Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

13 August 2010

Mahasiswa Bukan Budak Sekolah, Biarkan Kami Berpolitik

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Awal Ramadhan ini menyaksikan satu lagi isu panas yang melibatkan mahasiswa. Isu mahasiswa berpolitik mungkin boleh dikatakan sebagai isu yang terlalu lama dan dipanjang-panjangkan oleh pelbagai pihak. Namun, apabila Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan Tinggi mengeluarkan kenyataan mahasiswa dilarang berpolitik, keputusan tersebut bagai mencurah minyak ke dalam api.

Baru-baru ini, majoriti anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA Malaysia menyokong dasar keterlibatan mahasiswa dalam arena politik tanah air pada Konvensyen MPP IPTA 2010 dan memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifudin Abdullah.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak untuk termasuk pihak pembangkang untuk menyelesaikan konflik ini. Beliau juga bersedia untuk membawa usul keterlibatan mahasiswa dalam politik ke mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pro-Mahasiswa UIAM melihat langkah kerajaan yang masih lagi ingin menyekat pemikiran mahasiswa sangat tidak rasional dan ketinggalan zaman. Jika inilah cara kerajaan untuk mentadbir negara, maka lebih baik kerajaan juga bersedia untuk dijatuhkan. Jelas peraturan yang dikeluarkan oleh pihak mereka sendiri bahawa warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas diwajibkan untuk mengundi pada pilihanraya dan sudah maklum bahawa umur tersebut kebanyakannya di kalangan mahasiswa.

Jikalau kerajaan ingin menyekat mahasiswa berpolitik, mereka boleh buat apa sahaja kerana mereka berkuasa, tetapi mereka tidak boleh menyekat idealisme politik mahasiswa.

Justeru, Pro-M UIAM berharap semua pihak termasuk peringkat pemuda semua parti politik Malaysia bertindak supaya hak kebebasan mahasiswa yang juga rakyat negara ini tidak disekat dan dizalimi. Mahasiswa UIAM sebagai anak muda pelapis kepimpinan negara tidak mahu melihat Malaysia berada di bawah pemerintahan yang zalim seperti ini.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

12 August 2010

Kabinet 'Tak Matang' Larang Mahasiswa Berpolitik

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Keputusan jemaah menteri yang melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, semalam, disifatkan sebagai "tidak matang".

Malah, kata pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
"Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan.

"Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa.

"Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?" soalnya.

Shazni Munir yang juga pelajar Universiti Malaya mengulas mengenai keputusan jemaah menteri semalam yang memutuskan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dalam politik kepartian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Mengulas lanjut, Shazni Munir berkata rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sepatutnya diberi hak untuk berpolitik sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

"Jadi mereka yang tidak menjadi mahasiswa, mereka lebih beruntung kerana berumur 21 tahun, bebas terlibat dengan politik dan berhimpun.

"Di mana kerajaan meletakkan mahasiswa sebagai agen intelektual. Ruang (berpolitik) harus diberikan lebih luas seperti berdebat dengan menteri atau NGO," katanya.

Mengulas mengenai mahasiswa diwajibkan memohon kebenaran daripada naib canselor sebelum menyertai poltik, Shazni Munir berkata sepatutnya perkara tersebut tidak perlu.

Mohon restu mak, ayah

"Sepatutnya mereka memikirkan untuk menaikkan kedudukan universiti ke tahap global dan antarabangsa. Memadai memohon restu mak dan ayah. Kenapa nak susah-susah nak minta izin kepada naib canselor," katanya.


Sementara itu, presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS), Mohd Idris Mohd Yusoff berkata walaupun kerajaan membuat keputusan tersebut, pihaknya akan tetap memperjuangkan agar mahasiswa boleh menyetai politik kepartian.

"Ini soal rakyat Malaysia, soal hak dan kebebasan mahasiswa," katanya.

Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan.

Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat.

"Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan," katanya.

Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak.

Ahmad Wafi merupakan yang juga yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPMUSM).

-Malaysiakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

10 August 2010

Buang Bayi : Bedah Punca Sebelum Mencari Penyelesaian

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Bismillahwalhamdulillah,

Makin hari makin menjadi-jadi ,ibarat virus yang sangat berbahaya sedang menular dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.Menghiasi dada akhbar setiap hari,itulah cerita perihal pembuangan bayi.Hangat dibincangkan bagaimana dapat diselesaikan masalah ini sama ada diperingkat kerajaan persekutuan,kerajaan negeri ,dan NGO dalam memastikan kes dapat dibendung sewajarnya.Setelah itu kita dapat lihat beberapa idea jua pandangan dalam misi menyelamatkan moral rakyat Malaysia ini antaranya penubuhan Baby Hacth ,penubuhan sekolah hamil di Melaka ,tidak lupa juga penyerapan pendidikan seks di sekolah rendah dan kahwin awal.

Saya tidak mempunyai masalah dengan idea-idea tersebut malah mengalu-alukan idea-idea daripada segenap komuniti rakyat Malaysia ,namun ingin saya lontarkan persoalan balas,apakah idea tersebut merupakan satu bentuk penyelesaian yang bersifat sementara atau betul-betul dapat membanteras gejala pembungan bayi ini?Apakah punca sebenar kepada permasalahan ini?Apa kaedah terbaik untuk menangani isu ini?

Tidak dapat dinafikan lagi isu pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas dan pengaruh seks bebas ke dalam masyarakat Malaysia,terutamanya hebat menyerang golongan remaja.Remaja bagaikan dibuai mimpi,hanyut tanpa hala tuju yang jelas.Kehidupan cinta alam remaja merupakan virus yang sangat bahaya,mereka hanya mahu menilai keseronokan tanpa memikirkan kesan-kesan jangka masa panjang.Leka dan lalai dengan keseronokan dan kesenangan sehingga merobek maruah diri,agama,bangsa dan negara.

Paling memilukan apabila keluarga terutama si ayah dan ibu tidak memantau perkembangan anak remaja mereka , mengamalkan sikap lepas tangan yang akhirnya mengundang padah apabila si anak menconteng arang ke muka sendiri.Ibu bapa terlalu membenarkan konsep kebebasan kepada anak-anak,itu juga masalahnya.Namun begitu, ada benarnya juga ibu bapa tidak sempat untuk menangani hal rumah tangga dek kerana terlalu sibuk dengan kerja,keluar pagi balik malam,itulah rutin yang terjadi di Kuala Lumpur menyebabkan konsep kebebasan yang diberikan ibu bapa dapat dijadikan sebagai alasan kepada permasalahan sosial ini.Mungkin CUEPACS boleh mengkaji bagaimana sturktur kebajikan para pekerja dapat terpelihara agar tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa tidak terabai.

Saya tertarik dengan pembentangan daripada wakil MPP USIM di Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2010 bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kelmarin,mereka menyatakan siaran televisyen sebagai medium pembentukan masyarakat.Antara fakta menarik yang boleh dikongsi ,hampir 2.5 juta kanak-kanak terdedah kepada maklumat yang disebarkan. Selama 4 jam 30 minit rakyat Malaysia menonton televisyen dalam sehari dan data menunjukkan 2.5 % pertambahan penonton setiap tahun. Jika dilihat pada hari ini,siaran televisyen lebih gemar menayangkan isu eksploitasi wanita,cerita-cerita tahyul dan gejala sosial di kalangan remaja.Hasilnya,proses pendoktrinan berlaku dan mencorak gaya hidup rakyat Malaysia.

Kebebasan di dunia sempadan internet.Konsep kebebasan wajar dipertimbang dan diperhalusi kepentingannya,apakah unsur lucah juga merupakan satu bentuk kebebasan untuk diterokai?Mengambil kira pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan ia menjadi satu keperluan di dalam menyekat web-web berunsur lucah seperti mana yang telah dilakukan negara lain.Mungkin kesannya tidak berlaku di dalam jangka masa yang pendek,tetapi untuk jangka masa yang panjang ia merupakan satu langkah bijak yang perlu diambil.Lihat sahajalah apa yang berlaku pada hari ini merupakan kesan kepada soal kebebasan yang diterapkan 7 hingga 10 tahun yang lalu.

Di sana mungkin terdapat punca dan faktor yang mendorong berlakunya permasalahan ini,saya mengharapkan lebih banyak kajian yang terperinci dilakukan supaya permasalahan sebenar dapat dicegah dan diselesaikan sebelum kerajaan mengambil tindakan yang hanya bersikap kosmetik dalam menangani isu ini.

Nik Muhammad Hanis Bin Nek Rakami,
Headcom Secretariat Dakwah and Spirituality,
Bachelor of Education Students' Association (BEDSA),
International Islamic University Malaysia.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

27 July 2010

Tahniah UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,



Sumber : SETARA 09

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

05 July 2010

Welcome To All New Students of IIUM

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,


Esok , 6 Julai 2010 bakal menyaksikan beribu-ribu pelajar yang akan mendaftarkan diri sebagai mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari segenap pelosok dunia termasuklah pelajar-pelajar tempatan dari Pusat Asasi UIAM, lepasan tingkatan 6 dan pelbagai latar belakang lagi .

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan Selamat Datang dan selamat menjadi ahli keluarga UIAM kepada semua mahasiswa baru. Semoga kehadiran kalian ke bumi 'Taman Budi & Ilmu' ini akan memberi manfaat kepada Islam pada masa hadapan .

Tahniah diucapkan kerana kalian telah bergelar MAHASISWA dan semoga intelek mahasiswa akan menyubur pada jiwa dan pemikiran kalian .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA