Assalamualaikum & salam mahasiswa ,
“KUALA LUMPUR 10 Feb. - Sudut Pidato Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diharamkan sebelum ini akan dihidupkan semula bulan depan.
Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, pihaknya kini dalam proses mencari lokasi yang sesuai untuk menjayakan program tersebut.
"UIAM akan menyediakan ruang khas kepada mahasiswa untuk mengadakan Sudut Pidato tersebut.
"Kita menjangkakan ia akan dimulakan awal bulan depan dan kita juga mengharapkan mahasiswa menggunakan peluang ini untuk mengutarakan idea-idea untuk menyemarakkan kualiti mahasiswa dan universiti ini sendiri," katanya.” - Utusan Malaysia
Dalam keratan akhbar di atas, UIAM menjangkakan akan menjayakan Speakers’ Corner pada awal Mac tahun ini, tetapi sehingga kini 6 Mac 2010, masih tiada apa-apa reaksi daripada pihak pentadbiran. Kelihatan pentas tersebut hanya tersadai di hadapan Bank Islam di tepi sungai . Di hadapan perpustakaan pula tersadai dua buah pasu bunga yang tidak sepatutnya berada di situ yang menghalang laluan orang ramai . Di dalam posting blog salah seorang MPP UIAM Muhammad Syazwan bin Suhaimi, beliau menulis tentang Speakers’ Corner disertakan gambar Speakers’ Corner yang lokasinya terletak di hadapan Perpustakaan Dar Al-Hikmah, UIAM. Tidak sampai beberapa hari pentas tersebut diletakkan di situ, kemudian pentas tersebut di ubah lokasinya di hadapan Bank Islam. Apa motifnya kelakuan pihak pentadbiran ini?
Menurut sumber yang sahih, pihak pentadbiran UIAM telah menukarkan nama Speakers’ Corner kepada Expressive Corner. Mengapa? Salah seorang pegawai pentadbiran UIAM berkata, rasional nama Speakers’ Corner ditukar ke Expressive Corner adalah disebabkan Speakers’ Corner berbaur politik. Pihak pentadbiran mengharapkan dengan pertukaran nama ke Expressive Corner supaya suasananya lebih santai dan tidak di salah gunakan oleh pihak-pihak yang lantang dalam menyampaikan isu berunsur politik. Pihak pentadbiran sebenarnya takut akan kebangkitan suara mahasiswa sejajar dengan perkembangan politik nasional yang semakin panas. Keadaan politik luar kampus sedikit sebanyak akan memberi impak kepada politik kampus.
Difahamkan juga, mahasiswa bukan sahaja dibolehkan berpidato di pentas Expressive Corner, malah mereka bebas untuk bersajak, bersyair dan lain-lain sehinggakan bermain gitar juga turut dibenarkan. Inikah suasana UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA yang dibanggakan-banggakan di serata dunia membenarkan hiburan Barat menjadi budaya dalam kalangan mahasiswa? Ke manakah hilangnya nilai intelektual yang sepatutnya menjadi tunjang dalam diri tiap mahasiswa? Fikir-fikirkan.
Alasan di sebalik pertukaran lokasi di hadapan bank Islam, kononnya lebih jauh dari kawasan masjid bagi mengelakkan gangguan hasil daripada sorakan para penonton kepada performer di pentas Expressive Corner ibarat meludah ke langit akhirnya terkena diri sendiri. Bagaimana boleh timbul sorakan yang bakal mengganggu jemaah yang solat di masjid jika tidak ada persembahan berbentuk hiburan seperti bermain gitar dan sebagainya? Sebenarnya, pertukaran ke tempat baru adalah untuk mengalih tumpuan mahasiswa daripada kepanasan pentas Speakers’ Corner. Di mana-mana universiti pun, perpustakaan sememangnya menjadi tumpuan mahasiswa. Jadi, jelaslah dengan mengubah ke tempat yang kurang tumpuan, kehangatan atau kewujudan Speakers’ Corner tidak dirasai. Kita sudah sedia maklum, hiburan sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita. Di peringkat universiti sendiri sepatutnya budaya ilmu diperkasakan, tetapi apa yang berlaku sekarang, pihak universiti Islam yang membuka ruang kepada hiburan. Patutkah begitu? Fikir-fikirkan.
Pujangga Siswa
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
2 comments:
coward admin? xkan la tkut dgn suara students
salam, maaf komen ini datang mencelah.. sekadar ingin bertanya, knp mesti perlu bising serata alam speaker's corner ini dipindahkan tempat, kan kt depan bank muamalat tu lagi ramai org lalu lalang, sepatutnye tk de masalah klu ade kt situ pun.. klu betul la korg memperjuangkan speaker's corner, ape lagi manfaatkanla.. kata juara mahasiswa.. tapi ke depan pun tak berani.klu rasa berdiri atas tuh takut join la debat, boleh asah critical thinking skill korg dan kemahiran korg berhujah secara adil dgn ilmu bukan bercakap macam tin kosong, tapi tak de sorg pun yang join, aiseh kata nk jadi pemimpin umat yang menggegar dunia mengubah suasana, tapi klu ini pun tak mampu buat, sekadar hanya bercakap mengutuk blakang saje.. lepas tu my next question, ape yang src buat utk sume student uia? tak nmpk hasil ape pun.. sy tak ckp aspirasi lagi baik, tapi sepatutnye klu korg dh bwk nm islam amanah tu patutnye dipegang dengan lebih tanggungjawab... buktikan la korg lagi baik. byk masalah student yang src tak pernah nk tackle ngan baik, isu pelajar lelaki bermain di female sport complex perempuan, isu tukar bilik mahalah setiap kali tukar sem, lampu yang tak dinyalakan pada waktu malam di area mahallah sisters, masalah pre reg yang tak de pernah nk abes setiap sem, masalah finance uia yang asyik menyusahkan student- bb amik duit dr student laju je, tapi bab nk refund dan reimbursement lambat giler smpi terpaksa tgu berbulan2.. mmg uia tak de ht perut..- bukan utk hentam korg suka hati, tp u better make big improvement, fight for what u shud fight for, jgn hanya jadi suara yang berbunyi je tapi action tak de, bukan utk itu korg dipilih dan diundi.. klu korg tak berubah jgk, jgn heran student takkan undi korg dah sbb apa yang penting kebajikan student.. itu sebenarnye tugas anda sebagai wakil KAMI pelajar UIA.
Post a Comment