Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Tarikh: Ahad, 13 Disember, 2009
Masa: 8:15am - 11:15pm
Tempat: Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta
PENDAHULUANDalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.OBJEKTIF1. Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.2. Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.3. Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.PENGANJURHimpunan Keilmuan Muda (HAKIM)Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)Dengan kerjasama,Institut Integriti Malaysia (IIM)PESERTASasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.YURANYuran Seminar dan Syarahan Perdana:Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)Individu : RM150Pelajar : RM20Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:Individu : RM50Pelajar : RM10TENTATIF PROGRAM9.00 – 10.30 pagi Perasmian oleh Tetamu KehormatUcap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKMTajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan11.00 – 1.00 ptg Sidang PertamaPembentang:1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIMTajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAMTajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam2.00 – 3.30 ptg Sidang KeduaPembentang:1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIMTajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAMTajuk: Islam dan Falsafah Sains3.45 - 5.30 ptg Sidang TigaPembentang:1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMTTajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIMTajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan5.30 - 8.30 Rehat
9.00 – 11.00 mlm Syarahan Perdana ( Dalam Bahasa Inggeris/In English)Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-AttasKomentar: Ini kali pertama setelah 6 tahun hiatus, Prof. Al-Attas tampil untuk syarahan di ruangan awam. Bagi para peminat beliau silalah datang! Ajak kawan-kawan foreigner sekali untuk syarahan malam ini!UNTUK PENDAFTARAN SILA KLIK PADA POSTER DI BAHAGIAN ATAS SEKALI DAN HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA PADANYA.
...........................................................................................................
*
Rausyanfikir