang menyebabkan suara mahasiswa tenggelam . Walaupun sudah wujud kumpulan mahasiswa yang bersungguh-sungguh melawannya , namun rata-rata mahasiswa tidak cakna dengan isu ini . Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Dato Saifuddin Abdullah dalam pidatonya di majlis Forum Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (FSSSUM) berkata :

Kalau nak difikirkan dalam AUKU hanya ada tiga perkara yang tak boleh, pertama tak boleh menjadi ahli politik, kedua tak boleh menjadi ahli kesatuan sekerja, ketiga tak boleh menyertai pertubuhan yang disenaraikan oleh menteri (menteri Kementerian Pengajian Tinggi) tak boleh .

Tapi setakat ini tidak ada persatuan yang disenaraikan tidak boleh oleh menteri (Menteri Kementerian Pengajian Tinggi) .
Beliau juga berharap roh universiti dikembalikan . Pihak pentadbiran universiti hari ini seoalah-olah bermain dengan undang-undang mereka sendiri apabila menghalang pergerakan mahasiswa yang menyebabkan demokrasi kampus tidak hidup lagi .

Dalam pidato tersebut , beliau juga memberi jaminan kepada mahasiswa supaya terus bergerak untuk kembalikan autonomi dan demokrasi kampus . Beliau juga memberi lampu hijau kepada ahli politik daripada pihak kerajaan mahu pun pembangkang untuk masuk ke dalam universiti :
Boleh panggil wakil-wakil pembangkang dan kerajaan untuk berforum. Dibenarkan. kalau ada yang halang bagi tahu saya .
Universiti-universiti di Malayisa hari ini menghalang demokrasi kampus yang diusahakan oleh mahasiswa sendiri contohnya di UIAM , pengakuan seseorang calon berada di posisi sesebuah kumpulan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus tidak dibenarkan dan boleh mengakibatkan kelayakan untuk bertanding terjejas .

Hal ini sangat serius apabila suasana demokrasi kampus tidak lagi dirasai oleh mahasiswa hari ini .

Mahasiswa Pencetus

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


0 comments: