Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

12 February 2010

Mahasiswa Pencetus Minda Positif Dan Pembangun Komuniti Kampus

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Oleh : Muhammad Syazwan Suhaimi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak ketinggalan mewujudkan Sudut Pidato atau Speaker’s Corner seperti universiti-universiti lain . Setinggi-tinggi tahniah kepada UIAM atas usaha permulaan yang sangat memberangsangkan ini . Pena dapat katakan Sudut Pidato di UIAM sepatutnya menjadi lebih menarik dan bersifat antarabangsa kerana komposisi pelajar di UIAM terdiri daripada pelbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia . Jadi , percambahan idea dan kematangan berfikir adalah bersifat global bukan tempatan semata-mata .


Setelah hampir 3 dekad Speaker’s Corner hilang dari bicara mahasiswa, kini demokrasi kampus kembali subur . Speaker’s Corner diperkenalkan semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru- baru ini untuk mengasah bakat “public speaking” dalam kalangan masyarakat kampus . Setelah sekian lama Sudut Pidato dilarang berikutan pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 akan tetapi hasil pindaan AUKU pada Februari tahun lepas , telah kembali menyemarakkan kegemilangan idealisme mahasiswa .

Speaker’s Corner atau dalam takrifan Wikipedia iaitu “an area where public speaking is allowed” adalah satu medium terbaik kepada mahasiswa untuk melontarkan idea dan respon mereka terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan ekonomi, politik , sosial mahupun isu antarabangsa . Ini adalah inisiatif terbaik yang diambil oleh KPT bagi mewujudkan ruang juga peluang kepada mana-mana warga kampus dan pemimpin mahasiswa untuk bersama-sama mencambahkan idea bernas, meluahkan perasaan dan sikap melalui pengucapan umum .

Universiti Malaya yang cukup sinonim dengan Speaker’s Corner yang ditubuhkan pada Mei 1966 yang lokasinya terletak di tengah-tengah kampus di Lembah Pantai itu menjadi saksi di mana suara mahasiswa membangkitkan pelbagai isu untuk pengetahuan dan kesedaran bersama .

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata “Pelajar bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa , antaranya politik , ekonomi dan sosial selain pandangan serta kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara”.

Pemimpin kampus khususnya patut memanfaatkan segenap ruang yang diberikan untuk menyalurkan idea dan juga menjadi mediator di antara pihak pentadbiran dan juga pelajar bagi memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar pada kapasiti maksimum.

Jika dipandang dari perspektif lain, kampus bukan hanya tempat untuk mendapatkan segulung ijazah, bersifat akademik semata-mata , tetapi ia adalah platform ataupun training ground bagi mempersiapkan diri berhadapan dengan dunia realiti luar yang jauh lebih mencabar pada masa kan datang . Pemimpin-pemimpin negara yang tersohor digilap bakat mereka melalui medium begini (sudut pidato) sehingga negara berjaya melahirkan pemimpin yang petah berhujah , bernas ideanya, berkarisma dan disegani ramai .

Jadi, marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk kita melatih diri menjadi “mahasiswa cakna isu” kerana kita adalah pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang . Manfaatkan medium ini sebaik mungkin dan janganlah ia menjadi tempat untuk membawa agenda-agenda yang tidak sepatutnya. Kupaslah segala perbincangan dari sudut pandangan akademik dan rasional bukanlah emosional semata-mata .
....................................................................................................................

Penulis merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIAM/SRC IIUM sesi 09/10 yang baru . Beliau merupakan pelajar Kuliyyah of Economics And Management Sciences dan telah memenangi kerusi di kuliah tersebut pada pilihanraya kampus baru-baru ini . Boleh layari laman maya beliau di Pena Unggul .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

0 comments: