
Saya secara tegasnya membantah penganjuran konsert
Saya merasakan, jika kita mahu melihat masa depan Malaysia yang cerah, penekanan dan penegasan terhadap budaya barat yang masuk ke Malaysia tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Ini bukanlah bantahan pertama daripada masyarakat terhadap penganjuran konsert-konsert artis barat kerana suatu waktu dulu masyarakat Malaysia pernah membantah penganjuran konsert Avril Lavigne di Negara ini, namun tindakan dan respon terhadap bantahan-bantahan sebelum ini tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan. Jika kerajaan terus mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak serius terhadap perkara ini, saya khuatir ianya akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan sosial masyarakat di Negara ini yang amat mementigkan nilai-nilai ketimuran.
Saya ini bukanlah golongan anti hiburan tetapi saya merasakan hiburan-hiburan yang diadakan haruslah bertetapan dengan norma dan tatasusila masyarakat yang dipraktikkan di negara ini. Ini kerana saya memandang hiburan sebagai salah satu pendidikan kepada masyarakat. Jika kita salah memberi pendidikan kepada masyarakat, maka punahlah masa depan masyarakat yang kita sayangi. Hiburan yang diterapkan kedalam masyarakat seharusnya adalah hiburan yang mendidik jiwa malah pihak berwajib juga hendaklah meneliti dan menapis hiburan-hiburan yang ingin dianjurkan oleh sesetengah pihak bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur negatif menular kedalam masyarakat.
Dimaklumi bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan penganjuran konsert daripada artis luar negara adalah Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang ditubuhkan dan diwujudkan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001. Ianya jelas bahawa kelulusan sesuatu penganjuran konsert artis luar negara adalah dibawah tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, pihak kementerian yang terbabit perlulah mewujudkan polisi yang ketat dan tegas didalam prosedur penganjuran konsert jika ada pihak ingin menjemput atau menaja mana-mana artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia. Sebagai contoh, hanya membenarkan artis yang bebas daripada imej, kelakuan dan budaya yang tidak bermoral sahaja untuk membuat persembahan di Malaysia. Saya yakin, masih ramai lagi artis antarabangsa yang relevan untuk dijemput membuat persembahan di Malaysia sebagai contoh Maher Zain dan Cat Steven. Oleh yang demikian, ianya tidak harus dijadikan alasan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk terus membenarkan artis yang tidak bermoral untuk membuat persembahan di Malaysia dengan hanya memikirkan keuntungan wang semata tanpa mempedulikan keruntuhan moral yang bakal menular kedalam masyarakat.
Isu
Muhammad Firwan Norliza
Presiden MPP UIAM 2009/2010
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
0 comments:
Post a Comment