GELOMBANG PRO-MAHASISWA
DENGAN MEMAKAI
PAKAIAN BERWARNA OREN
PADA SETIAP HARI RABU
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Saya setuju dengan BTN sekiranya segala gerak kerja dilakukan adalah berpandukan landasan syariat yang sebenar. Didiklah semangat perpaduan kepada sesiapa sahaja seperti yang diajar oleh baginda Nabi saw. Malah semua aktiviti yang bercampur antara kaum adam dan hawa mestilah dijaga adab tertibnya sesuai dengan situasi dan kondisi mahasiswa. Jangan perbudakkan kami dan yang paling penting, hormatilah orang di sekeliling anda jika anda ingin dihormati.
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keIslaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.Saudari Maisya menceritakan pengalamannya dalam program BTN yang terlalu membawa agenda politik UMNO-BN :
Video penghinaan terhadap Islam dipaparkan untuk kami. Kelihatan siswa siswi begitu khusyuk menonton betapa Islam dipijak dan dihina di akhir zaman ini, pada mulanya. Tetapi, lama-kelamaan lain pula yang dipaparkan. Disebalik slide penghinaan terhadap Islam, terdapatnya slide keterangan Tok Guru Nik Aziz, diselang-selikan. Eh, ape kebendenye ni?? Terus menonton, makin menjadi-jadi. Kelantan diburuk-burukkan. Tiba-tiba seorang muslimin bangun menentang selaku Penghulu, "Ustaz! Ape tujuan ustaz tunjuk kami video ni? Banyak lagi kesalahan UMNO dan Barisan Nasional buat..." Terus bangkit dan meninggalkan dewan, diikuti beberapa orang sahabat.Jadi , sebagai mahasiswa kita seharusnya dapat menilai apa yang baik dan tidak untuk kepentingan sejagat . Mahasiswa tidak boleh sekadar menerima bulat-bulat daripada mana-mana pihak tetapi perlu ada pendirian yang tetap untuk melalui peringkat-peringkat kematangan .
Assalamualaikum & salam mahasiswa ,
Oleh : Ustaz Idris Ahmad
PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja. Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.
Pas juga kesal apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.
Dipetik dari Blog Rasmi Ustaz Idris Ahmad yang bertajuk Pas Menyokong Kerajaan Negeri Selangor Melarang Kursus Biro Tata Negara .
.........................................................................................................................
Pro-M UIAM bukan ingin melabelkan sebagai pihak yang menyokong parti itu dan parti ini , tetapi apa yang dikatakan oleh Ustaz Idris sangat benar dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak . Jadi , ini sangat mengongkong dan tidak bertepatan dengan cara yang sepatutnya .
Dilarang untuk terlibat dengan parti politik , tetapi Biro Tata Negara (BTN) membasuh minda pesertanya serta memasukkan elemen politik untuk menyokong BN dan UMNO .
Jadi , kenapa Pro-M UIAM menyatakan sebegini adalah kerana sehingga saat ini , masih tidak nampak apakah faedahnya Biro Tata Negara (BTN) untuk pesertanya .
Wallahua'lam .
PRO-M FOR ALL
Seharusnya, universiti bukanlah tempat untuk menjalankan sistem semata, bahkan lebih dari sebagai pusat yang melahirkan sistem-sistem lain yang baru, hasil daripada proses kajian dan observasi.
Namun, amat malang seandainya di ruang yang seulung universiti ini, dihuni oleh golongan yang ‘bukan ahlinya’.
Kemelesetan aktivisme mahasiswa
Lebih malang lagi, ada sesetengah sistem itu lagi menampakkan dan menggambarkan bahawa makin terkebelakangnya kredibiliti sebuah ‘gedung ilmu’ dan idea.
Misalannya, dalam aspek kegiatan pelajar seumpama berpersatuan, mengendalikan program, hatta forum-forum, ceramah dan siri-siri wacana keilmuan, mahasiswa teruk ‘disondol’ oleh akta dan statut yang menyekat.
Dalam kes yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, di mana seramai lapan mahasiswa aktivis persatuan telah didakwa dan dikenakan prosiding case kerana menjemput ahli politik di dalam program anjuran persatuan mereka. Atas alasan salah di sisi undang-undang universiti menjemput ‘orang luar’ selain daripada pegawai universiti sahaja.
Sangat kelakar mendengarnya!
Bukan itu sahaja, saya sendiri sudah lama tidak ‘beriman’ dengan sistem sebegini.
Cuba anda bayangkan, sebuah persatuan yang menaungi mahasiswa-mahasiswi, tetapi diletakkan penasihat dari pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang kita pun tidak tahu mereka ini pernah masuk universiti atau tidak dahulu. Hatta mungkin SPM pun tidak lepas! Bagaimana mahu menasihat mahasiswa?
Bagaimana mahasiswa yang lahir?
Seorang tokoh gerakan pernah menyebut: “Andai mahu melihat bagaimana masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada generasi mudanya.”
Nah! Inilah mahasiswa kita sekarang. Tidak kemana, dan tidak kemana-mana! Tinggal lagi, kita masih ada satu kelompok yang masih tegar lantang menuntut hak-hak mahasiswa yang ditindas, sekalipun ditengah-tengah akta yang mendekam.
Nasihat saya, berhentilah dari menyekat mahasiswa. Biarkanlah mahasiswa itu lahir daripada idea dan pandangan mereka sendiri. Mengapa perlu ditakuti mahasiswa sebegini? Adakah hanya kerana tidak sehaluan fikrah dengan pentadbiran, lalu ditutup peluang dan ruang yang ada di universiti?
"Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu...Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan." ("Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan")
Oleh: Mohd Idris b. Mohd Yussoff
Allah s.w.t mewajibkan setiap daripada kelompok manusia itu dipilihnya pemimpin yang boleh memandu masyarakatnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Pemimpin akan dipersoalkan serta dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan terhadap rakyat di bawahnya. Ini ditegaskan dalam hadith Nabi s.a.w:
“Apabila keluar tiga orang diantara kamu, maka (hendaklah) dipilihnya dikalangan mereka seorang pemimpin (ketua).”
Dalam kewajipan itu, aspek pemilihan kepimpinan dan kriterianya sangat perlu diambil kira dengan penuh teliti. Para ulama menegaskan dalam konsep usul fiqh:
“Apa yang tidak sempurna sesuatu kewajipan itu, melainkan dengan melakukan sesuatu perkara itu, maka perkara itu turut menjadi wajib”
Justeru itu, pemimpin itu wajib dipilih, dan apa sahaja usaha ke arah memilih kepimpinan turut menjadi satu kewajipan. Dalam pada ini, jika di kampus dan universiti, medan Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah landasan yang terbaik memilih kepimpinan.
Pemimpin? – caranya apa?
Islam tidak menghalang apa jua yang baik, selagi mana ia tidak bercanggah dengan prinsip dan peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, medan pilihan raya adalah satu medan penting dan sesuai memilih dan menilai siapakah pemimpin yang baik untuk dipilih.
Konsep jarh wa ta’dil (kritik dan analisis) kepada batang tubuh pemimpin digalakkan dalam Islam. Supaya pemimpin ini boleh bekerja dengan baik dan amanah tatkala ia diberikan jawatan oleh rakyat yang memilihnya.
Rakyat ada hak untuk mengetahui siapakah yang bakal memimpinnya. Dan orang yang dipilih juga mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja yang dirasakan mengikut pengamatan mereka adalah baik dan boleh bekerja untuk mereka. Dan hak ini diberi kebebasan oleh Islam malah juga dalam perlembagaan Malaysia.
Sistem E-Undi : Membunuh Hak Memilih Pemimpin
Apakah maknanya satu sistem yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dan diragui integriti. Seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai satu badan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, mereka tidak boleh bertindak seperti menyokong satu pihak tertentu dan menyalahi pihak yang lain.
Begitu juga dengan hakim di mahkamah yang memutuskan sesuatu keputusan.
Apakah wajar satu sistem pilihan raya kampus atau lebih dikenali sebagai medium demokrasi kampus untuk para mahasiswa memilih kepimpinan ditentukan oleh hanya dua atau tiga orang yang memegang sistem tersebut?
Adakah adil seandainya orang lain yang menentukan pemimpin yang perlu kita ikuti? Adakah dinamakan demokrasi dan keadilan Islam sekiranya kita dipaksa untuk memilih satu-satu individu tertentu untuk menjadi orang yang akan memandu kehidupan kita kelak?
Jika begitu, bagaimanakah pula pemimpin yang lahir daripada sistem-sistem tersebut?
Keadilan, Ketelusan dan Kepimpinan
Soal pemimpin bukan persoalan main-main dan boleh disembangkan di kedai-kedai kopi. Betapa pentingnya kepimpinan ini boleh diambil pengajaran daripada peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w.
Sejurus Rasulullah s.a.w wafat, belum pun disemadikan jasadnya, para sahabat terus mengadakan pertemuan tergempar untuk membahaskan siapakah pemimpin yang bakal menggantikan Rasulullah sebagai khalifah kelak. Apakah para sahabat sudah tidak sempat-sempat memilih pemimpin sehinggakan tidak menghormati kematian Rasulullah?(Rujuk Kitab: Fiqh Sirah karangan Dr Said Ramadhan Al-Buthi)
Pandang ke hadapan, hadapan dan terus ke hadapan
Pandanglah kehadapan dan bagaimana generasi-generasi yang bakal lahir daripada penciptaan sistem-sistem yang tidak berlandaskan keadilan. Saya yakin ini bukan persepsi yang memutar kembali jam ke belakang, seolah tidak menerima kemajuan dan kemodenan kerana saya yakin Islam tidak sekali-kali menolak kemajuan dan malah sentiasa mendepaninya.
Malah penilaian ini juga bukan sahaja kepada yang melahirkan sistem ini, bahkan pengundi yang amanah dan sedar akan kepentingan memilih kepimpinan yang baik, turut bertanggungjawab mengubah sistem ini dengan kuasa yang ada di tangan mereka.
........................................................................................................................
*Penulis ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS). Mahasiswa UKM ini banyak memberi inspirasi baru kepada gerakan mahasiswa Islam menuju setapak ke hadapan.
http://mahasiswakini.com/archives/4554
Beliau berkata, keputusan pilihan raya umum Mac tahun lalu menunjukkan perpecahan dikalangan orang Melayu semakin serius.
"Gagasan 1Melayu tidak pernah wujud berbanding orang Cina dan India yang mempunyai gagasan mereka sendiri. Inilah masalah orang Melayu yang asyik berkelahi.
Sesiapa yang berminat untuk berkongsi atau menerbitkan artikel untuk blog Pro-Mahasiswa UIAM ini , boleh berbuat demikian dengan menghantar artikel tersebut ke promahasiswauiam@
Kami sangat mengalu-alukannya.
DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA