Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 January 2011

Kenyataan Media Pro-Mahasiswa Nasional Mengenai Piket Pro-Mahasiswa Nasional 2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

28 JANUARI 2011

Piket mahasiswa anjuran Pro-Mahasiswa Nasional di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun 2011 ini bakal menyaksikan satu lagi tanda aras kebangkitan mahasiswa pada tahun 2011 yang sentiasa cakna terhadap sebarang permasalahan yang melanda kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.

Piket Pro-M Nasional ini juga mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari segenap front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus di Lembah Klang serta beberapa lagi aktivis mahasiswa dan masyarakat dari seluruh Malaysia.

Kemuncak kepada piket ini ialah Pro-M Nasional akan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin.

Antara tuntutan yang terdapat di dalam memorandum tersebut ialah :

  1. Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik luar.
  2. Kembalikan demokrasi & kebajikan mahasiswa.
  3. Pusat pengundian semasa pilihanraya kampus ditukar dari kolej ke fakulti.
  4. Penubuhan suruhanjaya bebas yang akan memantau perjalanan pilihanraya kampus.
  5. Pemansuhan E-Voting.
  6. Tarikh pilihanraya kampus diumumkan lebih awal.
  7. Tempoh berkempen di dalam pilihanraya kampus dipanjangkan.
  8. Berikan cuti pada hari penamaan calon & pembuangan undi.

Justeru, Pro-M Nasional juga berharap supaya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) khususnya Menteri KPT mengambil perhatian yang serius terhadap beberapa tuntutan Pro-M Nasional yang mewakili sebahagian besar mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Semoga dengan tuntutan-tuntutan tersebut ia akan memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa di setiap kampus dan Pro-M Nasional akan terus mendokong usaha-usaha murni di peringkat KPT mahupun Kerajaan Pusat dalam memastikan mahasiswa di Malaysia mampu membentuk jatidiri dan idealisme yang mapan ke arah perencanaan masa hadapan Negara yang lebih dinamik.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Pro-M Gesa KPT Perbaiki Sistem Pilihanraya Kampus

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

PUTRAJAYA, 28 Jan:
Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menuntut penambahbaikan terhadap proses pilihan raya kampus.

Gabungan mereka terdiri daripada Solidariti mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (Gamis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa independen (Kami), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (Dema), Pro-mahasiswa (Pro-M) daripada beberapa kampus di Lembah Klang.

Memorandum berkenaan antaranya menuntut KPT memastikan proses pilihan raya kampus berjalan secara bersih, penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya di peringkat mahasiswa dan mewujudkan badan bebas untuk memantau proses pilihanraya di setiap kampus seluruh negara.

Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Che Ab. Razab berkata, pilihan raya kampus sebelum ini sangat teruk dengan penyelewengan yang dilakukan pihak Hal ehwal Pelajar (HEP).

"Kita merasakan PRK 2010 adalah paling kotor, pencabulan demokrasi paling teruk dalam sejarah mahasiswa.

"Memorandum yang kita hantar hari ini adalah bagi meminta penambahbaikan iaitu penelitian dari pihak Menteri sendiri agar cadangan ini diperhalusi supaya perkara seleweng yang lepas tidak berulang," katanya selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Pengerusi Pro-M Nasional, Muhammad Taufiq Abdul pula berkata, mahasiswa tidak mahu ada campur tangan mana-mana parti politik dalam pilihan raya kampus kali ini sebaliknya memebrikan kebebasan kepada mahasiswa menentukan halatuju mereka.

"Kita minta dalam pilihan raya kampus ini tidak ada campur tangan mana-mana parti politik sama ada PAS atau BN.

"Kita harap demokrasi kampus dapat dikembalikan, kita desak mansuhkan undi di kolej kediaman kerana kita dapati pengundian di kolej kediaman, ada pihak tertentu akan memanipulasi undi mahasiswa," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kami, Muhammad Hilman Idham berharap pihak KPT memberikan maklum balas segera terhadap tuntutan mereka itu.

"Ini adalah cadangan penambahbaikkan yang kita kemukakan, kita minta Menteri respon segera.

"Kita juga mengharapkan berlangsungnya satu hubungan konstruktif antara Pro Mahasiswa dengan pihak kementerian dalam usaha menjadikan pilihan raya kampus adil dan bersih," katanya.

Tiga lagi tuntutan mereka ialah pemansuhan e-voting, tarikh pilihan raya diumumkan lebih awal, tempoh berkempen untuk pilihan raya dipanjangkan dan pemberian cuti pada hari penamaan calon dan pembuangan undi.

Sumber: HarakahDaily.Net

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Selamat Bercuti

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

26 January 2011

PRK: Terasakah Anda?

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Lumrah kepimpinan sentiasa berubah dan bertukar ganti, namun prinsip yang diperjuangkan adalah sama, menegakkan Islam agama agung di sisi Allah. Tenure kepimpinan SRC atau Majlis Perwakilan Pelajar UIAM melabuhkan tirai kepimpinannya pada Annual Grand Meeting, 24 Januari yang lepas. Kepimpinan baru akan menggantikan untuk terus membawa suara mahasiswam perjuangkan hak mahasiswa sebagai badan persatuan yang terbesar di Taman Ilmu dan Budi ini.

Namun, mahasiswa UIAM masih lagi bergelumang dengan aktiviti seharian tanpa cakna dan mengambil berat tentang isu-isu dan program yang berlaku di sekeliling mereka. Sensitiviti mahasiswa sebagai golongan terpelajar tidak dimainkan sebaiknya. Mahasiswa yang akan mengemudi pemerintahan negara pada masa akan datang tidak seharusnya menumpukan kepada pelajaran semata-mata. Nilai tambah yang lain juga perlu dilengkapkan dalam diri mahasiswa sebelum beralih ke medan pekerjaan dan sebagainya.

Pilihanraya kampus yang bakal berlaku tidak lama lagi tatkala SRC menamatkan kepimpinan mereka sudah mula dirasai bagi mereka yang mengambil tahu akan perkara tersebut. Tetapi, masih ada lagi yang mengambil sikap berkecuali dan melihat dari jauh sahaja tanpa memikirkan kepentingan untuk turut serta. Medan kampus adalah medan latihan dan pengumpulan sebanyak mungkin pengalaman yang boleh diguna apabila tamat belajar nanti. Pilihanraya kampus adalah latihan terbaik untuk keterlibatan mahasiswa dalam politik sebenar dunia realiti nanti. Pemilihan kepimpinan yang terbaik adalah tanggungjawab semua mahasiswa dalam konteks pilihanraya kampus. Peratusan mahasiswa yang turun mengundi pada pilihanraya yang lepas amat mengecewakan dan membuktikan mahasiswa masih belum maju dan berada di takuk yang lama lagi.

Wahai mahasiswa, bangkitlah dari mimpi yang panjang. Pelbagai tanggungjawab dan permasalahan di hadapan menuntut mahasiswa turun padang untuk mengendalikannya dengan ilmu dan kepimpinan yang ada pada mahasiswa. Jangan biarkan masa depan kita ditentukan oleh orang yang tidak patut . Laksanakan tanggungjawab anda dengan mengambil bahagian untuk turun mengundi pada pilihanraya kampus akan datang. Ambillah peluang yang terbentang di hadapan kita ini untuk menggilap potensi dan memajukan diri kita setapak lagi ke hadapan.

Norhapishah Bt Brahan
Institute of Education, UIAM

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

25 January 2011

Mahasiswa UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

23 January 2011

Pejabat Operasi MPP UIAM Disabotaj

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Gombak, 23 Jan- Hari ini UIAM digemparkan dengan satu perilaku yang sangat tidak senonoh yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dinding luar pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dicemari dengan kata-kata kesat terhadap beberapa pimpinan mahasiswa tersebut. MPP UIAM yang juga dilabelkan sebagai 'babi PAS' pada dinding tersebut sangat mendukacitakan pihak MPP.



Selain itu, pintu utama pejabat telah disimbah dengan cat merah menyebabkan pintu tersebut yang juga pintu cermin dipenuhi dengan warna merah. Tindakan kurang biadab ini juga telah mendapat perhatian Director, Student Development Division, Dr. Nor Asiah Mohamad. Beliau kelihatan sangat kesal dengan kejadian yang berlaku.


Perkara yang mengejutkan, pejabat juga telah digeledah. Fail-fail dan dokumen-dokumen kelihatan berselerak dan bersepah di atas lantai. Pihak MPP bernasib baik apabila tiada sebarang barang yang hilang. Mereka juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak kesematan.

Disebabkan hal demikian, lebih kurang 20 mahasiswa datang ke pejabat untuk membersihkan kekotoran yang dibuat. Gotong-royong tersebut berjalan lancar sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Pada masa yang sama juga, poster berbau hasutan memenuhi bangunan-bangunan kuliyah yang berbunyi 'Anti-WUFI' ditulis di atas poster promosi AGM SRC. Kejadian ini disyaki berlaku bersempena Annual General Meeting SRC yang akan diadakan pada hari Isnin, 24 Januari jam 8 malam bertempat di Main Auditorium. Diharap AGM berlaku dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Program AGM ini juga menunjukkan bahawa pilihanraya kampus (PRK) semakin hampir. Semoga mahasiswa UIAM dapat menunjukkan contoh politik yang sihat kepada masyarakat luar supaya tidak menjadi persepsi buruk terhadap dunia politik kampus.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Bantah Wanita Hari Ini

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”

(Surah Al-Ahzab : 59)


[1] Islam adalah agama yang menyanjung peranan wanita dan memelihara kehormatan dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Peraturan-peraturan yang dikenakan kepada mereka oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan mereka dari gangguan kezaliman nafsu manusia.

[2] Siaran Wanita Hari Ini (WHI) yang bertajuk ‘Salahkah Besarkan Payudara’ yang dipaparkan oleh TV3 baru-baru ini, jelas menjatuhkan dan merendah-rendahkan martabat kaum wanita kerana mendedahkan aib kaum wanita kepada umum. Kami, di pihak Ma’ruf Club UIAM, dengan tegas membantah siaran tersebut.

[3] Tidak sepatutnya siaran televisyen terkemuka tanah air itu bertindak demikian kerana seolah-olah masih belum mampu menilai baik buruk kesannya dan citra budaya dan keagamaan masyarakat di negara ini, dan seolah-olah ketandusan idea mengemukakan tajuk untuk dibincangkan dalam keadaan masyarakat hari ini perlu kepada pencerahan dalam banyak perkara bagi memandu kehidupan mereka.

[4] Ma’ruf Club membantah siaran tersebut dengan rasional :


  1. Persoalan hukum-hakam mestilah dikupas oleh individu yang pakar dalam bidang tersebut iaitu golongan cendekiawan dan ulama’ Islam.
  2. Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga adalah tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
  3. Tindakan jurukamera yang sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen tersebut adalah satu perbuatan yang biadab dan kurang ajar.
  4. Isu-isu yang melibatkan (aib dan sensiviti) kaum wanita tidak perlu disiarkan kepada umum kerana ia akan mencetuskan suasana yang tidak sihat dikalangan masyarakat.

[5] Justeru, Ma’ruf Club berharap segmen atau rancangan yang membincangkan tajuk seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Siaran-siaran yang ditayangkan umum mestilah berpaksikan penilaian moral dan ahklak serta menjaga sensiviti pelbagai pihak. Kami menyeru pihak kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta jabatan-jabatan agama di seluruh negara untuk mengambil tindakan yang sepatutnya supaya perkara seperti ini tidak terus membarah dalam masyarakat Malaysia.

Wallahua’lam.

Mohd Eikhwan bin M. Ali
Presiden,
Ma’ruf Club,
Universiti Islam Antarabangsa UIAM.

Sumber: Ma'ruf Club

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

22 January 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan Mid-Term

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Pelihara Konsep Islamisasi UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Rentetan daripada isu panas yang berlaku di dalam UIAM beberapa hari yang lepas, gerakan mahasiswa Islam di UIAM bertindak responsif dengan menganjurkan satu rapat umum khas untuk menerangkan tentang konsep Islamisasi di UIAM.

Rapat umum khas yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat ini dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa dan staf-staf UIAM yang solat di masjid tersebut. Ma'ruf Club yang diwakili oleh saudara Mohd Arubi Ismail menjelaskan UIAM wajib dijaga oleh seluruh warga kampus agar suasana Islam tidak dicemari. Beliau menyeru hadirin yang ada untuk hidupkan agama dalam kehidupan harian.

Konsep 'amar ma'ruf nahi munkar' juga mestilah diaplikasikan oleh segenap warga kampus khususnya yang memahami permasalahan agama sebagai tindakan yang efektif. Hal ini dijelaskan bagi menunjukkan respon yang tegas bahawa tarian poco-poco yang berlaku secara tidak sengaja di Stadium Sayyidina Hamzah baru-baru ini tidak boleh dipandang enteng. Tiada kompromi dalam permasalahan asas.

Turut bersama-sama bersuara adalah saudara Abdul Muhaimin Misran dari Journalism Club. Beliau menegaskan kepada seluruh warga kampus supaya cakna dan tahu apa yang berlaku di sekitar kampus. Mahasiswa tidak sepatutnya menjadi kaku, pusingan hidupnya hanya sekitar kelas dan bilik.

Mahasiswa UIAM juga diseru untuk bersama-sama dalam merealisasikan misi UIAM khususnya mengislamisasikan kampus. Penjelasan konsep Islamisasi di UIAM mestilah diadakan berterusan bagi memastikan kampus dan warganya berada dalam keadaan damai dan harmoni.

Di peringkat gerakan mahasiswa Islam UIAM, kami sangat berharap agar pihak pentadbiran memandang serius dan bertegas dalam isu akhlak, personaliti dan identiti mahasiswa Islam suapaya tidak mencemarkan imej UIAM sebagai akademi pengajian Islam terbesar di Malaysia.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 January 2011

AGM SRC 2009/2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Students' Representative Council (SRC) merupakan badan perwakilan pelajar IIUM yang bernaung di bawah Student Development Division (S-Dev).

Antara peranannya ialah untuk menjaga hal kebajikan mahasiswa UIAM serta menjadi wakil menyuarakan hak mahasiswa selama mereka bergelar mahasiswa universiti ini.

Selain itu, SRC berhasrat untuk menjadi badan pimpinan mahasiswa yang sentiasa memelihara persekitaran kondusif di kawasan kampus seterusnya meningkatkan kesedaran dalam diri mahasiswa terhadap misi penubuhan UIAM iaitu IIICE (Islamization, Integration, Internationalization & Comprehensive Excellence).

Bersempena dengan Annual General Meeting SRC 2009/2010 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Pro-Mahasiswa UIAM ingin menjemput seluruh mahasiswa UIAM untuk sama-sama hadir sebagai tanda sokongan padu dan teguh kepada SRC yang kita sayangi ini.

Sila hebahkan kepada seluruh rakan-taulan anda;

Tarikh : 24 hb Januari 2011(Isnin)
Tempat: Main Auditorium UIAM
Masa : 8.00 -11.00 malam
VIP : Dato' saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

20 January 2011

Debat Satu Keperluan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Apabila seorang pemimpin sistem duo-parti di Malaysia mengeluarkan pelan tindakan (plan of action-POA) sekiranya gabungan parti pimpinannya memenangi pilihanraya berteraskan sistem demokrasi, secara tiba-tiba, pemimpin gabungan parti yg satu lagi mula tidak senang. Kenyataan beliau betapa POA yang didakwa populis itu akan menyumbang kepada terjunamnya ekonomi Malaysia.

Sebagai mahasiswa, kami percaya, mungkin terselit sebuah kebenaran terhadap dakwaan pemimpin politik terkenal itu, kerana parti gabungannya membentuk kerajaan dalam PRU yg lalu. Namun, kami gusar, kerana keputusan-keputusan kerajaan kebelakangan dilihat membelakangkan perkembangan ekonomi itu sendiri.

Warga Mahasiswa Warga Berfikir.

Justifikasi pertama, kenaikan harga komiditi minyak di seluruh sepatutnya tidak menyebabkan ekonomi negara semakin teruk sehingga menyebabkan harga minyak masa seluruh Malaysia diapungkan melampui harga siling. Malaysia selaku negara pengeluar minyak sepatutnya meraih keuntungan berlipat-ganda hasil kenaikan harga minyak masak dunia. Tapi, apa yang terjadi? Malaysia sengsara.

Justifikasi kedua, aliran wang Malaysia ke negara-negara luar tidak dilihat dibendung. Kerakusan pemimpin elit yang berbelanja sakan bukanlah contoh yang baik disebalik saranan kerajaan mengurangkan pembelian dan mengamalkan dasar berjimat cermat. Ratusan ribu semalaman semata-mata untk penginapan satu rombongan ternyata sebuah pembaziran. Apa yang kami jelas, pemimpin selaku qudwah sepatutnya mula mengamalkan apa yang disarankan kepada kami. Usahlah bermewah-mewah sementelah kami bersusah-susah.

Berbalik kpd isu asal, wujud perbezaan pendapat yg ketara dua pemimpin tersohor tersebut hal ini. Pemimpin A beranggapan POA ini mampu menjana Malaysia ke arah yg lebih baik.Manakala pemimpin B pula masih dengan premis POA pemimpin A akan menyusahkan Malaysia. Selaku Mahasiswa yang juga sebahagian rakyat, apa hak kita?

Hak kita adalah untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan pemimpin akan datang. Medium debat dilihat berkesan sebagai wasilah dalam mematangkan penerimaan rakyat terhadap tawaran daripada parti bertanding, apatah lagi apabila melibatkan soal pentadbiran kewangan yang rata-rata pada hari ini, dilihat tidak meyakinkan.

Mengapa tidak mahu? Negara-negara maju dunia tidak terkecuali dalam pengamalan konsep usaha sebagai usaha meyakinkan rakyat betapa mereka adalah yang terbaik. sebagai contoh mudah debat Barrack Obama dan John McCain di Amerika Syarikat. Usah gusar, yang terbaik akan menang.

'Best man wins'.

Mengapa Mahasiswa memerlukan perdebatan seumpama ini? Mahasiswa adalah golongan pengundi yang berpengaruh dan intelek. Pemimpin masa hadapan akan ditentukan mahasiswa hari ini. Keperluan debat akan meluaskan ruang lingkup mahasiswa mahasiswa yang dilihat sempit dan kaku pada hari ini. Kami Mahasiswa, insya Allah sudah cukup matang dalam membuat penilaian dan langsung tidak setuju dengan desas-desus yang menyifatkan debat tidak mampu menyediakan alternatif yang baik malah mengakibatkan pecah-belah yang ketara dalam kalangan masyarakat.

Izinkanlah kami, mahasiswa Malaysia, mendapat pendedahan terbuka dalam menentukan nasib Malaysia akan datang.

May Allah bless. Wallahua'lam.

Mohamad Izzat Ghazali

Persatuan Pelajar Undang-undang Ahmad Ibrahim (LAWSOC) UIAM

Sumber: HarakahDaily.Net

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Mahasiswa UIAM Perlu Berani Perjuangkan Hak

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Mahasiswa merupakan entiti penting dalam landskap pembinaan sesebuah masyarakat dalam negara.Mereka merupakan golongan pendesak dan suatu ketika dahulu menjadi agen jurubicara rakyat.Sejarah menceritakan pelbagai suka dan duka dibawa golongan intelektual ini dalam memastikan hak mahasiswa dan rakyat dapat diperjuangkan.60-an dan 70-an merupakan titik penting dalam sorotan ini dan anak muda ketika itu bangkit menentang ketidakadilan dalam sistem pemerintahan negara pada ketika itu.Namun,sejauh mana mahasiswa hari ini mengambil berat hal-hal sedemikian? Hanyak kelompok minoriti yang masih berani memperjuangkan hal ini.Sedih apabila melihat mahasiswa kini dikurung jasad dan roh perjuangan mereka yang akhirnya kita hanya lihat mahsiswa yang paginya pergi kelas,malamnya belajar dan tidur.Mereka akan mengulangi perkara yang sama sehingga graduasi nanti.Ya,itulah peranan sebenar mahasiswa bukan? Iaitu belajar! Hakikatnya, mahsiswa sebenarnya bukan dilahirkan di meja belajar tetapi mahasiswa itu lahir dari medan perjuangan.

Mahasiswa UIAM hari perlu mempunyai anjakan paradigma yang baru.Anjakan yang dimaksudkan ialah bukan hanya menjadi pelajar semata-mata tetapi perlu lebih daripada itu.Lapangan kita bukan sekadar di meja belajar dan dalam nota akademik tetapi lapangan kita jauh dari itu.Mereka lupa disamping menjadi pelajar,mereka juga mempunyai hak dalam menentukan baik dalam kampus atau di luar kampus.Ini yang tidak diambil endah oleh kebanyakkan mahasiswa baik di UIAM mahupun di luar.Realitinya,mahasiswa khususnya diperkotak-katikan oleh pentadbiran universiti.Kita tidak mahu menjadi entiti sepeti lembu dicucuk hidung,hanya mengikut apa yang disuruh.

Kita sudah tentu tidak lupa bahawa sistem pilihanraya dalam kampus merupakan sistem terburuk dalam sejarah negara.UIAM tidak terlepas dari sistem ini bahkan lebih teruk daripada kampus-kampus lain.Peraturan diubah-ubah sesuka hati,sistem e-voting,tidak boleh mewakili entiti-entiti tertentu dan banyak lagi memberi gambaran hakikatnya demokrasi itu dipermain-mainkan disini.Hasilnya,anda akan lihat peratusan undi yang rendah,kempen yang lesu akibat banyak sekatan dan sebagainya.Kampus Pusat Asasi juga ditarik hak demokrasi dan majlis perwakilan pelajar hanya dibuat melalui proses temuduga.Kesemua ini merupakan sebahagian daripada coretan yang berlaku salah satu kampus di Malaysia.Walaupun hakikatnya UIAM 'terlepas' daripada AUKU,namun peraturanya lebih kurang sama dengan AUKU.

Mahasiswa merupakan aset kepada negara umumnya.Kita tidak mahu golongan ini dipergunakan untuk tujuan politik sempit sesetengah pihak.Tidak kira daripada Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa,kita menginginkan demokrasi yang sihat dalam kampus kita.Mahasiswa hari ini lebih mengambil berat aspek kebendaan daripada memperjuangkan hak meraka.Hakikatnya,hari ini mahasiswa sudah lesu,longlai dan beku dalam memperjuangkan hak mereka kerana idelisme mereka sudah lama di penjara.Bangkitlah mahasiswa menuju 2011 dengan lebih berani dan bijak.Menjadi suatu kerugian jika golongan ini gagal dimanfaatkan sebaiknya.

Mahasiswa hari ini,Pemimpin masa hadapan

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

19 January 2011

Tarian Poco-Poco Panaskan UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Baru-baru ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) digemparkan dengan satu berita yang amat sedih bagi sesebuah universiti berstatus ISLAM. Hal ini berlaku apabila 10 hingga 12 mahasiswa perempuan UIAM melakukan aksi ranjang dengan melakukan tarian poco-poco di atas pentas bersama-sama Pasukan Pancaragam TUDM yang dijemput.

Insiden memalukan tersebut berlaku di hadapan tetamu-tetamu kehormat termasuk Deputy Rector UIAM, Prof. Dr. Nik Kamal dan seluruh peserta yang berada di Stadium Sayyidina Hamzah UIAM semasa Closing Ceremony University Sports Carnival 2010. Hal ini telah mendapat liputan meluas daripada mahasiswa-mahasiswa UIAM sendiri.

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah universiti Islam dan lebih-lebih lagi di hadapan pihak pentadbiran UIAM yang sangat memahami visi dan misi UIAM. Keredhaan pihak pentadbiran terhadap kes ini sangat mengecewakan pihak Pro-M UIAM (WUFI).

Pro-Mahasiswa melihat perkara ini dengan serius kerana ia melibatkan keterbukaan pihak pentadbiran dalam membentuk keperibadian dan akhlak mahasiswa UIAM. Ketidaktegasan yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran khususnya Prof. Nik Kamal terhadap pencemaran maruah UIAM sangat memalukan.

Kami berharap pihak pentadbiran yang mengetuai visi dan misi UIAM berorientasikan Islamisasi serta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah lebih bertegas dalam hal seperti ini kerana ia mencemarkan nama baik universiti sendiri. Tanpa tindakan yang tegas dan berwibawa, tidak mustahil pelbagai aktiviti negatif lagi akan terus merebak di Taman Ilmu dan Budi ini.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

17 January 2011

Mahasiswa Kian Tidak Tenang

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Sebagai mana kita ketahui Pilihan raya Kecil Dun Tenang bakal menjengah beberapa hari lagi. Pelbagai isu ditimbulkan oleh mana-mana parti yang bakal bertanding di kerusi itu, tidak kira dari pihak Kerajaan mahupun Pakatan Rakyat. Kedua-dua pihak mengatur strategi bagi menawan kerusi ‘tenang’ tersebut kerana rekod pilihan raya yang lepas-lepas, Dun Tenang merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Andai terkulai barisan kubu tersebut di tangan Pakatan Rakyat, ia merupakan isyarat jelas kepada angin perubahan rakyat negeri Johor kepada Pakatan Rakyat.

Namun, di celah ketidaktenangan kedua-dua pihak, jentera mahasiswa jua kian tidak ‘tenang’ dengan tempoh jangka masa 2 minggu dari sekarang. Hal ini kerana Pilihan raya Kampus bakal muncul lagi dalam diari mahasiswa pada sesi kali ini.

Bahang Pilihanraya Kampus sesi kali ini pasti lebih hangat dari biasa kerana jika benar analisis kebanyakan penganalisis politik mengatakan Pilihan raya Umum bakal menjengah pada tahun ini, tahun 2011 sebagai angka keramat kepada PM Datuk Seri Najib, maka kemenangan jentera Pro-Mahasiswa di seluruh kampus IPTA mahupun IPTS merupakan isyarat jelas kepada Kerajaan bahawa anak-anak muda bakal menolak Kerajaan sedia ada sekarang.

Indikator seperti ini bakal merungsingkan lagi jentera pihak Pro-Aspirasi yang pastinya bakal menyusun strategi untuk menumbangkan jentera Pro-Mahasiswa yang kian terkesan di kalangan mahasiswa berbanding agen-agen Pro-Aspirasi yang hanya menjadi ‘pak turut’ pihak pentadbiran universiti.

Bahang kali ini ditambah dengan tuntutan seluruh jentera Pro-mahasiswa kepada pihak universiti untuk memberi autonomi dan autoriti penuh kepada mahasiswa untuk mengendalikan pilihan raya andai mereka benar-benar telus dan ikhlas memberi ruang kebebasan kepada mahasiswa. Di samping mendapat pantauan dari badan bebas seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang diberi kebenaran dan kebebasan untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kampus kali ini.

Dan umum mengetahui, pencabulan terhadapa mahasiswa telah pun berlaku setelah system e-voting diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Maka tuntutan seperti ini wajar dalam menuntut Pilihan raya Kampus yang adil dan telus.

Walau bagaimanapun, tindakan mewujudkan system e-voting dilihat kurang bijak kerana memakan diri sendiri apabila jentera Pro-Mahasiswa berjaya juga menawan kampus-kampus seperti di UIA dan UM pada sesi yang lepas. Isyarat ini jelas bahawa mahasiswa sudah jelek dengan strategi kotor oleh mereka dalam menyekat kemaraan mahasiswa di peringkat universiti mahupun nasional.

Di samping itu, Pro-Mahasiswa di Lembah Klang meramalkan Pilihanraya Kampus bakal berlaku selaras di seluruh kampus pada hujung Januari atau awal Februari depan. Kebanyakan Majlis Perwakilan Pelajar di setiap kampus bakal membubarkan sesi kepimpinan bermula minggu ini sehingga hujung bulan ini.

Situasi ini pasti bakal menggentarkan Pro-Aspirasi untuk berhadapan seluruh mahasiswa dalam Mesyuarat Agung Tahunan kerana banyak manisfesto yang ditabur di kampus-kampus yang mereka kuasai hanya tinggal omongan kosong. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan janji-janji kosong oleh pihak mereka. Kebajikan mahasiswa tetap terabai!

Ubaid Abd Akla

Mahasiswa Fakulti Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan UIAM

Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir danbekas Exco Perhubungan Luar, Kelab Ma’ruf, UIAM

Sumber: Harakahdaily.Net

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA