Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

15 March 2011

Pendirian Pro-Mahasiswa (WUFI) Berkaitan Jamming Akbar

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Penganjuran Jamming Akbar yang dianjurkan pada 10 Mac, Khamis yang lepas di tepi bangunan Kompleks Azman Hashim mencetuskan pelbagai polemik dan tanggapan terhadap respon Pro-Mahasiswa (WUFI). Pihak Pro-M (WUFI) tetap dengan pendirian asal serta kesal dengan apa yang berlaku atas beberapa hujah yang dijelaskan oleh syara':

1. Islam membenarkan hiburan dengan syarat tidak melalaikan dan masih berpaksikan konsep yang digariskan syara'.

2. Soal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram jelas tidak dibenarkan dalam Islam.

Rasulullah bersabda:

"النظرة سهم من سهام إبليس"

Pandang-memandang (antara lelaki dan perempuan) adalah panahan daripada panahan-panahan syaitan.

3. Islam secara jelas menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada perkara haram khususnya dalam urusan pergaulan bebas.

"قل للمؤمنين يغضّوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون"

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentan apa yan mereka kerjakan.

(An-Nur:30)

4. Dengan ini, Pro-M (WUFI) tidak sama sekali mengutuk penganjuran program sedemikian tetapi menolak orientasi dan pembawaan sepanjang program tersebut.

Pihak kami memohon jutaan kemaafan daripada pihak penganjur atas beberapa kesilapan pihak Pro-M (WUFI) yang menyebabkan nama baik Wawasan Club tercemar. Pihak kami tidak berniat untuk berbuat demikian. Pihak kami juga memuji pihak penganjur atas beberapa inisiatif yang telah dilakukan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar pihak SDEV (Hal Ehwal Pelajar) memandang serius isu ini. Pro-M mencadangkan agar pihak pentadbiran menyediakan satu polisi dan garis panduan lengkap berhubung perlaksanaan program di UIAM bagi memastikan sebarang program yang ingin dilaksanakan mengikuti lunas-lunas Islam.

Pro-M (WUFI) bukanlah satu kumpulan mahasiswa Islam yang ma'sum dan bebas daripada melakukan maksiat. Kami juga manusia seperti orang lain yang tidak dapat lari daripada terjebak dengan aktiviti yang mengundang dosa. Oleh itu, kita semua diseru untuk memohon keampunan daripada Allah secara berterusan. Pihak Pro-M (WUFI) bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan cadangan yang bermanfaat sebagai muhasabah untuk pihak kami.

Akhir kata, kita selaku mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mestilah bersungguh-sungguh untuk menjaga dan memelihara nama baik universiti, negara dan Islam. Oleh itu, pihak Pro-M (WUFI) bersedia untuk membantu dan menyokong mana-mana persatuan dan kelab yang ada di dalam UIAM untuk bersama-sama melaksanakan amanah amar ma'ruf nahi munkar. Mudah-mudahah UIAM terus berdiri sebagai kilang melahirkan generasi kepimpinan Islam yang menjunjung ketinggian akhlak dan budi, berilmu dan beramal bertepatan dengan misi dan visi yang digariskan oleh UIAM.

Ke arah melahirkan MAHASISWA UIAM yang Kompeten dan Berintegriti.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

2 comments:

Amir Pasha said...

The policy of IIUM entertainment is there, and it had been already introduce and applicable for booth student & staff. Thus, it is up to the so called knowledgeable student to follow the guidelines. The same principle applies to all rules and regulations of the University.

Anonymous said...

moga2 pro M( Wufi)lebih berhikmah dalam menegur..kerana anda membawa tagline ( WE UNITE FOR ISLAM).jgn kerana approach anda salah..orang salahkan Islam..ok?harap diambil ihtimamm teguran nie..