Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Labels

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3

Recent Posts With Thumbnails v3


I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 September 2010

AUKU Berkuasa, Mahkamah Tolak Saman Pemula 4 Mahasiswa UKM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

AUKU dilihat sangat berkuasa terhadap mahasiswa. Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula 4 mahasiswa UKM yang mencabar AUKU apabila mereka ditangkap pada 22 September yang lepas di Hulu Selangor.

Keputusan yang sepatutnya dimulakan pada pukul 2 petang terpaksa ditangguh ke jam 3. Kemudian, keputusan hakim dibuat di dalam kamar iaitu antara hakim dan peguam sahaja.

Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat rayuan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka. Pendengaran penuh injuksi itu akan dilakukan pada 7 Oktober.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumpulkan lebih 50 mahasiswa menyatakan sokongan moral dan bantahan terhadap AUKU. Turut hadir beberapa NGO lain termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Justeru, pihak Pro-M UIAM yang turut bersama-sama 4 mahasiswa UKM menyeru kepada sekalian mahasiswa supaya tidak berhenti memperjuangkan agenda mahasiswa setakat ini sahaja. Mungkin ini hanyalah sekadar pemula.

AUKU adalah tanggungjawab MAHASISWA untuk memastikan ia dihapuskan. AUKU mengkhianati dan menzalimi mahasiswa.

MANSUH AUKU!!!

Sumber : Utusan Malaysia, Harakahdaily, Malaysiakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

27 September 2010

UKM4 : Mahasiswa Bukan Mesin Fotostat

Assalamualaikum dan salama mahasiswa,

Satu lagi hari bersejarah bagi mahasiswa pada Selasa,28 September 2010 apabila 4 mahasiswa UKM bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Univeristi 1971(AUKU).

4 mahasiswa jurusan Sains Politik tersebut Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurut Presiden Ma'ruf Club, saudara Muhammad Zaki Sukery yang juga mahasiswa undang-undang UIAM tuduhan ini dilihat ada kepentingan lain untuk mematikan intelektual mahasiswa. Beliau berkata lagi ketika dihubungi wartawan Pro-M UIAM bahawa amat malang sekali ketika mana mereka ke Hulu Selangor untuk melakukan tinjauan akademik dituduh sedemikian rupa.

Beliau juga dengan keras menyatakan supaya jangan cuba membunuh intelektual mahasiswa kerana mahasiswa bukan mesin fotostat. Jika benar mahasiswa dicanangkan sebagai pemimpin negara pada masa hadapan, mengapa perlu menghalang aktiviti intelektual mereka.

Saudara Izzat Ghazali yang juga merupakan Exco Law Students' Society (LAWSOC) UIAM berkata mahasiswa sepatutnya berhak menetapkan aliran pemikiran mereka secara bebas dan sihat kerana mahasiswa merupakan pemimpina masa hadapan.

Beliau juga yang mewakili mahasiswa Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM berharap supaya kehakiman berpihak kepada mahasiswa berdasarkan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan untuk berpersatuan yang amat penting bagi menaikkan momentum kesedaran mahasiswa sebagai generasi reformasi dalam negara kita.

Justeru, Pro-Mahasiswa UIAM menyeru seluruh mahasiswa supaya dapat berhimpun di Mahkamah Jalan Duta esok bagi menyatakan sokongan terhadap 4 mahasiswa UKM dan menyatakan bantahan terhadap AUKU.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

26 September 2010

Student Power Raya

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Student Power Raya !!!

Open Table PotLuck & Pidato Rosmah Puaka UM5 dan AUKU UKM4

Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Tarikh : 26 September 2010 (Ahad)
Masa : 5 petang - 9 malam
Tempat : LLG Cultural Development Centre, No. 321-D, Lorong TAR Kanan Satu, Jalan TAR, 50300 Kuala Lumpur.

*bawa makanan raya sedikit seorang
*semua Siswa Malaysia dijemput hadir

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

24 September 2010

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua Tertuduh Dibebaskan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


http://media1.malaysiakini.com/285/c95919b1350e0ed58334619cb38ffd07.jpg

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.

"Tiada keterangan mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk melakukan khianat serta kerosakan dan kemusnahan daripada bahan api tersebut," kata Rozana.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan.

"Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagi

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh.

"Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Sumber: Malaysiakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

5 Mahasiswa UM Mangsa Puaka Dikhianati - SMM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Solidariti Mahasiswa Malaysia

Kenyataan Media

Keputusan Perbicaraan 5 Mahasiswa UM

24 September 2010 (Jumaat)

Pertamanya kita seluruh Mahasiswa memanjatkan kesyukuran di atas kemenangan kelima-lima mahasiswa UM yang dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah hari ini.

Hari ini mencalit satu sejarah buat mahasiswa dan 5 Mahasiswa ini yang hampir setahun lebih menanggung pelbagai kesukaran dan masalah lantaran disabitkan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.

SMM melihat kemenangan ini bukan sahaja membebaskan 5 orang mahasiswa ini dari kesalahan bahkan juga memberikan mesej yang jelas bahawa Hentikan Pembodohan dan Halangan terhadap mahasiswa.

Dengan Kemenangan ini :

1. Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak mahkamah dan peguam-peguam di atas melaksanakan perbicaraan kes ini dengan adil dan saksama.

2. Oleh yang demikian, kes tersebut menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kelima-lima mangsa puaka ini dituduh dan dikhianati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mematikan gerakan mahasiswa.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

23 September 2010

200 Penyokong Pro-M Ke Mahkamah Esok

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Penyokong Pro-Mahasiswa dari empat universiti awam akan hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk memberi sokongan kepada lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang sedang dibicarakan berhubung kes 'bini puaka'.

Mahkamah dijadual memutuskan esok sama ada terdapat kes prima facie terhadap lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API) UM yang berdepan dengan cubaan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah pada 24 Jun tahun lalu.

Kira-kira 200 penyokong Pro-Mahasiswa dari UM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) akan hadir di mahkamah pagi esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Pro-Mahasiswa UPM. Syed Syafiq Syed Hashim pihaknya akan hadir di mahkamah esok walaupun dilarang berbuat demikian oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.

"Pro Mahasiswa UPM ingin menyatakan pendirian bahawa kami akan terus menghantar mahasiswa UPM ke Mahkamah Jalan Duta esok," katanya sambil berharap untuk membawa seramai mungkin.

Syed Syafiq berkata, pihaknya dihubungi wakil timbalan naib canselor Bahagian Hal Ewal Pelajar (BHEP) melalui telefon, meminta mereka jangan menghantar mahasiswa ke mahkamah esok

"Kami berpendapat BHEP tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mahasiswa mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap Pro-Mahasiswa UM pula memberitahu Malaysiakini, pihaknya menganggarkan 70 mahasiswa universiti tersebut akan hadir esok.

Setakat ini, katanya, pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada pihak pentadbiran universiti tersebut supaya jangan ke mahkamah esok.

Manakala jurucakap Pro-Mahasiswa UKM pula memberitahu Malaysiakini bahawa kira-kira 30 mahasiswa universiti akan hadir di mahkamah di Jalan Duta esok.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang arahan dari pihak universiti supaya jangan berbuat demikian.

Sementara itu, jurucakap Pro-M UIA berkata pihaknya juga akan ke mahkamah esok untuk tujuan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber berkata, kira-kira 50 mahasiswa akan hadir memberi sokongan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, sumber itu tidak pasti sama ada pihak pentadbiran UIA ada mengeluar sebarang arahan melarang mahasiswa hadir di mahkamah esok.

Perhimpunan esok dianjur oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Setiausahanya, Mohd Ridzuan Othman berkata, beliau .yakin dengan kredibiliti mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini," katanya dalam kenyataannya kepada mygamis.blogspot semalam.

Lima tertuduh dalam kes tersebut ialah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya yang dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Prosiding mahkamah akan bermula jam 8.30 pagi esok.

Sumber : Malaysiakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

21 September 2010

Himpunan Bebaskan Mahasiswa : Keputusan Perbicaraan Kes Puaka

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Seluruh mahasiswa UIAM diseru untuk menghadirkan diri sebagai tanda sokongan.

Bebaskan MAHASISWA!!!

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

17 September 2010

Johan Imam Muda Datang ke UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



ISCAR merupakan satu program besar yang dianjurkan setiap tahun oleh IRKHSS mendapat sambutan yang baik. Pada tahun ini program ini mendapat promosi yang luas apabila Opening Ceremony program ini mendatangkan tokoh muda tersohor iaitu Ustaz Mohammad Asyraf, Johan Imam Muda untuk bersama-sama mahasiswa dalam forum pembukaan.

Beliau digandingkan dengan penceramah popular, Ustaz Zahazan. Forum ini dimoderatorkan oleh saudara Firwan Norliza, Presiden MPP UIAM.

Justeru, mahasiswa seluruh UIAM dan kampus-kampus lain dijemput hadir untuk diskusi ilmiah ini agar satu kejayaan untuk Islam dapat dicapai dengan program-program yang bermanfaat.

Tahniah IRKHSS.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

14 September 2010

GAMAT Serah Memorandum Kepada MB Kelantan

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



13 Sept, Kota Bharu : Gabungan Anak Muda Tuntut Royalti (GAMAT) terus mengorak langkah dengan lebih serius apabila telah menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz semalam di Kota Bharu.

Penyerahan memorandum itu diadakan serentak dengan Majlis Mesra Eidulfitri Mahasiswa Bersama MB Kelantan.

Penyerahan memorandum itu diserahkan oleh Saudara Zaki Sukery (Presiden Ma’aruf Club UIA), Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan (YDP PMIUM), Abdul Razak Omar (PMIUM), Mohd Khairul Abdullah Halim (PMIUTM) dan Wan Baihaqi Abdul Rahman (PPIUNITEN).

Penyerahan itu sebagai tanda sokongan yang diberikan oleh anak muda Kelantan kepada kerajaan negeri Kelantan yang berusaha untuk mengembalikan hak royalti kepada rakyat Kelantan.

GAMAT yang ditubuhkan baru-baru ini telah menggabungkan semua anak muda di seluruh pelusuk Malaysia yang bertujuan untuk menyokong Tuntutan Royalti oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz selain menuntut Royalti Minyak Kelantan dikembalikan semula sebagai hak Kerajaan Negeri Kelantan.

Di antara tuntutan lain GAMAT adalah memberikan hak royalti yang sepatutnya kepada rakyat Kelantan tanpa ada sebarang diskriminasi, jangan memutarbelitkan fakta dan isu royalti yang berlaku dan kerajaan perlulah bersikap adil kepada rakyat Kelantan tanpa mengira batasan politik.

Selain itu, sekiranya tuntutan mereka tidak dapat diselesaikan dengan berhemat, seluruh mahasiswa akan membawa isu ini ke kampus.

Penyerahan memorandum semalam juga memaparkan satu kain rentang yang penuh dengan tanda tangan sebagai sokongan anak muda Kelantan terhadap hasrat mereka itu.

GAMAT yang ditubuhkan oleh pemimpin persatuan-persatuan mahasiswa seluruh negara dilihat satu kebetulan kerana kebanyakan pemimpian tertinggi persatuan-persatuan tersebut adalah merupakan anak jati Kelantan.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

11 September 2010

Al-Fatihah Buat Nik Hafreez Afiq

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum Nik Hafreez Afiq Mohd Ghazali atas pemergian beliau menghadap Allah yang maha esa . Al-Marhum telah dipanggil menghadap Ilahi pada hari ini, 2 Syawal.

Beliau merupakan seorang mahasiswa yang aktif dalam gerakan mahasiswa dan da'wah kampus UIAM Gombak. Al-Marhum mahasiswa Institute of Education jurusan Bahasa Arab pernah ditaklifkan sebagai pimpinan Ma'ruf Club 2008/2009. Seorang aktivis mahasiswa yang lantang dan berkaliber dalam menyuarakan isu-isu mahasiswa.

Selain memegang jawatan di UIAM juga, Al-Marhum terlibat dengan persatuan gerakan mahasiswa Islam Selangor, Ikatan Studi Islam Selangor (ISIS).

Pemergian beliau sangat dirasai oleh masyarakat kampus khususnya UIAM . Pemergian beliau satu kehilangan permata yang sangat bernilai kepada Ma'ruf Club dan Pro-Mahasiswa sendiri. Semoga Allah meletakkan Al-Marhum dalam golongan syahid dan bersama-sama orang yang beriman .

Al-Fatihah .

DARI MAHSISWA UNTUK MAHASISWA

08 September 2010

Pro-M UIAM Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat muslimin dan muslimat umumnya dan warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia khususnya. Semoga kita semua mendapat kemenangan yang hakiki di sisi Allah SWT.

Pihak Pro-M UIAM memohon seinfiniti kemaafan atas kesilapan dan kelalaian yang telah dilakukan. Diharap dengan 1 Syawal kali ini dapat merapatkan jurang di antara semua pihak demi kelangsungan da'wah Islam dan kemenangan kepada Islam yang dicari selama ini.

Dengan keluarnya dari kem Ramadhan ini, mahasiswa lebih maju dan terkehadapan lagi dalam memperjuangkan hak mahasiswa di universiti dan juga isu nasional yang berkaitan dengan rakyat dan negara. Semoga produk tarbiyah Ramadhan yang dilahirkan dapat memberi manfaat kepada Islam di muka bumi Allah ini.

عيد مبارك

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

04 September 2010

Penyerahan Memorandum Bantahan Terhadap Perlakuan Menjejaskan Hubungan Baik Malaysia - Indonesia oleh Presiden MPP UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PERLAKUAN MENJEJASKAN HUBUNGAN BAIK MALAYSIA - INDONESIA


Diserahkan Oleh:

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Kepada:

Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia


Tarikh:

3 September 2010


PENDAHULUAN

Akhir-akhir ini isu berkenaan dengan hubungan baik Malaysia-Indonesia seakan kembali dihangatkan seperti mahu membuka sejarah pahit yang sudah lama antara Malaysia dan Indonesia. Ianya bermula apabila seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos 2010.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya. Insiden itu diburukkan lagi dengan perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).


PENDIRIAN

Walaubagaimanapun, kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP 09/10 UIAM) memandang isu ini dari sudut lebih rasional tanpa cuba melibatkan emosi. Hubungan Malaysia dan Indonesia sudah begitu lama terjalin. Apatah lagi Malaysia dan Indonesia berpayung dan berjiran di dalam ASEAN dan telah menjalin pelbagai persefahaman dan perjanjian sejak dari dahulu lagi. Satu lagi nilai yang perlu dilihat ialah nilai persaudaraan Islam dan satu rumpun Melayu yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada kedua-dua negara untuk terus bersatu.

Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sendiri, mahasiswa dari Indonesia merupakan kelompok yang paling ramai mewakili mahasiswa antarabangsa. Tenyata hubungan mahasiswa Malaysia dan mahasiswa dari Indonesia sangat baik dan kami turut bekerjasama dalam pelbagai aktiviti bersama.

Kami barisan MPP, sebagai wakil mahasiswa di UIAM akan sedaya upaya mengawal segala bentuk tindakan dan provokasi daripada berlaku di dalam Taman Ilmu dan Budi UIAM ini agar ia tidak memburukkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua buah negara.

Kami percaya, insiden yang berlaku ini hanya dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia dan ia ada kaitan dengan pihak ketiga yang cuba mengeruhkan hubungan ukhwah di antara Malaysia dan Indonesia yang saling membantu antara satu sama lain dalam memajukan kedua-dua buah negara.

Walaubagaimanapun, kami MPP UIAM menyeru agar:

1) Kerajaan Indonesia mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam usaha berterusan mengeruhkan perselisihan antara kedua-dua buah negara sama ada dalam serangan secara fizikal atau siber. Kerajaan Indonesia diharap agar dapat melakukan siasatan yang lebih terperinci untuk mencari siapakah dalang dalam masalah ini.

2) Media Indonesia dan Malaysia perlu lebih berhati-hati dan telus dalam melaporkan isu mengenai masalah ini dan tidak cuba mensensasikannya. Jika ia tidak ditangani dengan bijak, dikhuatiri akan mengakibatkan masalah yang lebih besar sekaligus merugikan kedua-dua buah negara.

3)Kedua-dua buah negara perlu menyelesaikan masalah ini dengan mengutamakan persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dengan pendekatan diplomasi dan musyawarah.

4) Mahasiswa Malaysia yang belajar di Indonesia diberi kawalan keselamatan yang baik dan terjaga dari sebarang gangguan yang akan mengangu konsentrasi pembelajaran mereka.

5)Mahasiswa dari Malaysia dan Indonesia yang dididik dengan nilai-nilai ilmu dan profesionalisme akan mengambil peranan dalam menjelaskan isu ini kepada masyarakat serta turut sama diajak terlibat dalam usaha mencari solusi kepada isu ini.


PENUTUP


Jika dilihat kembali sejauh mana hubungan baik Malaysia-Indonesia selama ini, semestinya kita tidak rela hubungan baik ini terjejas. Justeru, kami sebagai perwakilan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa menyeru pihak kerajaan Indonesia untuk memandang serius isu ini dan menanganinya dengan bijak sebelum ianya menjadi semakin parah. Mudah-mudahan, konflik yang sebegini tidak akan mampu menggugat hubungan erat Malaysia-Indonesia malah diharapkan boleh menjadi penyebab kepada hubungan yang lebih erat kelak.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA